Pemain perlu belajar dari kesilapan

bola_tempatanKeputusan penuh perlawanan Liga Premier 2 mac 2012,

Pahang 5 – 0 MP Muar.
Sime Darby FC 1 – 1 Pos Malaysia FC
MBJB FC 2 – 3 Betaria FC
Perlis 3 – 3 Johor

Perlawanan MP Muar di Pahang dengan kekalahan besar 5 – 1 mewajarkan untuk di perbincangkan. Apakah yang berlaku di Temerloh. Adakah kesilapan pemain, taktikal atau faktor-faktor alam penyebab utama kekalahan tersebut. Sebagai penyokong aku tetap menyokong MP Muar walau macamana pun. Tapi jangan sesekali mengaitkan dengan rasuah sekali lagi…biar kalah berdozen asalkan bukan kerana hal tersebut.

Sebagai penyokong aku akan hentam, kritik atau komen jika ternyata kelemahan pasukan sebagai penyebab utama. Aku tidak akan memuji dan memuja tanpa sebab. Kalau salah tetap salah. Jika mereka bermain bagus aku akan ucap tahniah. Jika mereka menang itu satu bonus. MP Muar sebuah pasukan kecil. Sebuah pasukan yang kekurangan banyak segi. Aku kira mereka dalam proses pembangunan. Walaupun mereka sudah lama dalam Liga FAM dan kini memasuki satu lagi musim dalam Liga Premier namun dari aspek pengalaman mereka masih jauh terkebelakang.

Post mortem perlu di lakukan oleh Mr Professor jurulatih MP Muar untuk mengenal pasti apakah faktor kekalahan tersebut. Jika ternyata kelemahan pemain maka kenalah gandakan latihan. Kekuatan mental, fizikal dan kemahiran individu perlu di mantapkan. Pemain bukan sahaja membawa imej pasukan tetapi seluruh warga Muar dan penyokong. Jangan ada pilih kasih dalam pemilihan pemain. Kalau strategi dan faktor taktikal menjadi penyebab jurulatih wajib bertanggungjawab untuk perbetulkan.

Ketika ini MP Muar menjadi perhatian. Tekanan memang Cukup kuat. Ura-ura untuk membenamkan pasukan kelab dari Johor sudah di rancangkan. Namun malam tadi pasukan Johor FA yang di terajui oleh ramai nama besar belum boleh mendabik dada. Sekadar seri menunjukkan mereka kena banyak muhasabah diri. Banyak perkara perlu di perbetulkan.

Aku berharap sesuatu perlu di lakukan. Namun aku masih berpijak di bumi nyata. MP Muar tidak mempunyai satu set dan package dari pemain dan jentera pasukan yang besar dan kukuh. Tapi itu bukan satu elemen yang boleh di jadikan sandaran untuk menutup kelemahan dan kesilapan. Kekalahan dengan jaringan besar menunjukkan ada banyak perkara yang tidak di beri perhatian. Salah satunya menandakan pemain tidak cukup bagus. Tidak konsisten? Lemah psikologi? Tidak mendengar arahan? Atau mereka memang belum bersedia untuk menjadi pemain bola secara profesional. Mungkin MP Muar bukanlah sebuah pasukan Profesional sepenuhnya namun mereka yang beradandi dalamnya harus berfikir profesional. Jadikan pengajaran luar sebagai asas Kecemerlangan. Kelab Cardiff city yang baru- baru ini mara ke perlawanan akhir Piala Carling Cup bertemu Liverpool ibarat kereta Ferrari dengan Proton. Namun bila di atas padang Cardiff umpama Real Madrid. Aku peminat Liverpool sejak hampir 30 tahun. Tapi perlawanan di Wembley tempohari di menangi oleh Cardiff city di mata aku walaupun mereka tewas. Liverpool menguasai perlawanan dan memperolehi lebih banyak peluang tapi komitmen, strategi, daya juang, creativity semuanya berpihak kepada Cardiff City.

Apa yang aku ingin katakan adalah jangan jadikan alasan kekurangan dan faktor kecil besar pasukan di jadikan sandaran. Setiap pemain wajib bermain bermati-matian di atas padang. Kemampuan fizikal, skil kemahiran milik individu. Pamerkan yang terbaik. Sentiasa berfikiran positif. Bayangkan seolah-olah anda bermain d sebuah liga yang ditonton oleh jutaan peminat. Di situlah tempat anda menunjukkan kemampuan anda. Jangan biarkan lawan berasa mereka lebih bagus. Secara teori dan praktikalnya pemain bolasepak di Malaysia adalah sama standardnya. Kecuali mereka membuktikan kemampuan mereka sehingga bergelar pemain profesional di luar yang mengiktiraf kemahiran mereka. Jika masih belum mencapainya mereka tetap sama. Jadi jangan takut. Cuma untuk menjadi yang terbaik latihan yang berterusan, belajar dari yang terhebat, banyakkan research dengan mempelopori skil-skil baru, teknik-teknik baru dan kreatif adalah modal yang sepatutnya setiap pemain bola wajib lakukan. Bukan seperti sesetengah pemain yang berasakan mereka bintang besar yang melebihkan masa berdandan untuk menang bergaya. Bertarung untuk memenangi gaya rambut siapa yang lebih tercacak di atas padang. Siapakah model sukan terhebat di majalah Mangga. Siapakah model terhebat di dalam kolam mandi di Majalah dot…dot..dot..dan banyak lagi yang semuanya berhabisan untuk membuang masa. Untuk menjadi yang terbaik aturlah masa dengan baik. Anda juga perlukan masa utuk keluarga dan rekreasi. Tapi jangan lebihkan masa sehingga menimbulkan gossip hangat. Bergossip di kelab malam, dengan perempuan itu ini, yang akhirnya berakhir dengan kekalahan. Kalah di atas padang, kalah di luarpadang.
Fikir-fikirkan.

Untuk MP Muar, kekalahan 1-5 di tangan Pahang memang memalukan dan mengecewakan ramai orang, baik penyokong mahupun orang-orang di Muar. Namun jalan masih panjang. Usahakan yang terbaik selepas ini. Kalau prestasi tidak berubah seperti ini juga maka aku akan syorkan kamu cari pekerjaan lain. Ramai lagi yang terbaik di luar sana menantikan masa untuk menendang kamu ke luar. Beringat sebelum kena.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s