Puasa datang lagi, bufet Ramadan dan harga yang membunuh

Ramadhan al Mubarak yang penuh keberkatan, syahdunya menusuk di kalbu. Setahun berlalu kini muncul kembali. Ramadhan yang mulia, bulan mencari ibadah, mengerjakan amal jariah menjanjikan pahala berganda. Bulan di mana umat islam berpuasa menunaikan rukun yang lima. Alhamdulillah bersyukur rasanya kerana di kurniakan satu bulan di antara seribu bulan yang memberi cahaya keinsafan dan keimanan.

1 Ogos bersamaan I Ramadan bermulanya puasa tahun 2011. Pastinya ramai yang menganggapnya satu tarikh yang klasik dan penuh bermakna. Tarikh bulan islam dan bulan orang putih yang berjalan serentak. Susah untuk jumpa tarikh sedemikian. Sebulan dari sekarang kehidupan akan berubah. Acara juadah pembuka selera akan bermaharaja lela di mana-mana sahaja. Pasar Ramadan akan hidup bermula seawal pukul 3. Kedai-kedai makan dan restoran akan bermula lewat tapi habis juga lewat. Semuanya mengejar keuntungan dan rezeki bulan ramadan. Kebanyakan Restoran akan berjaga sehingga subuh untuk mengadakan juadah berbuka dan juadah bersahur. Saat inilah akan lahirnya peniaga-peniaga baru yang tumbuh bagai cendawan bersama-sama peniaga lama yang beraksi hanya ketika ramadan. Akan ada yang menjual tudung, baju kurung, baju raya dan pelbagai lagi eksesori sempena hari lebaran yang menjanjikan kemewahan dan keceriaan. Peniaga kuih raya yang pelbagai nama dan bentuk akan berlumba-lumba keluar masuk pasaran. Booth dan ruang niaga akan beroperasi seperti pesta. Seperti di bandar kelahiran ku di Muar saat ramadan perhentian bas di bandar Maharani itu akan di genangi bukan dengan air dari sungai Muar tetapi oleh pengunjung yang datang untuk membeli juadah Raya yang pelbagai. Sesetengah dari mereka akan membeli dengan banyak kemudian berbondong-bondong pula menjualnya di pasaran lain. Sudah menjadi kebiasaan perhentian bas di tepian sungai Muar ini akan menjadi destinasi yang tetap semua pengembara yang mencari makan di kota Luar terutamanya di Kuala Lumpur. Sesekali pulang ke kampung mereka akan ke sana untuk mencari kuih raya.

Situasi ini sebenarnya meresahkan banyak pihak sampaikan ada di antara Jabatan kerajaan dan swasta yang terpaksa mengeluarkan surat pekeliling untuk tidak membenarkan jualan terbuka di pejabat ketika waktu kerja. Namun peniaga-peniaga ini adalah manusia yang licik. Tutuplah jalan manapun aktiviti mereka tetap sukses. Baru masuk hari kedua sudah ada lampiran datang untuk sesiapa yang berhajat untuk menempah kuih dan sebagainya. Dalam keadaan ini sebenarnya tiada yang kisah sangat, peluang seperti ini bukannya selalu tetapi sesekali. Ini menambahkan lagi keceriaan dan keseronokan menjelang aidil fitri.Cuma kebiasaannya harga akan bermula tinggi dan akhirnya akan menurun di saat-saat akhir. Kononnya mungkin kuih-kuih yang menjadi pilihan ramai akan habis cepat, tetapi kuih yang sama juga akan menjadi kuih murah pada penghujung ramadan.

