Lelaki juga perlu jaga penampilan diri….

Push-Up-In-Gym-Male

Kecantikan yang di maksudkan asalkan senang mata memandang. Bukan pulak nak mengeji. Bagi yang muka bak orang kata macam pecah rumah tu apalah salahnya di buat sesuatu agar nampak lebih berseri. Sedap awek memandang, sejuk mata ibubapa yang nak cari menantu. Saham pun naik. Ni bukan main- main tapi kenyataan. Bagi penulis yang menulis ni pun pernah jadi macam tu. Dulu mungkin sebab pasrah dengan pemberian tuhan terima sahaja seadanya. Muka bercapuk- capuk pun anggap sudah ditentukan illahi. Bila berjemur setengah jam aje kat luar, balik rumah dah rentung. Kalau balik kampung beri salam kat emak pun silap-silap orang tua tu lari masuk balik ingatkan pendatang tanpa izin.

Mungkin zaman moden ni setelah pelbagai imfomasi tersedia melalui mediamassa, internet terutamanya, soal penjagaan diri sudah menjadi satu kemestian. Sekarang ramai lelaki metroseksual kat luar sana. Bukan homoseksual kena sebut baik- baik.  Tetapi kaum adam yang condong dan menyeleweng ke arah tu memang ramai, mereka sayugia di maklumkan amat mementingkan paras rupa. Kalau tak bisnes tak jalan.

Namun aku tak nak menulis jauh-jauh, meraban, cukuplah sekadar aku ingin mengatakan  bahawa lelaki juga perlu kecantikan dan kebersihan. Kerana itu aku mula melihat aspek ini lebih jauh. Kalau baju dan seluar sepasang boleh kita beli ratusan dan ribuan harganya kenapa tidak boleh untuk barang perapian wajah. Berbagai jenama besar kecil, murah mahal kat luar. Tepuk beg duit tanya mampu tak mampu. Kalau mampu setakat Loreal, Anthony Sport, Nivea, Vitaman dan banyak lagi jenama mewah lain boleh kita letakkan tersusun atas meja solek.

Untuk pengetahuan kalian muka aku dahulu memang agak bersih. Dari semenjak remaja aku jarang di tumbuhi jerawat. Mungkin aku mandi tak pernah cuci muka pakai sabun mandi. Aku hanya akan sabun badan dan bilas muka dengan air sahaja. Bertahun2 jugak aku lakukan rutin harian aku itu. Kadang-kadang aku rasa sabun tu keras, kasar berbiji-biji. Bila tengok ada pasir. Sah sabun tu dah jatuh atas simen. Si pelakunya mesti ambil terus sabun letak kat dalam bekas sabun. Inilah perkara yang aku benci kalau pakai sabun mandi. Tengah sedap tenyeh, gosok sana, gosok sini tiba-tiba sabun sedap-sedap sudah berada atas lantai. Kalau setakat jatuh atas lantai bilik air boleh terima lagi tapi sekali dia masuk dalam lubang saluran daa. Nak buang sayang memandangkan baru aje pakai sabun tak sampai seminggu. Nak tak nak ambik jugak lepas tu cuci ala kadar. nak cuci lebih-lebih sudah almaklum yang kandungan dalam lubang saluran tu ada saki-baki kandungan dalam badan kita dan orang lain yang baru aje di lepaskan sebentar tadi dan malam tadi. Maknanya kita jugak adalah penyumbang kepada kekotoran sabun itu yang akan digunakan oleh orang lain selepas itu. Inilah formula yang aku tak suka sangat kalau pakai sabun mandi. Alasan ada pasir-pasir kat badan sabun tu takkan nak di tonyoh kat muka. Kerana itulah aku tak pernah mandi tonyoh sabun kat muka. Biarlah aku bilas sahaja dengan air. Tu yang sampai sekartang bila orang jumpa aku dia orang senang nak kenal aku sebab muka aku tak berubah. Mungkin sebab nasib aku baik sikit kut nampak muda. Walaupun hakikat sebenar aku dah mencecah angka 3/4 abad.

Tetapi beberapa tahun lepas, selepas berpuluh tahun aku tak pernah cuci muka menggunakan sebarang krim atau bahan pencuci, akhirnya aku terpaksalah jugak pecahkan tradisi. Akibat serangan demam campak kali kedua yang agak extreme.Hampir keseluruhan badan aku ditumbuhi cacar air yang besar dan menggerutu. Di muka sahaja tak dapat di bilang berapa banyaknya gunung berapi yang sedang masak. Nak dijadikan cerita selepas beberapa hari terkena campak aku di serang sakit otot perut pulak. Rupanya otot perut aku cramp. Aku tak boleh bernafas. Setiap kali bernafas otot perut aku akan sakit sangat. Akibatnya Aku terpaksa mendapatkan rawatan dan doktor telah memberikan injection untuk menahan sakit. Kalau ikut pantang larang melayu lama injection adalah perkara yang paling memudaratkan jika dilakukan ketika kena demam campak. Untuk sakit otot perut aku tu mungkin berjaya tetapi untuk sakit demam campak ia mungkin telah menyebabkan proses baik pulih aku agak lambat. Makin bertambah jugaklah gunung berapi yang besar-besar pulak tu.Ditambah lagi dengan kegemaran aku makan ayam masak kicap. Lagi satu pantang larang yang aku tak tau betul tidaknya. Jangan sesekali makan kicap. Nanti parut kudis campak akan berwarna hitam. Mungkin kebetulan atau memang sudah ditakdirkan, memang hitamlah parut campak aku bila sembuh sepenuhnya.

