Mimpi seorang Suami, Kegembiraan dan Nostalgia lalu

Tepat pukul 9.40 pagi hari Ahad 21 Disember 2010, dengan sekali lafaz aku sah menjadi suami kepada seorang isteri bernama Azura Alus. Perjalanan pagi yang begitu perlahan tiba-tiba terasa seperti naik Jet Supersonik ketika perkataan “Sah” di sebutkan oleh para saksi. Di hadapan puluhan mata yang merenung tajam, degupan jantungku dan juga sebahagian dari para tetamu yang bergerak kencang dari biasa, kedengaran seolah-olah keluar dari speaker besar. Entah bagaimana tiba-tiba ada kekuatan di saat-saat tok kadi menggenggam tangan ku. Tatkala goncangannya di kalimah akhir di lepaskan aku rasakan semua telinga berada di sebelah. Memastikan ucapan yang ku lafazkan jelas dan tepat. Alhamdulillah aku berjaya laksanakan dengan baik. Sekali lafaz aku berjaya menyebut beberapa patah perkataan yang lebih dari sebulan aku hafal. ” Aku terima nikah……..Tunai” Aku ingin menjerit tapi aku kena jaga maruah juga. kalau tidak mungkin aku dah melompat-lompat guling-guling atas carpet. Mungkin juga aku sudah terjun tiruk kalau ada kolam, mungkin jugak aku dah jadi monyet atau kera sumbang…..berjoget lambak sambil makan pisang.

Begitulah akhirnya, satu perjuangan yang panjang dalam beberapa minit. Aku tak tau bagaimana nak gambarkan perasaan itu. Kepada yang telah melalui saat-saat dan detik-detik mencabar itu mesti mengakui ia adalah satu saat yang cukup mendebarkan. Segalanya berjalan perlahan. Penantian selama beberapa bulan, tidak terasa lama seperti saat berhadapan Tok Kadi. Sehari sebelum akad nikah aku practise hampir seratus kali lafaz akad nikah di mana-mana sahaja, ada yang di dengari oleh anak saudara ku, kebetulan malam akad nikah itu aku menyewa hotel di Segamat. Dalam bilik air sewaktu membuang hajat pun aku practise jugak….Walaupun makruh berkata-kata ketika membuang…tapi aku dah tak kira. Malam itu aku tidur dua jam sahaja. Pukul 2 pagi aku tidur, pukul 4 aku dah terjaga.Macam-macam perasaan bermain di kepala. Namun setiap perasaan mungkin tidak sama bagi setiap pengantin lelaki. Ada yang terlampau teruja sampai tak sempat-sempat nak lafazkan akad. Ada pula kalau boleh nak tunggu lagi sampai hilang nervous. Tapi bagi aku yang penting aku tak gabra. Bayangkan berpuluh-puluh mata memerhatikan gelagat kita. Ada yang perli-perli, ada jugak yang memberi semangat. Namun percayalah semua tetamu yang hadir pada saat ijab kabul itu pastinya dalam debaran yang kencang. Mereka juga tidak tenang. Banyak persoalan bermain di minda. Begitu juga aku. Tambahan pula, emak saudara ku dari Singapura memberitahu betapa hari kelmarinnya, seorang dari anak buahnya bernikah. Si suaminya orang Penang, terpaksa bergelut sebanyak 6 kali baru di sahkan lafaz nikahnya. sepupu-sepupu aku dari Singapura  sejak dari malam sebelumnya sudah perli aku supaya tidak menjatuhkan air muka mereka lagi.

Tapi kini segalanya telah berakhir. Semuanya berjalan dengan lapang. Selepas akad nikah aku dah tak kisah apa lagi nak buat. Walaupun waktu bersanding yang aku tak suka sekali. Namun dapat aku lalui majlis berdsanding dengan jayanya. Walaupun aku terpaksa berposing hampir enam jam. Bergambar di atas pelamin, makan beradap, berjumpa para tetamu, kemudian sambung lagi sessi foto di dalam bilik, atas pelamin dan berakhir di Stesen keretapi Gemas untuk Out Door Shoot. Lagi sekali aku terpaksa jadi model sambilan. Semuanya gara-gara shooting di perhentian keretapi yang ramai orang. Sampaikan ketika keretapi berhenti orang ramai keluar untuk melihat kami yang sedang bizi beraksi bak model antarabangsa. Walaupun malu tapi aku tebalkan muka. Mungkin kerana mereka yang melihat pun tau hari itu aku adalah seorang Raja walaupun hanya sehari.

Kini sudah sebulan aku bergelar suami. Semenjak majlis di rumah ku di Muar pada 28 November 2010 yang lalu. Aku bersyukur kerana kedua-dua majlis berjalan dengan lancar. Majlis di rumah Azura orang datang tak putus-putus. Begitu juga majlis di rumah ku di Muar. Aku tak sangka orang datang begitu ramai sekali. Kebetulan pada hari yang sama ada 6 lagi majlis berlangsung di kawasan bersebelahan. Tidak jauh dari rumah aku juga kira-kira 2 km sebuah lagi majlis berlangsung. Sampaikan aku kena ikut schedule Ahli kompang kerana mereka juga mempunyai undangan yang padat. Tapi aku tau mereka agak benganang kerana Majlis persandingan aku terlewat kira-kira 20 minit dari yang sepatutnya.

Kepada semua tetamu yang hadir, terutamanya kawan-kawan yang datang dari jauh. Ada yang datang dari Kedah, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian kalian merapat sembah di teratak hamba yang tak sepertinya itu. Kepada kawan-kawan yang sekolah 20 tahun lebih tak jumpa pun turut memeriahkan majlis, aku terasa amat berbesar hati sangat. Kepada kawan-kawan ofis UPM yang datang juga aku ucapkan terima kasih sangat-sangat. Boss pun ada. Kepada yang datang aku minta maaf kerana ada yang tak dapat aku layan. Kalau ada masa mungkin yang datang dari jauh yang tak dapat jumpa tu satu masa mungkin kita boleh layan teh tarik ke kat mana-mana. Kepada yang memberi hadiah terima kasih daun keladi. Heee Kepada yang beri duit kalau ada bagi lagi….juga heee….Aku tak dapat bayangkan gelagat kawan2 lama dari zaman sekolah rendah, menengah, Sekolah Parit Bunga, Sekolah tinggi Muar, cuma kawan-kawan dari UITM yang aku akui ramai tak dapat aku jemput. Ramai yang lost contact. Kawan-kawan lama yang penuh nostalgia. Teringat kembali saat2 kena rotan dengan guru disiplin Sekolah Tinggi Muar ketika Tingkatan Enam. Bertahun2 aku sekolah sampai ke tingkatan enam Sekolah tinggi Muar aku kena rotan. Gara-gara makan di luar tak makan di kantin Sekolah. Perjumpaan kawan-kawan lama di saat aku berkahwin memang menyeronokkan. Walaupun jumpa sekejap. Kepada kalian aku doakan kesejahteraan dan kebahgiaan berkekalan. Begitu juga doakan untuk kebahgiaan dan rezeki murah aku dan isteri. Terima kasih. Amin Ya rabbal Alaminn….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s