Tahun 2011 pakar meramalkan lebih banyak kedukaan……

Pakar ekonomi, politik dan sosial seakan sependapat mengatakan tahun 2011, dunia akan menjadi lebih mendebarkan. Kejatuhan ekonomi dunia menjadi semakin parah. Politik antarabangsa melibatkan nuklear akan kembali menjadi agenda. Masyarakat dunia pula semakin lupa tanggungjawab sosial dengan melupakan etika hidup bermasyarakat.

Semua yang aku tuliskan di atas adalah sedutan dari sebahagian kenyataan-kenyataan pada tahun 2010. Selepas hampir setengah tahun berlalu kenyataan itu ada asasnya. Ekonomi sebenarnya dalam keadaan terumbang-ambing. Kenaikan harga barang secara diam-diam berlaku begitu teruk sekali tanpa kita sedari. Walaupun kita sedia maklum tentang kenaikannya tetapi bukan seperti yang kerajaan wawarkan. Malahan kenaikan itu bukan sedikit kerana bebanannya begitu ketara. Makanan seperti ayam, daging dan ikan sudah menjadi makanan golongan elit. Maksud aku makanan itu boleh dibeli dan dimakan tetapi tidak boleh selalu. 

Amerika sebagai sebuah negara maju yang mendominasi semua elimen ekonomi dunia berhadapan dengan hutang sebanyak 14.3 trillion (baca artikel ini). Obama dalam satu plan pemulihan hutang menjangkakan pembayaran berperingkat sebanyak USD30 billion pada bulan ogos. Bayangkan proses pembayaran sebanyak itu tidak mungkin akan menyelesaikan masalah mereka begitu pantas. Mereka sebenarnya tidak akan membayarnya pun untuk menutup hutang tersebut sampai habis kerana mereka banyak agenda lain. Sudah tentu mereka akan melakukan banyak tindakan susulan. Iaitu perkara yang melibatkan tindakan pemulihan ekonomi mengikut cara mereka. Untuk itu mereka akan membuat pelbagai spekulasi dan rekaan propaganda yang menguntungkan. Iraq sudahpn menjadi mangsa. Dalam diam tetapi terang-terangan mereka sebenarnya telah membawa keluar kekayaan isi perut Iraq bertahun-tahun. Khazanah Minyak yang melata di negara jajahan Amerika itu adalah antara yang terbaik dan banyak. Sekarang mereka pastinya merangka strategi lain untuk menggantikan Iraq sebagai bahan ekonomi mereka.

Mesir, Libya dan beberapa negara Arab yang menjadi berita hangat beberapa bulan lepas dengan proses perubahan Politik pada asasnya disebabkan kebangkitan rakyat. Tetapi di sebalik reformasi itu sebenarnya ada tangan-tangan ghaib yang menghulur bantuan. Amerika memang pakar dalam hal ini. Mungkin ini adalah agenda dan strategi mereka untuk mengaut satu demi satu kekayaan bumi Arab di sebalik agenda menghapuskan kekuatan islam. Hosni Mubarak dan Muammar Ghadafi mungkin seorang diktator yang perlu diturunkan segera demi kemajuan umat Arab. Tetapi rakyat Arab sendiri seharusnya perlu berhati-hati kerana pengganti mereka perlulah lebih kuat. Mubarak adalah sekutu kuat Amerika, Muammar Ghadafi pula dilihat sebaliknya tapi tidak tahu lakonan di belakang pemimpin dalam kepayahan itu.

Pergolakan politik Arab itu mencetuskan krisis serantau yang akan menyebabkan berlaku satu lagi kesan ekonomi global. Kita tidak tahu apakah ini satu permainan tarik tolak yang akan menyebabkan berlaku satu lagi “Cerita Iraq”.  Mereka di hancurkan, rakyat dipisahkan dan bergelandangan di negara sendiri. Akhirnya khazanah kekayaan mereka di sedut masuk ke dalam perut Amerika dan juak-juaknya. Jika tidak berhati-hati akan ada yang masuk perangkap. Hanya masa yang menentukan. 

Kita di Malaysia ini pula akan menerima kesan sama seperti yang lain. Tetapi jika kita mempunyai pemimpin yang bagus, kesan itu mungkin akan dapat dikurangkan. Perancangan ekonomi perlulah fleksibel dan tidak berisiko. Pelaburan di negara ini tidaklah serancak dulu. Kini ramai yang menjauhkan Malaysia. Dikatakan Selangor dan Penang sahaja yang berdaya saing. Negeri-negeri lain seperti Johor yang besar agak ketinggalan. Ini menunjukkan ada kelemahan dalam strategi dan pelan ekonomi mereka. Tetapi ekonomi di Malaysia akan berada dalam bahaya kerana 2 negeri yang agresif dari sudut pembangunan dan ekonomi itu berada luar kawalan Kerajaan. Namun jika ideologi politik tidak membezakan keperluan dan kehendak ekonomi dan sama-sama bekerjasama negara pastinya akan lebih baik. Agak sukar untuk mencapai matlamat dengan 2 aliran politik yang berbeza, sekiranya tiada pendekatan dan penyatuan dalam aspek perancangan pembangunan ekonomi. Masing-masing akan ada agenda sendiri yang akhirnya memusnahkan kemajuan. Rakyat yang akan menderita. Kalaulah mereka yang berlainan ideologi politik ini boleh bekerjasama dalam apa sahaja perkara yang melibatkan sosial dan ekonomi rasanya negara Malaysia ini sudah lama maju. Mustahil untuk melaksanakan tetapi tidak salah mencuba…
 

Advertisements

One Comment Add yours

  1. hitler says:

    macam mana nak bersatu, yg lagi satu tu perompak. Sekali diberi laluan, tak akan berhenti merompak, dah berapa tahun kita tgk mereka merompak. tak serik lagikah. sekarang bukan masa kerjasama, masa utk tukar. Selagi itu kita tak tahu sejauh mana politik kita akan terus kotor dan tak dpt dicuci dgn mudah. selagi kuasa diatas mereka, mereka sanggup buat apa sahaja. selagi pimpinan penuh dgn sogokan, perasuah2x, pengampu2x dan penjahat melindungi antara satu sama lain, manakala rakyat masih terus lihat tidak bersuara. Benda dah terang terang kita nampak BRO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s