Tapi hari ini aku nak fokuskan kepada kes Buffet ramadan yang saban tahun menjadi bahan promosi baik di hotel-hotel besar, kecil mahupun restoran-restoran. Sebenarnya sebagai pengguna dan pelanggan ramai yang mengalu-alukan kemeriahan seperti ini. Bagi yang tidak berpeluang untuk menjamu selera di Cafe Hotel-hotel besar, inilah masanya mereka dapat masuk dan makan di dalamnya. Promosi bagaikan satu kemestian dan menjadi acara wajib. Tawaran murah, sederhana dan mahal berada di mana-mana. Tepuk perut tanya selera pergilah ke mana sahaja. Namun aku tahu bila di namakan Buffet kebiasaanya pelanggan selalunya tertipu dengan promosi. Bayangkan dengan harga semurah RM 15 sehingga ke RM 50 dan ada yang setinggi RM80 satu kepala pengunjung tetap datang. Namun kebanyakannya akan pulang hampa. Aku tidaklah kisah sangat kalau harganya dalam Rm15 – ke RM20. Tapi kalau sampai ke RM80 atau RM100 apa makanan yang kita nak makan sampai harga sedemikian rupa. Sedangkan baru-baru ni aku makan di sebuah restoran di Seri Kembangan bersama isteri dengan pakej RM25, rasanya makanan yang masuk ke perut aku adalah dalam jumlah RM15. Maknanya peniaga untung RM10 selebihnya buta-buta.Bayangkan dalam keadaan perut tengah kosong, angin dalam perut pun sebenarnya tengah banyak. Selera sebelum berbuka memang bagaikan “tiada esok bagi mu”, mengalahkan banduan akhir di penjara yang esok nak kena gantung. (Walaupun sebenarnya mereka di sana tu sudah tak ada selera nak makan lagi). Pelanggan akan melihat semua juadah bagaikan perlu di habiskan. Tapi akhirnya nafsu yang telah mengabui fikiran akan tertawa kerana berjaya mengalahkan kecerdikan akal manusia.

Ketika di Restoran itu akan bercadang nak makan ala-carte kebetulan kedai itu adalah kedai Tom Yam mesti aku nak makan juadah sedemikian. Tapi awal-awal lagi pekerja yang datang dah memaklumkan kalau nak tempah ala-carte untuk masak dan goreng akan mengambil masa. Kena tunggu turn. Walaupun aku lihat masa ada lagi lebih kurang setengah jam dan meja untuk Ala_carte hanya ada aku dan beberapa orang lagi. Maknanya tukang masak bila-bila masa boleh menyediakannya. Memandangkan juadah untuk Buffet semuanya sudah tersedia di atas meja.Kenapa aku tidak boleh menempahnya. Tetapi biasalah peniaga akan mendahulukan apa yang menguntungkan. Akibatnya akupun seakan terdesak akhirnya mengambil pakej Buffet untuk RM25 sekepala. Maknanya aku akan membayarnya sebanyak RM50 untuk dua orang. Kalau dalam perkiraan aku tom yam + sayur kailan ikan masin + telur dadar + nasi rasanya aku makan dalam RM15-RM18 seorang. Disini sahaja aku dah kerugian RM7. Kalau 2 orang aku dah kerugian RM 14. Boleh makan seorang lagi.

Bila makan buffet ni kita kena ambil makan secara beramai-ramai. jalan sana-jalan sini dari meja ke meja, mengelilingi 2-3 kali nak tengok apa juadah yang sedap-sedap. Kadang-kadang nak makan benda yang kita suka terpaksa tunggu turn sebab ada orang lain yang pun tengah tunggu turn, akibatnya terpaksalah ambil juadah lain dulu. Bila keadaan dah ok orang tak ada bila pergi nak ambil benda yang kita suka tadi yang tinggal bekas. Sudah di tutup, maknanya habis la tu. Ikutkan kalau kita berniaga kita kena satisfiedkan pelanggan. Kena ada lauk sepanjang masa sehingga lah ke tempoh yang hujung. Dalam pukul 9 atau 10. Ikut pakej yang di sediakan. Ini pukul 8, baru setengah jam, lauk dah habis. Macamana tu.Sepatutnya peniaga kena pastikan lauk sentiasa tersedia sampailah setengah jam waktu nak tutup pakej yang di tawarkan.

