Ulang balik apa aku kata mengenai bolasepak Malaysia….

Salam semua untuk bulan Februari 2011. Minggu ini adalah minggu kedua dalam bulan ke dua tahun 2011. Minggu lepas aku berkesempatan mengembara seketika ke utara bersama dengan isteri. Kebetulan rakan sepejabat mengadakan kenduri kawin di Perak pada minggu cuti Hari Raya Cina. Kesempatan itu aku ambil untuk berjalan-jalan makan angin seketika walaupun poket terasa makin berangin melayang2 kempes dan semakin ringan……heeee…

Tapi hari ini aku tak nak bercerita lagi tentang percutian tempohari tetapi sengaja nak mengimbas kembali coretan aku tentang bolasepak Malaysia di http://www.harimaumalaya.com beberapa tahun lepas. Kebetulan pagi tadi sesampai di ofis aku terklik ke laman web tersebut dan terbaca nukilan aku di situ. Aku cuma nak tahu adakah tulisan aku tu ada kejernihannya dan signifikan dari coretan itu adakah bolasepak di Malaysia ini telah berubah sepenuhnya. Tatkala aku melihat akhbar menulis kisah Safee Salee hampir saban hari. Kisah penghijrahan bintang bolasepak Malaysia yang menyinar di Piala Suzuki tahun lepas. Juga kedenganran khabar angin ada beberapa pemain Malaysia yang akan di bawa ke Jepun @ Korea (aku tak berapa pasti) untuk menimba pengalaman. Mereka mungkin di bawa untuk  di ujibakat macam nak berlakon filem Hollywood. Kalau ada rezeki mereka mungkin akan dapat bermain di sana. Itulah masalah yang berlaku di Malaysia. Kita terpaksa menebal muka membawa player untuk mencuba nasib di sana. Bukan mereka mencari pemain kita. Tapi mungkin ada kebaikannya kerana ini adalah peluang baik kepada pemain untuk cuba sebaik mungkin membuka mata kelab-kelab di sana.Jika sudah diberikan peluang jangan pula di persia-siakan….

Apapun adakah fenomena cerita-cerita buruk tentang bolasepak di malaysia telah berkurangan. Ini di sebabkan tahun lepas aku ada terdengar cerita pemain menjual perlawanan dalam liga Premiere. Betul atau tidak tepuk dada tanya pemain sendiri…..

Rasuah di Malaysia???      Tulisan aku pada tahun 2008 di bawah ini di tulis ketika negara di kejutkan dengan  fenomena duit gelap tersebut sedang hangat di katakan…..Fikir-fikirkanlah