Disebabkan kesan parut dan kudis yang bertompok-tompok di muka aku rasa habis kemachoan aku selama ini. Terpaksalah aku cari alternatif untuk memngembalikan keremajaan muka aku yang ada dulu. Makanya untuk mengembalikan kejelitaan wajah aku yang macho tu terpaksalah aku memakai pelbagai produk kecantikan. Bermula dengan bedak sejuk cap kampung baru, bedak indon, losyen krim yang pelbagai jenama. Tapi disebabkan kesan agak lambat, aku mula berjinak-jinak dengan Krim perawatan yang lebih komersial. Macam-macam Scrubs, Firming gel, Cleanser dan moisturizers yang aku cuba. Bermula dengan KaoBiore, Dashing, Nivea dan akhirnya aku stick kat mind aku untuk menggunakan L’oreal For Men sahaja. Mungkin ada kesan yang bagus selepas menggunakannya. Parut mula hilang sedikit demi sedikit tapi tetap nampak kesannya. Timbul pulak jeragat dan kesan-kesan hitam yang agak menonjol jika di lihat dari dekat.

Tapi hati manusia cepat berubah. Selepas menggunakan L’Oreal sekian lama, lebih kurang 3 tahun aku terpaksa menggantikannya dengan “SF Beauty”. Produk ini adalah buatan tempatan, terkenal kepada pengguna-pengguna sebelah utara dan pantai timur. Jenama ini tidak dijual di pasaran terbuka di supermarket atau pusat jualan komersial. Produk ini dijual melalui pembekal secara terus menggunakan pengedar-pengedar persendirian. Namun ia tetap mempunyai lesen dan kawalan dari Kementerian Kesihatan. Itu yang penting kerana ia produk yang di jamin tulen dan tidak menggunakan bahan-bahan larangan. Apa yang aku tahu produk ini di perbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti Hampas Beras, Kunyit, Temulawak dan beberapa bahan tradisi yang boleh dipercayai.

Sebenarnya aku diperkenalkan dengan produk ini hampir setahun yang lalu. Diperkenalkan oleh orang kuat di sebalik produk ini. Mungkin fitrah manusia apabila ada produk baru yang diperkenalkan tetapi tidak komersial maka produk itu hanya aku letakkan di dalam laci meja solek aku. Namun aku ada pakai juga beberapa ketika dahulu lebih kurang seminggu. Tapi apa yang aku dapat adalah rasa panas, tak selesa dan muka macam sedikit mengelupas. Kerana takut muka aku jadi lebih teruk aku menghentikan penggunaannya. Itu cerita hampir setahun yang lalu. Kini aku menggunakan produk itu kembali. Semuanya gara-gara aku lihat kesan yang besar berlaku kepada rakan-rakan sepejabat yang menggunakannya. Mereka yang berkulit gelap tiba-tiba putih berseri-seri. Mulanya aku rasa mereka pergi treatment di mana-mana. Aku malas nak bertanya kerana sibuk dengan tugas. Tapi bila mereka beritahu mereka menggunakan produk SF Beauty aku memang tidak percaya. Tapi apabila anak orang kuat produk itu sendiri yang dulunya aku rasa agak sedikit gelap sudah menjadi begitu putih, cerah dan berseri-seri aku rasa lebih tak percaya. Mungkin nak melariskan produk mereka boleh menggunakan pelbagai cara.

Untuk membuktikannya aku kena cuba sendiri produk itu. Selepas lebih kurang 3 bulan berada dalam almari aku pakai balik dan kesannya…. Selama seminggu muka aku rasa panas, tak selesa dan keluar jerawat. Tapi aku lupakan seketika kesan-kesan sampingan tu dengan terus memakainya untuk melihat kesan lebih lanjut. Selepas 2 minggu berlalu, perubahan paling ketara adalah muka aku lebih licin. Dulu aku rasa kasar lepas dua minggu tu memang rasa licin dan gebu sedikit. Tapi kesan parut masih ada cuma muka aku lebih cerah. Sekarang ni selepas 5 bulan aku sudah selesa dan muka aku sudah berseri kembali. Cuma bak orang kata la. Nak licin macam orang muda sangat tu jangan haraplah.  Kalau ada tahi lalat yang besar memang susah nak hilang lah. Cuma ada sesetengah kulit yang tidak bermasalah sangat, tahi lalat hitam besar pun boleh hilang. Kalau jeragat, bintik-bintik hitam, parut-parut yang dulunya jelas kelihatan memang mudah untuk ditangani. Aku sudah memakainya dan memahami ketika aku pakai produk berjenama dulu, aku kena pakai 3 minggu sekali  tukar(maknanya beli baru). Bila aku pakai Produk SF Beauty ni kerana sabunnya banyak buih. Aku pakai sedikit aje dan rasanya dua bulan sekali baru beli baru. Penjimatan ketara di situ. Cuma krim pencuci tu kalau rasanya muka dah elok pakai sesekali pun tak apa. Sama juga macam produk-produk lain Krim pencuci pun kena beli lain macam untuk krim UV. Tapi disebabkan ada loose pack yang harganya lebih kurang RM40.00 bolehlah aku control budget. Selalunya setelah muka aku tak perlu pakai banyak. Krim malam tu boleh tahan 2 bulan. Krim siang jugak dalam 2 bulan. Terpulang kepada cara pemakainya. Kalau ganas pakai seminggu pun boleh habis.

