Menulis tentang kemajuan

2020Pejam celik pejam celik abad ke 21 ni sudah menganjak ke angka 12. Sudah 12 tahun semenjak millenium bug yang ditakuti satu masa dulu. Waktu internet baru nak melonjak di Malaysia. Sudah pelbagai peristiwa berlaku, suka, duka, semuanya menjadi sejarah. Kalau diikutkan kata PM Mahathir yang berpandangan jauh sangat tu ada 8 tahun lagi Malaysia akan jadi negara maju. maju sangat ke?

Perangai dan kelakuan mungkin semakin maju kut. Gaya hidup pun mungkin boleh dikira maju. Cuma Kemajuan tu tak selaras dengan perkiraan 2020 ketika Mahathir beria-ia dulu. Dulu PM kesayangan rakyat itu pernah melontarkan harapan untuk melihat Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara seperti Jepun, Korea, kalau tak dapat duduk sebelah Amerika yang serba-serbi moden tu. Tapi janganlah nak berangan sangat sebab negara jiran tetangga di selatan tu pun belum boleh kita himpit lagi. Ikutkan pendapatan perkapita Singapura berada di no 3 di belakang Qatar dan luxembourg. Mengikut International Monetary Fund 2011, pendapatan GDL perkapita Singapura itu ialah USD57000, ketiga selepas Qatar (USD102,891) dan Luxembourg (USD84829). Kekayaan Rakyat Singapura sebenarnya mengatasi Amerika. Malahan gaji Presiden Amerika Barrack Obama pun hanya separuh dari gaji PM Sigapura. Bayangkan gaji PM Singapura USD1.7 Million. Berapa pula gaji PM Malaysia?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s