Keadaan yang sama berlaku kepada Kakak aku. baru-baru ni dia pergi makan di Restoran Ikan Bakar Sekincan yang terkenal dekat Balakong berhampiran Pasaraya Jayajusco. Hasrat di hatinya untuk membawa keluarga berbuka di tempat best sikit memandangkan kepopularan restoran tersebut. Seperti yang di ceritakannya ikut pakej satu kepala kena bayar RM 40.00. Kanak-kanak RM25. Dia datang dengan husband dia dan dua orang anak kecil. Maknanya adalah dalam RM 130.00. Sampai waktu berbuka dia pun berbaris panjang untuk mengambil juadah, semestinya ikan bakar. Kalau tak, buat apa makan kat Restoran Ikan bakar. Baik pergi makan kat Restoran Beriani ke, Restoran Sup ke. Tunggu punya tunggu sampailah giliran kakak aku. Tapi yang ada bila turn dia, hanyalah kepala ikan yang tinggal. Dia pun ambil lah untuk family dia. Walaupun kepala ikan tu boleh di katakan tiada benda yang nak di makan tapi dah tak ada dia pun ambil la jugak. Kebetulan bila dia tanya pekerja kat situ bila nak tukar ikan baru mereka kata nanti di orang akan tambah. Tunggu punya tunggu sampai ke sudah kepala ikan tulah yang kakak aku makan. Ikan bakar tak pun di tambah-tambah. maknanya tak di buat lagi.  Berbekalkan 8 ekor udang dengan nasi lemak sebungkus maka kakak aku pun pergilah kaunter untuk membuat pembayaran. Kakak aku pun mengadulah kepada budak jaga kaunter tu yang dia tak dapat merasa langsung ikan bakar yang ada isi. Kepala ikan tu adalah tapi siapa nak makan kepala ikan yang keras tak ada benda. Di jawablah budak kaunter itu, Memang macam itulah situasinya, pelanggan kena makan apa yang ada dan bayar ikut pakej. setelah pertimbangan di buat Kakak aku tetap juga kena bayar ikut pakej yang di sediakan. budak tu tolak RM 10. Kenalah bayar dalam RM 120.00. Ikut kata kakak aku tu la. Bayangkan betapa tidak berhati perutnya Peniaga besar yang kononnya sedap tu. Rasanya baik aku pergi makan kat Melaka atau di Muar. Kalau makan dekat sana banyak sikit pilihan. Dekat Serkam ke, Umbai ke, Pengkalan Balak, Kalau di Muar pergi kat Ikan bakar Parit Karang laut, Kesang laut, Sabak Awor tepi sungai Muar, Parit Jawa dan banyak lagi.

Kepada orang-orang KL , jadikanlah ini satu  pengajaran, janganlah nak kayakan restoran yang macam ni. Mencekik darah dan hanya mengejar keuntungan. kalau sedap sangat pun banyak lagi tempat yang boleh kita pergi. Macam Restoran Urat keting yang dulu di katakan sedap sangat tu. Harganya pun mencekik darah jugak. Bagi aku kalau nak makan pun kena survey sikit dan kadang-kadang ada tempat yang kecik-kecik tak popular tapi kelazatan dan kesedapannya menjilat telinga. Sekarang sekali lagi tepuk perut tanya selera. Mesti dapat cari…Kalau nak baca komen lagi tentang Restoran Ikan Bakar Sekinchan ni baca link ni pula yek….1. .http://www.iamthewitch.com/2011/02/24/expensive-sekinchan-ikan-bakar-grilled-fish/. 2. Baca juga link ni http://life-muses.blogspot.com/2010/12/i-fought-with-my-fish.html.  3. Baca lagi – http://www.matjoe.com/2011/07/sekinchan-ikan-bakar-ini-saranan.html 4. Baca..lagi…lagi – http://kasihaleeya.blogspot.com/2011/08/sekinchan-ikan-bakar.html

Oklah. Aku saje je letak banyak link untuk rujukan. Sebenarnya banyak lagi komen tentang Restoran tu…. Bukannya apa malas nak kondem banyak2 sebab aku pun tak pergi lagi tapi bila review banyak yang kondem baik cari tempat lain…Kepada semua umat islam Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah dengan penuh ketakwaan hendaknya …Amin….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s