Minggu ni dunia sukan Malaysia di kejutkan dengan kes rasuah bolasepak. Macam nak tergelak aje bila melihat senario ni. Kalau dulu tu aku rasa terkejut jugak. Dulu musim bolasepak Malaysia agak mengancam . Bila berlaku kes sebegitu memang semua orang patutnya terkejut. Tetapi dalam keadaan bolasepak Malaysia suam-suam kuku kambing ni menyampah nak ambik tau. Bukan apa, ini semua adalah politik bolasepak. Mungkin salah satu cara untuk mengembalikan semula auranya yang dah sejuk menunggu matinya sahaja.  Musim Liga tempatan dengan Liga Super, Liga Perdana yang dah masuk ke perlawanan ke 22 (itupun aku terpaksa selak suratkhabar) macam kadang-kadang aje terdengar. Rupa-rupanya Kedah sudah pun di tabalkan menjadi juara Liga Super. Namun aku pasti ada peminat-peminat fanatic liga tempatan yang masih setia kat luar sana. Aku harap ada lah usaha-usaha oleh peminat-peminat ini untuk membantu menaikkan kembali sesi liga tempatan yang entah apa-apa ni.  Berbalik kepada rasuah bolasepak ni, aku rasa tak ada bezanya kalau ia berlaku atau tidak. Kualiti bolasepak macam permainan budak-budak. Tak ada fenomena lansung. Kalau terbukti ada pemain terlibat. Buang aje. Tak perlu mereka ni. Gubal semua system pencarian pemain supaya ramai masyarakat yang berminat boleh menjadi barisan pelapis. Bermula dari bawah balik. Ambil pendekatan ala-ala My Team dulu atau Soccer Kid. Walaupun aku agak tertanya-tanya juga fungsi pencarian bakat yang bercorak relity show macam tu. Dalam masa kurang dari 6 bulan boleh ke melahirkan pemain berbakat. Sistem pencarian bakat tu seharusnya di kemaskinikan dengan sistem yang baru. Kalau boleh di jadikan akademi dengan di selaraskan pendidikan formal. Pemain-pemain yang di pilih dari seluruh negara itu di kumpulkan mengikut kategori umur. Kemudian di agihkan untuk di bawa masuk sebagai pelajar dan di berikan elaun latihan atau biasiswa. Sekiranya mereka benar-benar ingin menumpukan sepenuh masa kepada bolasepak makanya mereka di serapkan terus ke dalam pasukan semi-pro akademi.Atau juga bagi pemain berusia di atas 18 tahun terus di serapkan sebagai pemain pelapis akademi seperti Akademi Bolasepak professional di barat. Sudah sampai masanya para ibubapa mengubah persepsi mereka tentang sukan. Sukan bukan sahaja satu aktiviti kelas dua. Tetapi kini menjadi satu industri dan karier yang menawarkan pendapatan untuk masa depan. Sekiranya minat anak-anak cenderung kepada sukan contohnya bolasepak galakkan mereka untuk terus menumpukan kepadanya. Soal pelajaran bukan tidak penting tetapi bila-bila masa boleh melakukannya. Walaubagaimanapun perlu ada kajian untuk mengimbangi di antara sukan dan pelajaran sekiranya memerlukan ke dua-duanya serentak. Bagi saya profesionalisme dalam sukan adalah proses pendidikan sebenarnya. Mereka bersukan di masa yang sama mereka juga belajar mengenali sukan. Itu adalah proses pendidikan. Ia lebih baik kerana pemain menerima pendedahan berterusan dan seacra tidak lansung mereka mengkaji sukan tersebut. Banyak teknologi di praktikkan menerusi sains sukan itu secara tidak di sedari. Ia lebih baik dari hanya mendapat pendidikan teori tanpa pengalaman praktik.Rasuah jika benar berlaku memang memalukan. Ini menunjukkan sesuatu berlaku dalam masyarakat bolasepak ini. Adakah pemain tidak mendapat imbuhan yang setimpal? Adakah pemain tiada lagi semangat untuk meneruskan aksi mereka di kancah bolasepak yang kian hilang dari sanubari peminat. Adakah kerana disebabkan kegagalan pengurusan untuk mencari kelemahan pentadbiran. Kita sering dengar persatuan berhutang dengan pemain. Berhutang dengan pengurusan stadium. Berhutang sana, berhutang sini. Apa yang mereka buat. Apa fungsi persatuan yang di tubuhkan untuk mentadbir bolasepak samada peringkat Kelab atau negeri ini. Hilangnya sengat bolasepak tempatan membawa kepada pelbagai faktor penolak. Hilang penaja. Tiada lagi sumber kewangan. Tiada lagi penglibatan syarikat-syarikat multinasional untuk memberi bantuan kewangan. Dulu penaja Liga bolasepak di Malaysia di pelopori oleh syarikat Rokok. DUNHILL antaranya telah melabur sejumlah besar wang untuk kejayaan liga ini. Persatuan mempunyai budget yang besar untuk membeli pemain-pemain yang berkualiti. Lihat sahaja nama-nama Ervin Boban, Alistair Edward, Olumbuni Adigun. Sekadar beberapa nama. Mereka hadir memberi impak yang besar dalam liga semi-pro. Berbondong-bondong orang ke Stadium dengan semangat yang berkobar-kobar. Bukan dengan tiket percuma tetapi mereka sanggup membelinya. Ada tiket semusim dan pelbagai tawaran menarik untuk merancakkan liga bolasepak. Peminat berlumba-lumba membeli jersi dan cenderamata pasukan pujaan mereka. Industri berkembang dengan begitu teratur. Sedikit demi sedikit kita melahirkan pemain tempatan yang boleh di banggakan.Namun satu malapetaka berlaku. Rasuah terjadi. Ramai yang terlibat. Akibatnya beberapa nama besar dalam bolasepak tempatan di singkirkan. Ada yang di singkirkan seumur hidup. Waktu ia berlaku memang mengejutkan. Waktu itu jarang terdengar pemain tidak menerima ganjaran atau gaji. Walaupun ada tetapi agak jarang-jarang berlaku. Rasuah ketika itu berlaku kerana sikap tamak pemain dan pengurusan yang terlibat. Tetapi kini rasuah berlaku lagi. Cuma kali ini ia mungkin bukan di sebabkan tamak tetapi mungkin di sebabkan pemain tersepit. Mereka bermain separuh mati tapi tidak di beri gaji. Hakikat ini mungkin boleh di pertikaikan oleh sesetengah orang. Tetapi aku lebih cenderung untuk memilih faktor ini. Kalau ia tidak sebegitu mungkin juga rasuah kali ini di gunakan sebagai alasan untuk menutup kelemahan. Ada pihak yang ingin menutup kepincangan untuk membawa alas an yang besar sebagai satu cara ?mengelakkan diri dari di persalahkan.  