Belajar KUFI bersama sifu

KENAPA ROSAKKAN SESUATU YANG BETUL

Ramai penggiat kufi dewasa ini menganggap kufi2 lama tidak mengikuti hukum hakam kufi secara tertil. Memang tidak dinafikan, namun begitu kita tidak boleh menafikan bahawa hukum hakam ini telah ada dan bukan sesuatu yang dicipta oleh generasi baru.Sedihnya, dalam mengimprovasikan kufi silam , ada para penggiat yang mencacatkan lagi sesuatu yang telah betul. Contoh :
Kufi Muhammad ini adalah karya silam yg saya petik dari http://www.kufic.info/design.htm

Manakala karya generasi kini yang saya ketemu di internet adalah seperti berikut:
Sumber: internet
Sambungan Mim ke Ha memang salah kerana penyambungan berlaku ditempat salah. Tetapi perkataan muhammaad ini adalah perkataan lazim yg semua orang kenal, lalu isu salah sambung itu tidak besar. Sementelah karya ini menggunakan ruang yang kecil iaitu 7×7 bar.
Manakala sambungan mim ke dal pada karya silam adalah tepat kerana berlaku pada tempat yang betul iaitu di tepi dasar huruf dal. Penyambung dari Mim juga keluar dari tempat yang betul iaitu pada dasar kiri mim (walaupun sambungan keluar dari atas mim juga diterima, sambungan yang lebih tepat adalah dari dasar)
Berbeza dgn karya baru itu, sambungan mim ke dal berlaku di bawah dal dan ini amatlah salah. Malahan secara visual ia nampak agak lucu kerana menyerupai spanar hidup.
Tidak salah untuk improvise karya lama tetapi janganlah dirosakkan ia.

Tuesday, 10 December 2013

PAMERAN NUN WA AL QALAM

Pameran seni kaligrafi kontemporari Islam sedang berlangsung di Muzium kesenian Islam Malaysia dari 10 dec 2013 hingga 10 May 2014. Antara bahan pameran , terdapat 2 karya kufi murabba’.
Manakala karya ini pula seakan2 kufi murabba’, namun karakter hurufnya amat mengelirukan. Saya tidak pasti apakah ianya kufi murabba’ atau tidak.

Thursday, 21 November 2013

JENIS SAMBUNGAN HURUF

Terdapat dua kaedah penyambungan huruf yang digunakan dalam kufi segi emapt iaitu :-
1.Sambungan terus (bulatan biru)
2.Sambungan cangkuk (bulatan merah)
Sambungan terus ialah sebagaimana tulisan arab/jawi biasa di mana setiap huruf disambung kepada huruf lain pada penyambung di hujung huruf. Dalam kufi segi 4 , penyambung akan sentiasa berada pada petak putih (negatif)
Setiap huruf kufi segi 4 mesti berada dalam ruang positif (hitam) – itu yang dipanggil rumah huruf. Walau dipanjangkan atau ditinggikan, huruf itu mesti berada dalam petak hitam.
Penyambung akan berada selepas kotak hitam terakhir sesuatu huruf.
Sambungan cangkuk digunakan apabila bertemu masalah titik terkeluar dari kotak atau bagi mengekalkan ketinggian aliran (flow) huruf. Juga pada kedudukan rumit bagi sesuatu sambungan biasa, maka sambungan cangkuk digunakan. Dalam kaedah ini kotak penyambung berada di atas kotak hitam terakhir bagi huruf menyambung dan di sambungkan ke dasar huruf yang hendak disambung, sila contoh di atas (bulatan merah). Dalam kes-kes tertentu, ada juga yang menyambung ke sisi huruf ( perbincangan ini kita buat lain kali).
Dengan kaedah cangkuk, huruf yang disambung mestilah terserlah sifat asalnya.

Monday, 18 November 2013

LUASKAN SKOP

Saya bina blog ini sebab merasakan perlu mengetengahkan kaedah penulisan kufi segi empat yang betul berdasarkan kajian ke atas karya-karya silam dan baharu. Peranan kufi  dalam penulisan al quran banyak disalah tafsir sebagai merujuk kepada kufi segi 4. Itu tidak benar kerana kufi segi 4 hanya bermula di Iran setelah kewafatan Baginda Rasul iaitu mungkin seawal tahun 700H. Sebelum itu , kufi yang digunakan adalah kufi mushaf dan beberapa kufi lain tetapi tidak kufi segi 4. Penemuan2 artifak  seawal 700H pada medium batuan tidak menemukan kufi segi 4

