Tengok bola Malaysia macam budak sekolah

padang lecakKeputusannya 2-1. Aksi perlawanan-kelayakan Olimpik London 2012. Perlawanan- pasukan Harimau Muda bertemu Bahrin. Tekanan- kurang. Stadium kosong. Hampir macam Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Tapi kalah juga. Statistik perlawanan – membosankan. Kalah. Kalah. Kalah. Mata keseluruhan – telur ayam, kosong.
Kesimpulan – Harimau Malaya, lembik. Tak seganas nama. Kalau lawan dengan pasukan label itik pun belum tentu boleh menang.
Imbasan perlawanan memaparkan wajah-wajah pemain Harimau Muda yang bersemangat tinggi ketika melangkah masuk ke dalam padang. Begitu tinggi setinggi fesyen rambut sebahagian besar pemain. Sampaikan ada ketikanya fesyen rambut mengalahkan gaya bermain. Mungkin ini adalah senario biasa apabila glamour mengabui mata. Bila ada nama, mula hilang punca, hilang pedoman. Masuk majalah posing manja. Lupa dia adalah pemain bola, tapi lagak lebih dari model profesional. Masuk cerita di akhbar, majalah, blog, facebook, twiter kisah cinta tiga segi. Empat segi, lima segi. Putuskan tunang. Cari girlfriend baru. Putus lagi. Pecah berita – rampas kekasih orang, tunang orang. Drama berpanjangan. Bila main kalah.
Balik negara macam biasa, pengurus, jurulatih kata nasib tak ada. Dalam akhbar pecah berita kata tiada rezeki. Dalam tv siaran lansung, jurulatih dahi berkerut, diam, samada kelu lidah atau mengenangkan anak-anak buah tak ikut arahan. Kasihan.
Imbas sekali lagi perlawanan, bermain waktu malam, sejuk. Sebilangan memakai pelindung tangan untuk tutup kesejukan. Padang licin. Kerap nampak pemain hilang bola. Tahan bola terlepas. Jatuh tak payah nak kiralah. Gol kedua pun kelihatannya pemain jatuh. Lari, kejar bola, terlajak, jatuh….jatuh lagi. Ada pemain pertahanan asyik jatuh aje kerjanya. Lawan lari macam ribut. Harimau muda lari sangkut-sangkut.
Lawan kawal bola seperti bermain atas padang kering. Harimau Muda kawal bola macam ada minyak gris. Asyik tercicir aje. Salah pemain ke atau salah kasut bola? Pegawai yang tahu bab teknikal tidur ke? Atau Malaysia tiada pegawa yang tahu bab-bab macam ni. Kasut bola macam juga tayar Formula 1. Kena tau keadaan cuaca. Tak boleh sebarang tayar. Tayar basah lain, tayar kering lain, kadang-kadang tayar pun kena ada dua-dua sekal basah dan kering, ikut keadaan litar Silap haribulan kereta direct freekick terus gol masuk longkang. Licin. Kalau salah arahan. Kasut bola pun macam itu juga.
Separuh pertama harimau muda, tidur. Tak tersusun langsung. Gerakan kucar kacir. Pemain dapat peluang depan gol. Nampak gabra, taktahu nak buat macamana. Bila sepak lemah, lembik.
Lawan nampak sepert mereka bermain lincah baik sekali. Walaupun sebenarnya bukan mereka kuat, mantap tapi sebab kita lembik mereka nampa kuat.
Separuh masa kedua, baru nampak ada jalan. Tapi lembab juga. Kalau separuh masa pertama, kelihatan sepert harimau muda tiada penyerang. Separuh masa kedua juga sama. Ada pemain jadi penumpang. Pemain long ball tapi pemain tiada. Penyerang nampak selesa berman pertahanan pula. Kalau macam tu baik susun strategi perang. Pasang lebih banyak benteng. Bantu pertahanan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s