Perlawanan Malaysia-Hong Kong membosankan tapi ceria akhirnya………tapi padang???? memalukan…..

Malam tadi berlangsungnya perlawanan persahabatan bolasepak antara Malaysia bertemu Hong Kong. Perlawanan pemanas badan sebelum skuad Malaysia  bertemu Pakistan pada 23 Februari pada aksi kelayakan Olimpik. Malam tadi adalah kesempatan kepada Rajagobal untuk menilai prestasi pemain yang boleh di katakan diturunkan kesemuanya untuk diuji. Alhamdulillah sedikit sebanyak ada peningkatannya. Namun dimikian, mutu permainan memang di tahap bawah prestasi sebenar. Boleh dikatakan pemain-pemain nampak rilek dan agak bersantai. Mungkin lawan Malaysia bukanlah jaguh sebenar yang boleh menguji keupayaan skuad muda harimau Malaya ini. Mengikut rangking Hong Kong berada di tangga 143, manakala Malaysia di tangga 140. Hanya 3 tangga memisahkan kita dengan mereka. Tapi mungkin adalah lebih baik sekiranya perlawanan malam tadi di sudahi dengan jaringan yang melebihi dari dua gol. Bukan kerana apa, inilah masanya skuad Rajagobal menguji keberkesanan dalam menjaringkan gol. Pemain Malaysia ternyata mempunyai beberapa aspek teknikal yang boleh di perbaiki. Dari sudut individu memang terdedah terlalu banyak yang perlu di perbaiki. Terutamanya dengan kawalan bola dan hantaran tepat. Pemain sepatutnya lebih kreatif. Mereka perlu melatih diri dengan corak permainan yang lebih agresif. Kebetulan pagi tadi hampir kesemua negara-negara gergasi bolasepak mengadakan perlawanan persahabatan. Jika di ukur dengan corak permainan Spain – Columbia, Brazil – France, Itali – Germany dan England – Denmark ternayata anak-anak buah Rajagobal berada 5 tahun terkebelakang.

Fernando Torres begitu mendapat perhatian beberapa minggu kebelakangan ini. Perpindahannya ke Chelsea dengan pelbagai cerita menwarnai pemain ini. Namun hakikat sebenarnya adalah beliau mungkin antara pemain penyerang terbaik dunia. Keupayaannya menjaringkan gol adalah satu fenomena tapi jangan lupa beliau juga adalah manusia biasa. Dari sudut kawalan bola Fernando Torres umpama Paolo Rossi di zaman kegemilangan Italy tahun 80an dahulu. Mereka berdua mempunyai ketajaman dari sudut menjaringkan gol. Tapi mutu kawalan bola mereka terlalu mengecewakan. Mudah sangat jika kita lihat mereka terlepas bola jika di asak dengan agresif. Namun semua kelemahan itu dapat di padamkan, kerana, keupayaan mereka menjaringkan gol. Persembahan mereka di hadapan gol adalah begitu menakjubkan. Walaupun ada pasang surutnya tapi jika berada di prestasi terbaik mereka jarang mengecewakan. Apa yang ingin dinyatakan ialah standard kita sebenarnya tidaklah terlalu jauh jika hendak di bandingkan dengan pemain-pemain Eropah yang lain. Mereka juga ada kelemahan. Tidak semua mereka itu mempunyai kemhiran tinggi sehingga tiada yang dapat menyainginya. Cuma mungkin kekurangan kita adalah teknik dan tektikal dalam diri individu tersebut. Kekurangan kita lebih kepada mental. Psikologi pemain terlalu menghormati dan merendah diri sebenarnya memakan diri. Mereka kurang daya saing untuk membuktikan bahawa mereka juga adalah manusia yang berbakat besar. Kekurangan dari segi disiplin juga memainkan peranan. Di samping soal-soal berkaitan kefahaman terutamanya dari sudut pendidikan. Ilmu pengetahuan amat penting dalam merencanakan strategi dan adunan elemen-elemen permainanan. Pendapat yang mengatakan sukan tidak memerlukan otak yang cerdas adalah silap sama sekali. Banyak perkara yang membantu jika pemain bijak menggunakan fikiran mereka. Ketangkasan dan kepantasan otak membuat keputusan memainkan peranan besar. Dalam keadaan tertekan sewaktu permainan bolasepak umpamanya, otak yang pantas bertindak dapat merencanakan arah hala tuju bola tersebut. Samada bertujuan mengumpan, menghantar atau menyelamatkan keadaan. Perkara-perkara asas ini di susuli dengan kemahiran banyak membantu seseorang pemain. Jika tidak pemain akan mudah gabra, hilang konsentrasi dan melakukan kesilapan mudah yang akhirnya menjerat diri.