Apa yang banyak diketemukan adalah dari kumpulan kufi Mushaf dan Fatimi . Manakala khat2 lain berkembang sejajar dengan perkembangan kertas dalam bidang penulisan (papyrus). Khat Tuluth , nasakh dan riqaah kemudiannya mengatasi penggunaan khat kufi menjadikan kufi kekal kepada kedudukan sebagai monumental art. Khat2 lain juga mempunyai pakar2 yang dirujuk oleh generasi terkemudian, tetapi tidak pada kufi segi 4. Ini menjadikan kufi segi 4 selalu terkeluar dari prinsip2nya .
Antara prinsip-prinsip asas kufi segi 4 sejak turun temurun adalah :
1. Skrip kufi segi 4 – huruf2 dalam kufi segi 4 adalah bersegi, berbeza dengan kufi fatimi yang berbunga2, berbeza dengan kufi mushaf yang yang bulat pada ‘kepala’ huruf, dan amat berbeza dengan khat2 lain

2.Cara penulisan adalah mengikut kaedah tulisan arab iaitu dari kanan ke kiri dan sekiranya dipersembahkan dalam bentuk2 tertentu ianya bermula pada titik mula samada di penjuru kanan bawah atau di penjuru kanan atas

3.Aliran tulisan adalah mengikut reka bentuk , namun begitu prinsip asasnya adalah dari titik mula dan menular dalam satu aliran mengikut reka bentuk tanpa terputus aliran.

4.Setiap sisi rekabentuk adalah diwakili oleh huruf

5.kufi ditulis dalam sistem hitam-putih atau dikenali sbg positif negatif dan diukur dalam skel kotak. Bilangan kotak putih iaitu kotak bukan huruf tidak boleh melebihi 2 bilangan kotak.

6.Kufi2 silam adalah tidak bertitik, tetapi selepas resam uthmani digunakan, kedapatan karya-karya yang memasukkan titik.Namun begitu penggunaan titik ini tidak begitu dititik berat kan. Penulisan kufi di zaman moden terutama bagi negara bukan Arab seperti Malaysia, penggunaan titik adalah dititik beratkan.

7.Kaedah penyambungan huruf kufi adalah sama seperti kaedah tulisan arab yang lain spt. tuluth, nasakh dll, dengan penyesuaian berdasarkan skrip kufi.

Sering berlaku perlanggaran hukum oleh pengkarya dalam memenuhi satu2 prinsip. Contohnya ada yang mengubah bentuk huruf bagi mengisi ruang putih dll. Pengkaji kufi menamakan perlanggaran hukum ini sebagai ‘dibuat secara cuai’

Memanglah sukar untuk mendapat satu kufi yang memenuhi 100% prinsip asasnya  tanpa mengorbankan prinsip yang lain, terutama bagi ayat2 yang panjang,  namun ianya boleh dibuat. Dalam banyak kes kufi silam, perlanggaran prinsip ke atas sifat huruf masih boleh ditafsir tetapi perlanggaran hukum aliran adalah bahaya kerana boleh memesongkan bacaan.

Begitu juga perlanggaran hukum titik mula, masih boleh ditafsir. Malah sesetengah pengkaji menamakan ia sebagai The Artis’s Secret- membuatkan kita tercari2 di mana titik mulanya.

Contoh kufi yang terdapat di dalam Kaabah. Titik mula sepatutnya pada Lam Alif tetapi kedudukan Lam Alif telah diletakkan pada penjuru kiri-bawah. Apa sebab dibuat sebegitu adalah satu rahsia yang menarik untuk dikaji kerana ia berlaku di dalam Kabah yang mulia.
Ada pembaca yang meminta saya deletkan entri berikut:
hanya disebabkan kedudukan titik mula itu yang kononnya menjejaskan akidah. Bagi saya sebagai pengkaji dan penggiat kufi, saya ambil pada dasar ‘sebagaimana sedia ada’ untuk dikaji. Sementelah ayat ini adalah syahadah ,satu ayat lazim di mana tidak ada orang yang bersyahadah bermula dengan Muhammad . Lagipun aliran Muhammad itu mengarah ke dalam yang secara otomatis kita akan faham ianya bukan titik mula, Keadaan sebaliknya mungkin berlaku kepada ayat2 yang tidak biasa dibaca.
Begitu juga isu penggunaan Hamzah. Bagi tulisan jawi dan arab, fungsi hamzahnya berbeza, begitu juga kedudukannya dalam penulisan. Sengaja saya melambatkan entri2 baru bagi memberi ruang untuk  khalayak yang berminat dengan hasil penemuan dari kajian saya faham tentang isu yang diutarakan. isu hamzah dan isu titik adalah isu penting yang nampaknya diambil mudah oleh pengkarya baru.
Isu hamzah pernah saya ulas dalam blog pertama saya di sini
Manakala untuk isu titik izinkan saya berkongsi karya yang baru dipertandingkan di Pesta Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu (TIIAF), iaitu :
Dalam kedua2 karya ini, titik huruf telah tidak diletakkan di tempat yang betul menjadikan huruf tersebut berubah sifat. Karya pertama – titik ghain di pisahkan oleh alif menjadikan sifat ghain itu berubah menjadi ‘ain. Manakala dalam karya ke 2, titik Fa telah diletakkan di atas Ro menjadikan sifat Ro bertukar kepada Zai. Begitu juga titik ghain telah diletakkan di sampingnya menjadikan pandangan pertama seolah2 huruf Ain Nun Ta.
Jadi, kesimpulannya saya ingin berkongsi apa yang saya perolehi dari kajian2 saya agar penulisan khat kufi segi 4 berada pada landasan yang betul. Natijahnya adalah apabila kita faham khat ini, kita akan dapat menilai sesuatu karya itu samada betul atau silap dan sekiranya sesuatu kesilapan itu dikesan, terutamanya pada ayat2 quran/hadis , adalah wajib bagi kita untuk menegurnya . Setidak2nya itulah sumbangan kita dalam menjaga kesucian Quran dan hadis.
Manakala bagi pengkarya kufi, saya harapkan apa yang saya paparkan di blog ini dapat sama2 dimanafaatkan. Dan sekiranya penemuan saya itu salah pada penilaian tuan2, saya amat terbuka untuk menerima hujah akademik.
Semoga bermanafaat.

