Misteri Kematian haiwan secara besar-besaran……..adakah satu petanda???

Bermulanya tahun 2011 satu-satunya berita yang membuatkan aku begitu tertarik ialah kisah kematian beribu-ribu ekor burung dan ikan yang tidak di ketahui puncanya. Cara kematian haiwan-haiwan ini juga secara misteri. Bermula di Arkansas US, burung-burung itu di temui jatuh dari langit dengan keadaan fizikal kebanyaknanya cedera parah di kepala dan sebahagiannya terbakar. Timbul spekulasi mengatakan kematian burung-burung ini di sebabkan oleh kejutan akibat pembakaran bunga api secara besar-besaran ketika menyambut malam tahun baru. Namun tidak sampai 36 jam satu lagi teori menyatakan kematian burung-burung itu di sebabkan oleh sambaran petir akibat cuaca musim hujan yang melanda.

Semua teori itu kedengaran agak sukar untuk mengungkai misteri di sebalik kematian demi kematian burung-burung ini secara berangkai dari satu tempat ke tempat yang lain. Bermula di Arkansas ia merebak ke Sweden, Britain, Japan, Thailand dan Brazil. Jumlahnya bukan seratus tapi beribu. Kemungkinan besar ketika ini para saintis  dan bijak pandai sedang merangka dan melakukan apa yang terdaya untuk mencari jawapan segera misteri tahun baru 2011 ini.

Justeru tidak hairan bijak pandai peramal masa depan akan mengaitkan peristiwa ini dengan Tahun 2012. Satu tahun yang di pilih oleh Nostradamus sebagai tahun akhir bagi Planet Bumi ini. Tahun di mana dunia akan kiamat. Itu maksud sarjana barat tersebut. Walaupun berdetik di hati mengatakan kebenarannya namun aku segera mengatakan manusia boleh meramal apa sahaja yang bakal berlaku tapi segala ketentuannya adalah dari  “Nya” jua yang maha mengetahui dan maha agung. Kerana dia yang mencipta segala isi alam ini maka dia juga berkuasa untuk mengambilnya. Mungkin bukan 2012 tapi esok lusa.

Apapun semua petunjuk ini adalah satu peringatan kepada semua umat manusia terutamanya umat islam supaya segera beringat dan sentiasa jangan alpa. Kerana setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya…..

Kematian burung tentu bersebab
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s