Ada apa dengan Tokek??

Aku dah lama dengar tentang Tokek. Seekor cicak yang dianggap terlalu berharga sampaikan bernilai jutaan ringgit. Ia adalah seekor cicak besar yang mengikut nama saintifiknya Gekkonidae. Kalau mengikut orang Jawa ia di panggil Tekek dan orang Inggeris British pula menamakannya sebagai tokay gecko or tucktoo. Baru-baru ini seorang sahabat yang kembali dari Kedah menyatakan bahawa seekor Tokek boleh di beli dengan nilai di antara RM30,000 sehingga mencecah RM 300,000. Kalau beli bahagian-bahagian tertentu mencecah di antara RM5,000 ke RM 15,000. Bayangkan kalau bahagian jari kakinya sahaja mungkin boleh di jual sampai RM5.000, sudah tentu ramai orang teruja untuk mencari species cicak besar ini. Apa yang boleh dibuat dan di hasilkan oleh Cicak Tokek ini. Semuanya akibat pendapat yang mengatakan khasiatnya yang boleh menyembuhkan penyakit paling di takuti zaman ini iaitu HIV/Aids. Kerana itu apabila seekor cicak yang telah di proses mungkin menghasilkan jutaan ringgit kerana keistimewaan luarbiasanya itu.

Sebenarnya belum ada kajian secara ilmiah atau saintifik yang benar-benar di ungkai untuk menyatakan bahawa Cicak Tokek mengandungi ubat-ubatan penyembuh HIV/Aids. Memang baru-baru ini ada berita mengatakan WHO berminat untuk membuat kajian terperinci. Kalau benar cicak Tokek ini mengandungi khasiat yang di cari-cari itu sudah tentu ada yang akan menjadikan Cicak ini sebagai brangan industri. Mungkin ramai yang akan bertukar arah dari membela ayam, itik, haruan, keli atau binatang ternakan seperti lembu dan kambing dengan membina ladang Tokek pula. Jangan pulak nanti ada cicak yang selalu merayap di atas syiling rumah di exstreme make over menjadi tokek. Reptilia yang selalunya menjadi bahan lastik getah itu di ketahui suka berak yang tahinya bewarna hitam putih. Kadang-kadang atas meja makan pun dia jadikan tandas. Di rumah kampung ku memang banyak cicak jenis macam ini. Aku menunggu masa yang sesuai aje nak jadikan reptilia ini sebagai bahan peperangan. Bayangkan kalau aku balik kampung setiap kali nak tidur mesti kena membuat pembasmian secara besar-besaran ke atas tilam, bantal, selimut dan yang lain-lain kerana banyaknya tahi mahi reptilia sebangsa Tokek ini. kalaulah cicak ini pun boleh di jadikan penawar HIV?Aids memang aku dah lama ganyang.

Aku tertarik dengan isu Tokek ni bukannya apa, kebetulan Jumaat lepas ketika sedang kesyahduan menunaikan panggilan alam tiba-tiba aku di kejutkan dengan kehadiran sesuatu di bawah pintu toilet. Pintu toilet ofis aku tu bukannya besar mana tapi boleh pulak sesuatu dengan rakusnya masuk. Aku terperanjat beruk sebab yang masuk tu berwarna hitam menggerutu. Aku ingatkan sesumpah tapi rupanya seekor cicak yang besar. Aku tak boleh berbuat apa-apa kerana ketika yang sama pelaburan sedang di jalankan. Aku segera teringatkan hal Tokek ni. Baru aku nak capai si cicak sepantas kilat lesap. Dek kerana proses perkumuhan aku belum selesai aku hanya membiarkan sahaja .Aku menenangkan diri mengimaginasikan si Tokek tu ada di luar. Entah macamana tiba-tiba aku dengar seseorang masuk ke dalam bilik sebelah. Bersama dengan seorang budak. Sah kedatangan mereka telah menyebabkan si Tokek melarikan diri. Untuk beberapa ketika selepas selesai aku pun keluar dan selepas di selongkar ternyata Tokek telah berjaya meloloskan dirinya. Kalau mungkin cicak itu Tokek yang mahal itu makanya aku telah kerugian ratusan ribu. Tapi sebenarnya aku tidak pun menyesal kehilangan reptilia ni, kerana aku sendiri pun tak berapa pasti tentang hal Tokek ni. Cuma kalau betul si Tokek ni ada khasiat penyembuhan alhamdulillah, cuma kadang-kadang manusia yang nak kaya cepat ni akan berbuat apa sahaja . Takut satu hari nanti cicak yang aku benci kat syiling tu pun boleh di katakan berkhasiat. Sekarang ni semua orang asyik berkira dengan simtom nak sihat dan cantik cepat. Silap haribulan cicak yang suka berak merata tu nanti boleh pulak di canangkan sedap dan boleh di makan begitu sahaja. Nasib tak baik tikus yang kotor tu pun boleh di jadikan bahan kesihatan. Seterusnya nanti ada orang yang akan ketagih makanan sampingan ni. Dunia pun sudah semakin bercelaru sekarang. Tanda-tanda akhir zaman sudah semakin kelihatan Negara-negara besar sudah bergolak sana-sini. Bencana alam semakin kerap. Kita pulak sudah ke bersedia????

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s