Cerita pasal Tokek lagi

Minggu lalu aku berkesempatan pulang ke kampung dan ke rumah mertua di segamat. Kesempatan itu dapatlah aku gunakan untuk menikmati suasana kampung yang tentunya lebih aman dan damai berbanding suasana bandar. Walaupun perjalanan ke rumah mertua di Segamat dari Serdang mengambil masa hampir 3 jam namun menikmati permandangan desa memang menyeronokkan. Kepada yang dah lama tak menjenguk ibu di kampung tu pulanglah. Ia satu terapi yang percuma dan amat bagus. Kalau ada masalah dengan kekasih ke, tension dengan kerja yang berlambak di ofis tu, bengang dengan hiruk pikuk kota yang tak pernah diam, maka balik ke kampung adalah pengubat duka lara.

Bertemu dengan ayah dan ibu mengimbau suasana kecil yang penuh dengan kasih sayang, gembira adalah ucapan paling mujarab untuk mengubat kerinduan. Apatah lagi aku dapat berjumpa dengan kekasih hati, iaitu isteriku yang juga jauh di mata. Mungkin sudah di takdirkan aku dan isteri terpaksa bercinta dan berhubungan dalam jarak jauh. Berkesempatan berjumpa macam ni merupakan satu anugerah yang tak terhingga. Perjalanan aku ke selatan dan dia ke utara memang sudah menjadi rutin mingguan. Banyak duit dan tenaga habis dijalan. Malas nak fikirkan kerana ini memang satu dugaan yang berat tapi menjadi satu tanggungjawab bersama.

Dipendekkan cerita, aku balik ke kampung di sebabkan urusan menaikkan taraf rumah. Sengaja menggunakan ayat “menaikkan taraf rumah” macam nampak glamor sikit. Kebetulan rumah orangtua di kampung yang selalu dinaiki air ketika banjir telah diubah suai di bahagian tepi. Bahagian tepi yang dulunya tempat parking kereta dan motor ayah ku telah di naik tarafkan menjadi setinggi lebihkurang 4 kaki dari Aras tanah. Ini idea keluarga untuk langkah berjaga-jaga jika berlaku lagi banjir. Harap-harap tiada lagi. Tapi hukum Allah dan ketentuannya kita tak boleh ramal. Kita hanya merancang. Banjir yang berlaku tahun lalu yang menyebabkan kerosakan agak teruk benar-benar merunsingkan. Adanya bahagian yang tinggi dan sebesar hampir sebuah rumah apartment ni diharapkan dapat membantu jika banjir. Kebanyakan barang yang gagal di selamatkan ketika banjir merupakan perabut-perabut. terutamanya almari, katil, kerusi, sofa dan banyak lagi. Bila banjir yang datang sepert angin menderu dengan pantas itu, apalah daya kedua orang tua aku tu. Abang ipar dan abang di sebelah rumah pun kalau ada rasanya takkan mungkin dapat melakukan semua kerja dengan segera. Insyallah dengan adanya bahagian rumah yang tinggi ni memudahkan sedikit kerja.

20110806-011900.jpg

Jadinya minggu lalu tu aku dan beberapa keluarga yang lain walaupun tidak semua yang hadir, dapatlah mengemaskan rumah. Barang-barang yang berisiko tinggi semua di naikkan di bahagian atas. Dalam kesibukan memunggah barang tu terjadilah peristiwa kemunculan species binatang yang dikatakan berharga jutaan ringgit iaitu “si Cicak Tokek”. Entah macamana cicak-cicak bersaiz besar yang menggerutu tiba-tiba berkeliaran keluar dari belakang almari. Dari sudut pandangan pakar yang tak expert macam aku ni aku rasa itu adalah species yang di cari-cari. Dengan penuh bersemangat mengimpikan menjadi jutawan segera, aku dan ahli keluarga yang lain berusahalah untuk menangkap Si Tokek. anak saudara aku terutamanya si Majid, Arip dan aku dibantu oleh Pak Ngah dan Pak Long menyelongkar isi rumah. Terutamaya di sebalik dinding. Akhirnya dengan usaha bersama seekor Tokek berjaya di tangkap. Namun besarnya mungkin tidak mencukupi untuk di jadikan bahan jualan. Saiznya memang besar menggerutu, mukanya adalah iras-iras Tokek. Panjang sikit berbanding cicak-cicak yang asyik berak kat atas katil aku. Walaupun antara banyak tahi-tahi berwarna hitam dan putih itu tahi si Tokek ni pun banyak juga agaknya. Namun disebabkan si Tokek ni species yang ada harga sikit maka aku tak berapa kisah sangat. Mana tau tahi Tokek tu pun ada harga juga. Hehe

Gembiralah hati bukan kepalang apabila Tokek yang dikatakan berharga jutaan ringgi itu berjaya di penjarakan. Terpenjara di dalam bekas plastik yang kemudiannya di hiasi oleh anak saudara aku dengan memasukkan alatan perabut kayu kayan untuk dia bertenggek. Namun terjadilah perbincangan dan forum diantara kami bagi memastikan adakah Tokek itu adalah Tokek yang sebenar. Memandangkan kalau di lihat di internet Tokek yang mahal itu berwarna cerah putih kekuningan dan kadang-kadang agak perang. Ada bintik-bintik cantik yang boleh bertukar warnanya mengikut keadaan sekeliling. Kalu di ikutkan Tokek di dalam penjara kami itu pun ada bintik-bintik dan bertektur badannya. Menggerutu dan boleh bertukar warna juga. Tapi Tokek kami berwarna gelap dan jauh dari kecerahan. Semakin di kaji selidik nampaknya semakin jauh nampaknya duit sejuta dari jangkauan kami. Kasihan pun ada kerana dek kerana cerita harganya yang mahal tu, si Tokek yang tak bersalah itu menjadi tawanan. Entah betul atau tidak ia adalaah sejenis tokek.

20110806-121015.jpg

Gambar Tokek di atas tu mungkin agak gergasi berbanding Tokek yang aku dan keluarga aku tangkap. Mungkin sebesar kaki Tokek dalam gambar tu. Anak saudara aku sebenarnya ada tangkap gambar Tokek tu, tapi sampai sekarang tak di beri pun. Ingat nak tunjuk kat blog ni tapi apakan daya. Untuk dapatkan pandangan jelas apa sebenarnya Tokek cuba klik blog ni http://tokeks.wordpress.com/. Banyak juga info yang ada walaupun nampaknya si penulis telah mengusahakan bisnes lain. Mungkin disebabkan oleh kejatuhan harga pasaran. Cuba lihat pula harga di pasaran seekor tokek. klik blog ni http://idanradzi.blogspot.com/2011/07/harga-pasaran-tokek-oktober-2010.html.

Akhirnya apa jadi Tokek aku tu? Sebelum aku balik ke KL selepas membuat sedikit penyelidikan dan juga menerima pandangan kemanusiaan. Walaupun Tokek itu adalah seekor binatang, aku dan keluarga memutuskan untuk mengembalikan dia ke dunia nyatanya. Anak saudara aku Majid telah menderanya sikit supaya belajar mencari jalan pulang, dengan melepaskannya di luar rumah, rasanya dekat pokok. biarlah dia berasa bebas sikit selepas lama bertapa di belakang almari, kat atap dan atas siling. Walaupun memang betul ia adalah seekor Tokek namun kebenaran tentang khasiatnya serta harganya yang tidak tentu benar lagi, adalah lebih baik kami melepaskannya. Mungkin selepas ini rezeki lain pulak muncul. Rezeki yang lebih halal dan afdal..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s