Namun aspek yang paling penting adalah cara penggunaanya. Produk ini ada 3 elimen penting dengan 3 bahan penting yang perlu diketahui. Produk ini terdapat sabun pencuci yang kelihatan seperti getah lembut transperent, yang banyak buih. Terdapat krim pencucui untuk di pakai malam dan krim penghalang UV yang di pakai waktu siang.

Waktu pakainya seeloknya waktu sebelum tidur malam. Cuci muka dengan sabun. Seandainya memang diketahui muka kita mengalami kulit bermasalah, terlalu banyak gunung berapi, berminyak sangat. pakailah Produk SF BEauty berwarna hijau. Ia mengandungi Vitamin C. Ia agak kuat dan sesuai untuk kulit bermasalah. Kalau kulit-kulit normal eloklah pakai sabun berwarna kuning. Selepas cuci muka dengan air , ambil sabun, sental sikit sabun kepada kawasan yang mungkin terdapat kesan hitam, jeragat atau bintik-bintik hitam yang memang bermasalah tu. Buih sabun SF Beauty memang banyak dan tidak perlu menggunakannya secara berlebihan. Selepas itu tunggu beberapa ketika sebelum bilas dengan air.  Lap muka dengan lembut sekadar untuk mengeringkan kemudian ambil krim malam dan sapu seluruh muka. Kalau krim kelihatan pekat ambil sedikit air dan campurkan. Biarkan krim pada muka dan masuklah tidur sambil bermimpi-mimpi yang indah.

Selepas bangun dari tidur keesokkan pagi, cuci muka sehingga bersih dengan air. Kemudian ambil sabun dan cuci muka seperti yang di lakukan pada waktu malam. Cuci sabun sekadar secukup rasa dan gosok ditempat-tempat yang bermasalah dengan lebih sedikit. Selepas itu bilas dengan air dan keringkan muka. Ambil krim pelindung UV dan sapu pada muka. Kalau merasakan kulit berminyak jangan pakai krim pelindung UV terlalu banyak. Sapukan sedikit. Selepas itu anda boleh bawa ke tempat kerja. Krim pelindung UV ni sebenarnya untuk melindungi muka dari sinaran UV matahari yang boleh mematikan sel kulit.

Peringatan kepada mereka yang mempunyai kulit bermasalah atau mereka yang takut. Anda perlulah memahami diri anda sebaiknya. Jika merasa ragu dan selama ini memang mempunyai sejarah muka bermasalah jangan pakai produk ini atau peroduk-produk lain. Dapatkah khidmat nasihat pakar kecantikan terlebih dahulu. Kepada kaum lelaki, kulit lelaki memang tak sama dengan kulit wanita. Lebih tahan lasak sedikit. Tapi dapatkan tips dan kaedah penjagaan muka dan pelajarilah serba sedikit tentang diri anda. Fahami diri anda sebaiknya. Sebelum memakai produk-produk perapian wajah anda perlu menilai diri anda. Jangan selepas pakai dan anda merasakan kesannya tidak seperti yang di jangkakan, anda akan menyalahkan produk dan mula membuat perkara-perkara bodoh. Anda kena beringat bahawa setiap orang tidak mempunyai perspektif diri yang sama. Ada orang yang punya kulit biasa normal, tidak mudah alah atau kalah kepada sebarang ubatan. Ada pula yang sebaliknya. Sebaiknya fahami diri anda sebaiknya. Anda yang tahu tahap mana diri anda berada. Tepuk dada tanya selera.

Akhir sekali aku ingin mengatakan bahawa setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Ada yang mementingkan eksesori badan dan mementingkan penjagaan muka. Ada sesetengah pula mengganggapnya sebagai tidak perlu. Namun yang penting kita perlu pastikan kita berada dalam sudut pandangan umum yang nutral. Maksudnya kalau nak lebih baik tambah value supaya sudut pandangan umum akan memberikan impak baik. Jangan nanti orang memandang kita dengan muka mencemik pula. Mungkin sudut pandangan mereka kita kelihatan kemas, bersih dan cantik penampilan. Itu satu bonus.Kalau pakaian dah lah selekeh muka pulak macam anak ponti, macam itik pulang petang sendiri mau ingat la. ponti pun lari……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s