Aku sokong MP Muar

MPM fcKita sedia maklum perjalanan MP Muar masih jauh untuk berada dalam kelompok masyarakat elit Liga Premiere ataupun Liga Super. Namun kita juga harus sedar dalam bolasepak keputusan kadang-kadang sukar dijangka. Kalah, menang atau seri itu wajib. Sokongan kita berlandaskan semangat kesukanan. Jangan apabila menang kita sanjung, bila seri atau kalah kita hambur dengan kutukan melambung. Untuk itu benarkan otak kita berfikir waras. Sokongan kita berdasarkan profesionalisme. Sekiranya kita mempunyai idea, pendapat yang mampu menaikkan moral, boleh membantu skuad MP Muar jangan malu atau segan untuk menyuntiknya di sini.

Kita kena ingat tiada pasukan di dunia ini boleh berdiri teguh tanpa sokongan peminat. Rencah bolasepak tempatan amat kecil, namun ia akan jadi besar jika kita bersatu. Matlamat jangka panjang adalah melahirkan jagoan dalam bolasepak. Mungkin Sekerdil-kerdilnya pasukan MP Muar mampu melahirkan barisan pelapis sehebat Messi. Melahirkan pasukan kelab adalah satu langkah membenarkan lebih ramai bakat-bakat baru untuk berkembang. Adanya platform untuk mereka menzahirkan hasrat dan nawaitu yang lebih besar. Bakat-bakat inilah yang nantinya akan berkembang biak melahirkan sepuluh, seratus,seribu atau mngkin lebih ramai lagi bakat-bakat terpendam. Kita mengharapkan lebih banyak lagi platform pencarian bakat untuk mereka yang bercita-cita tinggi. Kita tahu kehadiran pemain-pemain sehebat Maradona, Ronaldo, Ronaldhinho, Suarez, Pele dan ramai lagi dari seluruh dunia bukan dari kota besar. Tapi mereka lahir dari desa, pinggir jalanan yang nun jauh dari pemodenan. Tapi desakan naluri mereka hebat. Apabila ramai bakat hebat mereka ingin jadi lebih hebat. Mereka akan berusaha bukan lagi 100% tetapi 300%. Mereka akan menjadi pelabur yang menjana kuntungan masa depan dengan dividen yang tinggi melalui bakat dan kemahiran. Negara yang akan untung.

Mungkin mimpi ini adalah mainan tidur yang keterlaluan. Inginkan masyarakat Muar menjadi sehebat mereka itu. Tapi seperti tagline Adidas, “Impossible is Nothing”, tiada yang mustahil mimpi disiang hari ini jadi kenyataan. Kenyataan ini bukan untuk bakat-bakat dari Muar tetapi untuk semua. Untuk rakyat Johor, mahupun rakyat Malaysia. Jadikan mimpi pasukan MP Muar ini satu kenyataan. Sokongan padu kalian memberi mereka harapan. Kepada warga MP Muar. bermainlah untuk kejayaan. Buktikan kepada peminat anda mampu lakukan. Bukan kerana rasuah yang membelenggu fikiran ramai orang. Tetapi kudrat dan kederat tulang empat kerat. Jangan jadikan halangan Rasuah jadi pemusnah. MP Muar boleh! Johor Boleh!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s