Sekarang kita renung kembali kesan dari perlakuan rasuah ini tadi. Paling tidak pun mereka yang terlibat akan di dakwa. Di hukum dan kemudian habis. Tamat. Bolasepak Malaysia akan tetap seperti itu juga. Tidak akan ada perubahannya. Di mana-mana ada rasuah. Liga Serie A Italy, Juventus nama besar pun terlibat. Di Singapura juga berlaku . Perkara ini berlaku sentiasa secara sedar atau tidak. Bookie yang menjadi dalangnya berada di mana-mana mengambil kesempatan. Samada liga bolasepak itu popular atau tidak. Asalkan ada peluang mereka akan teruskan kegiatan. Kualiti bolasepak macam itu juga. Tiada apa yang nak di takutkan. Kita takkan terasa kehilangan pemain-pemain yang ?bagus-bagus jika mereka di hukum. Kerana apa. Pemain itu bukan sesiapa. Mereka tiada aura seperti Ronaldo, Messi, Torress, Gerrard, Luca Toni atau sesiapa sahaja yang terbaik di dunia. Itu yang kita tiada. Kalau pemain-pemain yang terlibat itu adalah mereka yang di sebutkan tadi. Itu perkara lain. Dunia akan terasa kesannya.Bangkitlah FAM. Bangkitlah semua penggiat sukan kebanggan Negara ini. Kita ketinggalan dari tahun ke tahun. Kita ketinggalan kepada pasukan yang dulunya pernah kita aibkan dengan jaringan besar. Kemboja, Vietnam umpamanya. Mereka semakin meningkat. Kita lihat di utara tanahair. Thailand. Ia kuasa besar di Asia Tenggara. Malah antara terbaik di Asia. Kenapa kita tidak melihat mereka. Bijak pandai kita mungkin boleh menghantar pengintip-pengintip untuk melihat bagaimana mereka berfungsi. Pemain-pemain mereka bagus, berbakat walaupun liga bolasepak mereka lambat berkembang dari Malaysia. Bagaimana mereka melahirkan pemain-pemain ini. Tak perlulah kita ke Jepun, Korea ataupun Australia. Lihat sahaja Iraq. Mereka di landa peperangan. Tetapi mereka membuktikan peperangan bukan penghalang. Pemain-pemain mereka berbakat besar. Bermain di luar Iraq. Mereka berpotensi untuk menjadi lebih baik jika tidak kerana perang. Soalnya dalam serba kekurangan mereka berjaya. Kita pula serba-serbi melebihi mereka.Bercakap soal kemudahan kita ada Stadium besar yang mega-mega. Alatan sukan yang canggih-canggih. Tetapi kita tiada penjaga dan pengurusan yang cekap untuk menjaganya. Akibatnya kita hampir di malukan apabila padang Stadium Bukit Jalil telah di persendakan oleh orang luar. Macamana ia boleh berlaku. Stadium canggih tetapi padang pula hancur. Memalukan. Bagaimana ia berlaku. Siapa yang sepatutnya menguruskan perkara ini. Duit habis berjuta-juta setiap tahun untuk membayar kontraktor yang di lantik. Tetapi kecuaian berlaku. Ini adalah sintom aib yang melanda dalam sukan di Malaysia. Kalau pengurusan kemudahan sukan pun gagal di tangani dengan baik, bagaimana nak melahirkan pasukan yang baik. Di sini terserlah kepincangannya. Jawapan kepada isu rasuah ini akan merebak kepada isu-isu lain yang lebih besar. Isu-isu ini jika tidak di tangani dengan segera akan menjadi wabak yang tidak ?akan ada penawarnya.Politik dalam sukan.Ia isu lama. Tetapi tiada pengakhiran. Inilah sepatutnya di tangani segera. Apabila orang politik bercakap pasal bola. Mereka ada agenda. Mereka ada sebab untuk berada di situ. Mereka tiada kelayakan tetapi tetap di lantik ke jawatan yang sepatutnya di isi oleh profesioanal yang mahir. Politik itu kuasa. Rasuah adalah akibat dari kuasa politik. Rasuah berputik dari wang. Politik juga bermain dengan wang. Makanya ia akan tetap menjadi soalan yang tidak akan terjawab. Kesimpulan pada persoalan isu rasuah dalam bolasepak ini adalah isu remeh. Isu yang sebenar ialah untuk mengembalikan imej bolasepak. Mengembalikan kegemilangan dalam bolasepak tempatan. Rasuah itu perbuatan. Dilakukan oleh manusia. Ia berlaku bila-bila masa. Tetapi untuk mengembalikan bolasepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi tidak berlaku sentiasa. Ini yang sepatutnya di beratkan. Tak perlulah mengomel panjang-panjang. Kononnya nak basmikan perbuatan ini. Sampai bila pun tidak akan berakhir. Ia akan menjadi lebih malang apabila mengaitkan rasuah penyebab bolasepak tempatan lesu. Sayang sekali jika kita di kelirukan dengan isu seperti ini. Adalah malang jika kita terpaksa memikirkan siang-malam bagaimana nak menghapuskan gejala in. Tak perlu terlalu khuatir untuk memikirkan benda ini berterusan. Cuba teliti kepada pasukan yang terlibat dengan isu ini. Sarawak mungkin lain. Tetapi bila isu rasuah ini melibatkan pasukan PDRM ia menjadi petanda perkara ini tidak akan habis di situ. Ia tidak mungkin akan berkahir sampai bila-bila. Tak perlu buang masa memikirkannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s