Hisap ganja melebihi rokok di US…..

Satu kajian di US menunjukkan peratus remaja menghisap rokok turun mendadak akibat kecenderungan mereka menukar selera dengan menghisap marijuana (ganja). Jumlah penghisap marijuana meningkat dari 5.2% kepada 6.1%. Perokok tegar yang kebanyakkannya dewasa di US juga mengatakan tabiat merokok mereka berkurangan sekali ganda dengan menggantikan menghisap marijuana.  Statistik juga melihat kepada kejatuhan minuman keras di kalangan remaja ini akibat kuasa marijuana. Semenjak 1975 ini mungkin pertama kali peratus remaja menghisap marijuana melebihi dari kadar penglibatan mereka kepada minuman alkohol. Walaupun hanya melibatkan 6.1% penglibatan remaja kepada marijuana ini tetap menunjukkan satu petunjuk yang merbahaya. Apatah lagi penduduk dunia sering kali melihat kepada kegiatan sosial di negara Uncle SAM itu sebagai rujukan.

Namun sesuatu yang amat di takuti ialah remaja kita di Malaysia ini mudah terikut2 dengan peredaran semasa ini. Apatah lagi puak-puak yang mempromosikan Marijuana untuk di jadikan satu barangan halal di US semakin rakus dengan memomokkan tentang bahaya merokok berkali ganda dari menghisap marijuana. Namun pakar mengatakan bahawa menghisap Marijuana lebih merbahaya kerana ia bukan sahaja melibatkan kerosakan paru-paru tetapi melibatkan kehilangan separuh dari daya berfikiran waras manusia. Penghisap akan kehilangan daya berfikir dan berkecenderungan untuk melakukan tindakan luar jangka yang melampaui normal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s