Ahli parlimen apakah ini?

imageApabila ahli parlimen bersikap seperti budak sekolah.

Peristiwa berbalas serangan di parlimen dan mengoyakkan usul adalah berita yang begitu menarik perhatian minggu lalu. Bagaimana lagak pemimpin- pemimpin pilihan rakyat untuk ke parlimen boleh bersikap seperti budak-budak sekolah. Bagaimana mungkin ahli-ahli parlimen seperti ini boleh merencanakan suasana ekonomi dan iklim politik dengan baik jika tidak boleh berfikir dengan waras. Apakah mereka lupa tindakan seumpama itu umpama beruk ( seperti yang berdozen blog gelarkan). Tidakkah mereka tahu gelagat mereka di rakamkan dan dengan mudah semua rakyat jelata boleh melihatnya. Apabila mereka berkelakuan seperti haiwan melompat-lompat sudah semestinya penonton juga tahu berapa peratus IQ pelakunya.

Kenapa orang-orang seperti ini yang sepatutnya membincangkan permasalahan negara seperti ekonomi dan kewangan yang meruncing bertindak sedemikian rupa. Kita tidak mahu masalah moral ahli parlimen menjadi agenda utama diperbincangkan. Bukan itu matlamat penubuhan sebuah parlimen. Masalah moral ahli parlimen ada tempatnya. Bukan di parlimen untuk diperdebatkan. Rakyat sudah matang. Mereka hanya mahukan yang terbaik menjadi wakil. Menyuarakan hasrat rakyat yang semakin terdesak akibat kecelaruan pengurusan ekonomi yang meruncing. Kuasa beli rakyat semakin merosot. Harga minyak begitu kerap naik, akibatnya harga barangan ikut naik, harga rumah semakin tinggi tak mungkin akan turun, harga kereta tiada keistimewaan walaupun bermacam janji sebelum pilihanraya, segalanya perit bagi rakyat jelata….tetapi wang mereka hanya paras hidung. Rakyat terpaksa memendam impian. Hidup senang dan bermewah hanya berlaku dalam mimpi. Realitinya mereka terpaksa menggandakan usaha jika hendak merasa sedikit selesa. Ramai yang terpaksa mencari sumber ekonomi sampingan. Berniaga kecil-kecilan. Bahkan ada pegawai yang sebelah malamnya terpaksa menjual burger, menjadi pengawal keselamatan, bekerja di stesen minyak. Peritnya kehidupan masyarakat bandar turut dirasai masyarakat desa. Tiada terkecuali.

Baru-baru ini di gemparkan dengan kes kematian pegawai bank di tembak. Senario ini semuanya ada sebab. Mangsa ditakdirkan pergi dalam keadaan tragis. Hanya kerana wang, nyawa manusia jadi pertaruhan. Pelakunya manusia juga yang banyak hasrat yang tak tertunai. Hidup di tempat orang yang serba mahal. Banyak keperluan. Untuk keluarga mungkin atau untuk diri sendiri. Untuk cepat kaya mereka hanya melaksanakan tanpa memikirkan kesannya. Si mangsa pula mengalas tugas yang besar. Terpaksa pulang lewat akibat tuntutan tugas. Sebagai sebahagian masyarakat yang tugasnya menjaga amanah rakyat tanpa sedar hidup dalam percaturan yang begitu merbahayakan. Dalam keadaan sedemikian mungkinkah mereka ini di lindungi. Polisi insuran untuk kerja-kerja berisiko seperti ini. Nak tak nak sebagai individu yg berpandangan jauh kita sendiri kena bijak menguruskan masa depan. Terpaksalah mengambil polisi sendiri. Nak harapkan majikan atau boss jgn haraplah. Syarikat hanya mementingkan keuntungan semata. Dalam hal ini kerajaan seharusnya tegas. Kuatkuasakan serta merta akta polisi perlindungan pekerja. Kalu setakat Socso berapalah agaknya. Dalam hal ini tugas ahli parlimenlah untuk memperjuangkannya. Inilah masanya mereka mempertahankan rakyat. Berjuang untuk kebaikan rakyat. Bukan beraksi macam beruk.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s