Etika pemain bukan sekadar bermain bola, tapi lebih jauh dari itu adalah memberikan yang terbaik. Zaman ini konsep 100% bukan lagi sesuai di guna pakai. Pemain seharusnya mencari jalan untuk bermain sehingga 300% dari keupayaan sebenar. Mereka harus lebih baik dari pemain lain. Justeru latihan perlu di tambah dari masa ke semasa bukan sekadar latihan bersama pasukan. Tetapi latihan bersendirian di luar waktu yang di tetapkan. Carilah masa untuk memperbaiki diri dengan latihan berseorangan. Melihat teknik dan belajar dari kemahiran orang lain seperti melalui video juga penting. Kita tidak lagi boleh mengharapkan bantuan jurulatih kerana masa mereka terbatas. Oleh itu latihan bersendirian dapat meningkatkan kemahiran tanpa mengharapkan bantuan.

Malam tadi di samping menonton persembahan skuad Malaysia mata menyorot ke padang stadium. Seperti biasa, padang stadium tidak ubah padang sekolah. Permukaan yang tidak rata, rumput yang kurang subur, malahan ternampak tompok-tompok rumput mati mencacatkan pemandangan. Seringkali pemain gagal mengawal bola dengan kemas. Rumput mungkin basah dan lembab tapi  kalau sudah tidak rata mana mungkin pemain dapat beraksi dengan baik. Malang sungguh kalau duit berjuta sudah di habiskan tapi padang umpama sawah bendang. Lagi elok kalau bermain sahaja di padang sekolah. Kadang-kadang padang sekolah pun lebih baik dari padang stadium. Kalau padang golf boleh di cantikkan kenapa tidak dengan padang bola. Mana perginya petugas-petugas yang di amanahkan. Adakah mungkin FAM tak mampu nak menjaganya. Kadang-kadang kerana birokrasi puanya pasal semua orang lepas tangan.  Mungkin sudah sampai masanya pengurusan stadium berada di bawah jagaan Pengurusan bola. Kerana mereka lebih faham. Keadaan padang yang baik memberikan impak kepada mutu permainan. Jika pengurusan dijaga oleh orang yang tak tahu beginilah jadinya. Ada sesetengah stadium di jaga oleh pegawai-pegawai yang hanya tahu hal-hal pengurusan pejabat bukannya dari kalangan mereka yang terlibat dengan sukan itu sendiri. Pegawai mestilah tahu selok belok pengurusan dari aspek-aspek penjagaan bangunan sehinggalah aspek-aspek lanskap terutamanya penjagaan padang. Bagaimana nak memastikan rumput dijaga dengan baik, jenis-jenis rumput yang sesuai, sistem perparitan, sistem pengaliran air, dan semua yang berkaitan dengan hukum hakam tentang penjagaan padang wajib di ketahui. Mungkin sudah sampai masanya padang bolasepak tidak lagi di gunakan untuk acara sukan yang lain. Mungkin untuk acara olahraga atau yang membabitkan sukan padang yang bukannya bolasepak perlu di asingkan. Kita sebenarnya mampu mempunyai kemudahan sukan yang pelbagai jika peruntukan tidak di salahguna atau di salah urus…….

Harap-harap padang stadium di negara ini boleh menjadi seperti di Bernabeu, Nou Camp, Old Trafford, Anfield atau di Stamford Bridge. Boleh la nanti Stadium negara ini bergemerlapan seperti Stadium Emirates milik Arsenal. Bukan padang sekolah…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s