Kereta nasional VS Import

Masuk tahun 2012 banyak model kereta baru tiba-tiba berpusu-pusu masuk
ke pasaran. Tetapi kalau bercerita tentang kereta baru tempatan Malaysia, sudah tentu semua orang akan memperkatakan tentang Proton dan Produa. Almaklumlah hanya dua syarikat ini sahaja yang di “endorse” sebagai syarikat pengeluar kereta tempatan. Meninggalkan NAZA terkapai-kapai keseorangan dalam usaha memecah tembok 2 syarikat multi nasional negara itu. Walaupun sebenarnya oleh dikatakan Perodua itu adalah milik Jepun namun tetap dikategorikan syarikat tempatan.

Bercakap tentang kebanjiran model baru aku tertarik untuk memperkatakan tentang design melebihi dari hal-hal berkaitan kuasa engine. 2 model syarikat yang mengagumkan aku datangnya dari pesaing dunia auto Asia iaitu Korea. Kalau dulu Jepun begitu mengganas dengan Toyota, Honda dan Suzuki, kini Korea mula menunjukkan taringnya dengan keupayaan KIA dan Hyundai. Malahan Ssangyong juga seperti mengekori dari belakang. Kini KIA dan Hyundai mula mempertaruhkan penjenamaan baru dengan mengeluarkan satu demi satu model-model terkini dengan gaya moden dan elegan. Malahan aku tabik kepada kecangihan teknologinya yang merekacipta kereta dengan ciri-ciri futuristik, rekaan menakjubkan yang memukau mata aku. Aku pencinta Audi dan VW, tetapi melihat kecantikan KIa aku seakan meletakkannya sebaris dengan dua jenama unggul tersebut.

Beberapa bulan lalu sewaktu aku pulang ke kampung, sebuah KIA Forte berwarna Merah menyilaukan pandangan mata. Walaupun banyak komen negatif tentang KIA, dikatakan Kereta 2nd Value yang susah untuk dijual, spare part susah dan sebagainya namun di sebabkan rekabentuknya yang cantik aku meminggirkan sigma negatif tersebut. kalau nak dibandingkan dengan Proton, tiada bezanya. Walaupun kereta proton tiada masalah spare part namun Proton miskin pelbagai perkara. Aku tau kerana aku pakai kereta proton semenjak 1999. Berbalik cerita KIA Forte tadi aku amat tertarik dengan model ini. Seringkali aku bandingkan dengan Honda City. Malahan ada sesetengah menyatakan ciri-ciri KIA Forte melebihi keupayaan Honda City. Ada juga cerita aku dengar bagaimana sebuah kereta KIA forte mengalami kemalangan besar tetapi mendapat sikit kecacatan. Kereta KIA Forte ini di katakan masuk ke dalam gaung di tempat sama dengan beberapa buah kereta berjenama yang kemalangan sebelumnya. Kereta-kereta berjenama itu dengan kelajuan yang sama terhumban ke dalam gaung tersebut dan dikategorikan total lost. Tetapi KIA Forte yang terlibat di tempat yang sama mengalami kerosakan minimum malahan jika di lihat pada kelajuan sewaktu kemalangan amat mustahil KIA Forte dapat bertahan seperti kejadian tersebut.

Apa signifikan kepada kejadian tersebut? Mungkin Ini adalah petanda kepada ciri-ciri keselamatan dan ketahanan. Kecantikan rekabentuk satu hal, keselamatan pula satu hal yang lain, perlu di ambil kira jika memilih kenderaan. Bagaimana dengan Proton dan Perodua?

Aku tak nak komen Perodua, tapi lebih kepada Proton. mungkin revolusi Jepun dalam Peodua akan mengekalkan kereta ini mengatasi Proton jika Proton tidak mengubah polisinya. Sayang sungguh Proton yang mendapat segala-galanya dalam industri tempatan masih gagal memberi impak besar kepada pasaran. Kesilapan proton ialah kekurangan inovasi kendiri. Terlalu bergantng harap kepada teknologi luar. Kegagalan mengeluarkan model-model dengan ciri-ciri rekabentuk menakjubkan dan memasarkan kereta duplicate seperti Proton Inspira meunjukkan kelemahan nyata Proton. Tun Mahathir melahirkan satu komen yang menyatakan Proton akan mengeluarkan sebuah model yang melepasi piawaiannya. Dia telah pun memandu ujikereta tersebut dan mendapat keputusan memberangsangkan. Sejauh mana kebenarannya hanya akan terbukti selepas model tersebut dilancarkan. Namun pada aku Proton tetap akn menjadi pilihan nombor dua selagi ia gagal menyaingi kecantikan dan keupayaan KIA Forte, KIA Optima K5 baru yang outstanding rekaannya, KIA Soul, KIA RIO (2012), KIA Pro ‘Ceed (2012) dan lain-lain yang semuanya mmmmm……..

20120313-004149.jpg

20120313-005002.jpg

20120313-005016.jpg

20120313-005027.jpg

20120313-005039.jpg

20120313-005050.jpg

20120313-005100.jpg

20120313-005114.jpg

20120313-005134.jpg

20120313-005146.jpg

20120313-005207.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s