Dunia semakin huru-hara……..

Mengikut statistik ekonomi, Kerajaan US pimpinan Obama berhutang dengan bank dunia sekitar USD13 Trilion. Satu jumlah yang melebihi pendapatan gabungan 3 kuasa besar seperti  China, United Kingdom dan Australia. Jumlah itu tak termasuk hutang-hutang darah, hutang tanah dan segalanya yang telah di warisi oleh kerajaan Uncle Sam ni sejak zaman berzaman lagi. Umum mengetahui bahawa kerajaan US ni atau bagi orang Malaysia memanggilnya Amerika adalah sebuah kerajaan yang terbentuk oleh penghijrah-penghijrah dari Eropah terutamanya dari England dan Sepanyol. Mereka mungkin adalah segolongan bangsa yang di buang daerah seperti Australia yang terdiri dari para Lanun atau banduan-banduan yang di hantar ke Benua terkecil itu suatu masa dahulu. Orang-orang Amerika adalah kaum pendatang yang merempat mencari tanah tapi bertindak seolah-olah mereka tuan tanah. Kalau di ikutkan benua Amerika utara tersebut di duduki dan di diami oleh suku kaum India Merah atau Red Indian. Mereka penduduk Asli pribumi yang telah bertapak zaman berzaman dari nenek moyang mereka. Tapi golongan pendatang yang tak tahu malu ini telah menjadikan tanah tumpah kaum asli pribumi ini seperti tanah mereka sendiri. Akibatnya kaum asli ini yang menjadi penumpang di tanah mereka sendiri. Kita boleh andaikan senario ini dengan apa yang di laukukan oleh sekutu paling rapat Amerika iaitu Israel. Kaum Yahudi yang mengatakan mereka adalah kaum paling mulia di dunia ini telah menjadikan Amerika sebagai idola teori manipulasi yang menyebabkan mereka menceroboh bumi Palestine dan akhirnya menjajah tanah kepunyaan orang-orang Arab Palestine ini. Dua kuasa ini saling bantu membantu yang sebenarnya penjahanam ketamadunan manusia di bumi ini.

Berbalik kepada hutang yang telalu besar ini kita pasti mereka tidak akan kisah kerana selagi mereka merasakan mereka kuasa besar dunia, kuasa polis dunia, mereka akan sentiasa melupakan hutang piutang yang akhirnya di tanggung oleh orang-orang lain. Amerika terkenal dengan bangsa yang suka berperang. Mereka suka menggunakan taktik perang untuk mengaut keuntungan ekonomi. Mereka sanggup berbohong untuk mendapatkan sumber kekayaan dan ekonomi seperti minyak dan sebagainya. Afghanistan dan Iraq adalah dua negara yang menjadi mangsa kerakusan Amerika ini. Wikileaks mendedahkan bahawa George W. Bush tidak mempunyai langsung bukti tentang senjata nuklear Iraq dan malahan mereka tak pernah tahu samada Iraq mempunyai Nuklear atau tidak. Mereka membuat pelbagai teori, spekulasi pembohongan untuk menutup kejahatan mereka ini. Mereka mengumpul ramai seteru dengan memberi rasuah kepada ramai pemimpin untuk memujuk mereka menyokong agenda pemusnahan Iraq. Akhirnya korban penduduk Iraq tidak terhenti setakat kematian anak beranak Saddam Hussin tetapi terus menjalar sehingga jutaan nyawa manusia lagi. Malahan sudah tentu puak Syiah Iraq yang dulunya bermusuhan dengan Sunnah bergembeleng tenaga dengan Amerika untuk menjatuhkan Saddam pasti tahu hakikat sebenar bahawa mereka sebenarnya menjerut tengkuk mereka sendiri. Kelicikan Amerika akhirnya telah menjerat mereka ke lembah keruntuhan yang maha dasyat. Amerika tersenyum simpul kerana Minyak Iraq yang di kategorikan antara terbaik di dunia telah mereka kebas dengan rakus. Puak Syiah Iraq yang sentiasa berbalah di negara sendiri akhirnya tersepit tanpa mendapat apa-apa keuntungan. Jika di zaman Saddam rakyat di katakan menderita kerana kekejaman rejim tersebut, kini mereka merasakan zaman saddam lebih baik kerana mereka kini berdepan dengan ancaman kepupusan negara mereka sendiri. Malahan kekejaman Amerika berkali-kali ganda dari kekejaman Saddam dahulu.

Satu kajian ekonomi menunjukkan China semakin mengatasi Amerika sebagai kuasa ekonomi dunia. Sudah tentu perkara ini amat menakutkan Amerika kerana mereka tidak boleh menerima hakikat kekalahan. Di takuti kejatuhan sebagai pemegang kuasa ekonomi dunia akan menyebabkan mereka bertindak apa sahaja untuk mengembalikan reputasi mereka. Amerika sanggup menjadikan dunia sebagai korban semata-mata untuk mencapai matlamat mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan penghormatan. Mereka mampu menggunakan kuasa yang ada ketika ini untuk memporak perandakan ketenteraman sejagat. Ramai pakar ekonomi menyatakan China boleh menjadi kuasa dunia kerana mereka mempunyai apa yang tiada di Amerika. China mempunyai sumber ekonomi dalaman yang masih banyak belum diterokai sepenuhnya. Mereka mempunyai penduduk dan tenaga buruh yang murah. Malahan penjanaan ekonomi membabitkan bangsa cina sahaja sudah merekodkan separuh penduduk dunia dari bangsa lain. Orang-orang cina berada di mana-mana. Kecuali Taiwan dan Singapura yang meungkin tidak sependapat dengan China dari sudut politik tapi dari sudut ekonomi mereka saling bekerjasama.

China di katakan sedang membina bandaraya masa depan mereka dengan pelbagai kecanggihan dan ketamadunan mereka. Suatu masa dulu mereka merupakan bangsa yang kuat dan sentiasa mencari jalan perdagangan. Mereka merupakan pedagan dan peniaga yang bijak dan berjaya. Tidak mustahil kepakaran turun temurun yang di warisi oleh nenek moyang mereka ini bakal menjelmakan mereka sebagai pengawal ekonomi dunia satu masa nanti. Kita berharap kedua-dua kuasa ekonomi dunia ini tiadak akan melakukan kerja bodoh yang boleh menghancurkan masa depan dunia yang semakin mengecil dengan keadaan iklim dan cuaca yang sentiasa tidak menentu. Musibah datang dan pergi saban waktu . Mungkin musibah yang lebih besar boleh berlaku jika kuasa-kuasa dunia ini lupa di mana mereka berpijak…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s