Wednesday, 2 October 2013

SIFAT-SIFAT HURUF JAWI

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam membuat khat kufi menggunakan font jawi, kita perlulah mengetahui sifat-sifat huruf jawi. Sifat-sifat huruf ini dibahagikan kepada 3 kategori berikut:

1.Huruf Sombong
Sifat : Tidak boleh disambung atau menyambung
Huruf:    Hamzah
Contoh:
داءون
2. Huruf Kedekut
Sifat : Boleh disambung, tidak boleh menyambung
Huruf:
ا د ذ ر ز و ؤ ة
  Nota: huruf va
Contoh:
باتو       دادا
3. Huruf Mesra
Sifat : Boleh disambung dan boleh menyambung
Huruf :
ب ت ث ج ح خ س ش ص ض ط ظ ع غ غ ف ف ق ك ل م ن ه ي ث
 Nota: Nya, Pa, Nga
Contoh :
سمبهيغ        سمفن

Saturday, 21 September 2013

KUFI DI DALAM KAABAH – SATU KAJIAN

Kajian kes ke atas Kufi hiasan yang terdapat dalam Kaabah:
Hasil kajian mendapati:-
1.       Kufi ini terdiri dari 2 perkataan sebagai mana ditunjukkan dalam rajah 2 iaitu Muhammad Rasulullah dan La ilaha illallah (rajah 2)
2.       Kufi ini bermula pada penjuru kanan di bahagian atas
3.     Aliran perkataan dalam kufi ini mengarah ke bahagian atas,  tengah-  di mana terdapat 2 kalimah Allah (Rajah 3)
4.      Terdapat perlanggaran hukum positif negative di 2 tempat iaitu pada Lam ,kalimah Allah(1) dan pada Dal dan Ro di kalimah Muhammad(2)-Rujuk Rajah 4.
-Pada kalimah Allah sepatutnya diselaraskan supaya kedua-dua Lam berada pada petak positif. Ini akan menjadikan ukuran Lam pada saiz yang sama dan memberi  kesan yang seimbang.
-Pada Dal dan Ro diperhatikan keperluan meletakkan hujung kepala Ro di petak negative adalah untuk mewujudkan karakter Ro yang lebih jelas. Sekiranya Ro tersebut ditinggikan separas Sin, akan mewujudkan karakter Ro yang tidak mantap. Begitu juga sekiranya direndahkan separas dasar Sin. Manakala dasar Dal dipanjangkan untuk memenuhkan ruang.
Kesimpulannya, perlanggaran hukum positif negative ini dibolehkan dalam keadaan tertentu seperti keadaan ini, iaitu bagi menzahirkan karakter huruf yang mantap. Keseluruhannya, bentuk segi empat dan ruang kosong antara huruf masih terpelihara.
5.       Penyambungan kepada Wau adalah pada lehernya, sebagaimana dalam tulisan Arab/Jawi biasa.(3 –rajah 4)
6.      Bentuk Ha hujung sebagaimana dalam kufi  ini adalah diterima kerana tidak disalah ertikan dengan huruf lain, umpamanya mim awal atau mim tengah (4 – rajah 4)

Monday, 16 September 2013

Assalamualaikum
This blog i created purposely to share what i found in my research on square kufic caligraphy. You might agree or disagree with my findings, hence , this is the ground to find the best facts regarding the art of square kufic.Therefore i am welcoming you to joint my research in any way you may contribute for the purpose of  square kufic art lovers.Thank you and please wait for my entries here.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s