Menuju Billionaire

Orang paling kaya ketika ini mengikut Forbes ialah Carlos Slim. Orang Mexico yang mengikut statistik di anggarkan mempunyai Aset harta dan kekayaan bernilai US$53.5 billion. No 2 dan seperti biasa William Gates 111 atau lebih senang di kenali sebagai Bill Gates. Kekayaannya sebenarnya hampir sama dengan Carlos Sim tapi mungkin angka belakang tu agak kurang sikit kut . Menyebabkan dia jatuh ke angka 2 tahun lalu. . No 3 pula adalah Warren Buffett. Seorang lelaki tua yang mengikut laporan akan mendermakan 3/4 dari hartanya kepada badan kebajikan dunia selepas dia mati nanti. Mungkin cita2nya itu akan menempuh pelbagai kemungkinan sebab waris2 yang ada mungkin tidak akan berdiam diri. Tapi yang kaya mungkin peguam dia nanti.. Atau penjaga amanah….Tetapi yang aku nak cerita ni mungkin bukan 3 orang kaya di atas tadi tapi orang kaya di bawah tu…..terutama dua warga India…..Mukesh Ambani dan Lakshmi Mittal.

Dari dulu kebanyakan 10 rangking di atas di monopoli oleh orang-orang putih. Tetapi dalam era kebelakangan 10 tahun ini orang-orang dari negara Asia terutamanya dari India mula mengikut rapat persaingan untuk menjadi orang paling banyak duit dan harta di dunia ini. Seperti Warren Buffet kekayaan dua warga India ini berpaksikan kepada faktor-faktor perniagaan Fizikal. Iaitu Ambani dengan source Gas dan petroleum sementara Lakshmi Mittal pula dengan besi. Walaupun mengikut angka kepakaran orang-orang India di bidang IT melebihi Amerika tapi di sebabkan orang yang memberi subsidi kepakaran itu adalah Bill Gates dengan mengasaskan Microsoft, maka dia berada di atas. Mungkin kekayaan di bidang teknologi maya tidak mampu di tandingi oleh bijak pandai India. Apapun itu bukan penghalang untuk negara yang padat penduduk seperti India untuk melahirkan bijak pandai pencari duit ini.

Mukesh Ambani ada USD29 Billion, namun angka itu jatuh hampir separuh dari kekayaan beliau sebelum ini pada 2008 iaitu USD43 Billion. Sebab-sebab kejatuhan mungkin pasaran oil dan gas yang merudum pada ketika itu. Namun ketika kejatuhan ekonomi melibatkan semua orang kesan ranking tidak berubah banyak. Bill gates sendiri mengalami kejatuhan ketika itu walaupun tidak sebesar Mukesh Ambani. Ketika ini beliau terus memperbesarkan wilayah kekuasaaannya dengan khabar angin bakal membeli syarikat konglomerat Canada yang di isytiharkan bangkrap. Tidak mustahil beliau akan terus menambahkan kekayaannya. China di katakan melahirkan ramai Billionaire. Terutamanya apabila Hong Kong kembali kepada China. Keluarga Kwok dan Jutawan Kelahiran Malaysia Robert Kuok ,menetap di Hong Kong. Sebuah Negara bekas jajahan British yang mula memainkan peranan penting ekonomi dunia. Orang no 14 Ling Ka Shing, dengan kekayaan berjumlah USD21 Billion, merupakan orang terkaya di Hong Kong, Lee Shau Kee no 22 terkaya di dunia berada di bawah Ling Ka Shing, dengan kekayaan USD 18 Billion. Tapi perlu di ingat India melahirkan orang no 3 dan ke 4 terkaya di dunia tapi China melahirkan lebih ramai Billionair dan Millionaire baru yang bakal berkembang biak tidak lama lagi. Tidak syak satu hari nanti China bakal melahirkan Billionaire yang berada di rangking paling atas. Ketika ini China ada 61 orang bertaraf Billionaire berbanding India 33 orang. Di Malaysia pula ketika ini ada 9 orang bertaraf billionaire di ketuai Robert Kuok yang mempunyai kekayaan sebanyak USD14 Billion. Ananda Krishnan di tempat ke dua dengan USD7 Billion. Sementara Syed Mokhtar Albukhari mewakili orang Melayu dengan kekayaan USD1.5 Billion di tempat ke 7. Namun ada pendapat mengatakan orang Melayu menyimpan kekayaan secara diam-diam. Malah mereka mengatakan ada orang kaya bertaraf Billionaire tetapi tidak masuk senarai Forbes kerana kekayaan itu terselindung di sebalik banyak sebab. Hanya mereka yang tahu……(bersambung akan datang)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s