Jangan jadi Mat Rempit Kereta

Bulan lepas merupakan bulan bizy mizy bagi aku. Banyak kerja nak kena settle. Dua minggu berturut2 aku balik kampung. Petang ni pun aku kena balik lagi. Makin dah dekat masa semakin cepat berlalu. Makin banyak perkara-perkara tersembunyi yang tiba-tiba muncul. Maksud aku benda-benda yang berkaitan majlis aku. Ada sahaja perkara yang bermain di minda. Semakin di ingat semakin ligat kepala otak aku memikirkan soal kewangan yang semakin menipis.

Minggu lepas dua hari aku cuti terpaksa sambung satu hari lagi cuti pada Isnin. Semuanya di sebabkan masa dan keletihan. Dua hari, sabtu dan ahad aku berulang Muar-Tangkak-Segamat 2 kali sehari. Purata perjalanan aku sehari kalau nak di ikutkan lebih kurang 200 km. Kalau ambil kira 2 hari maknanya aku di atas kereta 400km. Campur perjalan pergi dan balik aku dari Seri Kembangan ke Muar lebih kurang 340km. Jumlah besar 3 hari aku berjalan 740km. Satu jumlah perjalanan yang begitu besar jugak. Masa rehat aku cukup2 aje. Tak lebih tak kurang. Nak tidur lebih-lebih pun kat Kampung pukul 6 pagi aku dah kena gerak untuk solat subuh. Tidur pun lebih kurang 4 jam.

Bercakap pasal perjalanan berkereta banyak perkara yang aku menyampah nak tulis. Seperti biasa aku tak boleh komen tentang corak demografi and topografi perjalanan Muar-Segamat. Dengan jalan ibarat Ular kena palu. bagi aku selagi Jalan baru tidak di rencanakan sampai bila pun masalah tidak akan selesai. Tapi aku nak bercerita tentang corak pemanduan berhemah manusia. Lebih-lebih lagi melibatkan Mat Rempit kereta. Kalau dulu orang heboh rempit motor sekarang ni ada rempit kereta. Terutamanya kereta-kereta berkuasa rendah macam kancil, kelisa dan Viva. Aku sering berhadapan dengan peristiwa Rempit kereta ni. Menyusup sasap macam naik jet. Paling aku benci Rempit kereta murahan ni boleh pula rasa besar dengan menyucuk-nyucuk kereta berkuasa tinggi macam BMW, Mercedes dan sebagainya. Kecuali Kereta-kereta jantan macam Evo, Skyline tu rasanya fikir dua kali jugak rempit ni nak cucuk. Sebab rata-rata mereka ni dari keluarga Track Racer. Kang silap haribulan makan asap jer. Berbalik pasal rempit kereta ni, baru-baru ni aku berhadapan dengan satu peristiwa perjalanan balik dari Segamat. Waktu tu dalam pukul 8 malam. Dengan keadaan jalan yang gelap tanpa lagu, Lap sana- lap sini, jalan memang agak merbahaya la. Aku pun beberapa kali off road sampai makan rumput tepi jalan. Sebab dengan condition kereta aku yang lapping agak membuang tu terpaksa la aku terima hakikat. Kena hati-hati lebih. Aku rasa tak ramai yang boleh bawak kereta aku tu. Satria tahun 1997 yang dah tak aerodinamik lagi. Dengan Steering Control System yang dah tak berapa nak ok. Tak ramai yang boleh berjinak-jinak dengannya. Si Azura tu pun aku suruh test sekali kat Nilai 3, pun rasanya macam surrender nampak gaya. Itupun aku suruh dia Parking kereta jer. Belum betul-betul on the road lagi.

Sambung balik pasal peristiwa di perjalanan balik dari Segamat tu, sebuah kereta Kancil sudah menyucuk-nyucuk bontot kereta aku. Start dari Jementah sampai Sagil. Nak kata power sangat tak jugak sebab beberapa kali aku potong kereta kat corner dia tak ikut, walaupun ikutkan tak boleh potong sebab double line. Tapi dek kerana menyampah dengan rempit ni aku bawak laju sikit. Ada ketikanya terpaksa la potong. Ikutkan aku nak bawak biasa-biasa aje. Tapi kalau dah ada kereta yang bawak 40km sejam, bila aku nak sampai Muar. Itulah realitinya pemandu-pemandu Malaysia ni. Tak tahu bila masa nak laju bila masa nak slow. Main ikut suka hati jer. Sedangkan bawak terlalu slow pun membahayakan keselamatan. Kalau laju sangat pun tak boleh. Itu yang kat Highway lorong tengah jadi jalan suka-suka dan santai-santai. Lorong tengah untuk pemandu-pemandu yang dalam kelajuan 80-90km. Lorong kanan untuk pemandu-pemandu berkelajuan 110km @ lebih yang nak memotong. Lorong kiri pula bagi kereta yang bergerak perlahan dari 80-90km. Bukannya perlahan sampai 40km. Bagi aku pihak berkuasa kena hadkan limit untuk pemanduan di Highway tidak boleh terlalu perlahan sampai 40 -60 km. Kerana ia mengganggu pergerakan lalu lintas dan banyak kemalangan di sebabkan kes macam ni. Kenderaan laju melanggar kereta yang bergherak perlahan sangat kerana keupayaan pemandu untuk membrek tidak cukup. Bayangkan memandu pada kelajuan 110km tiba-tiba ada kenderaan yang bergerak 40km menghadang pergerakkan. Julat masa untuk memberek dan momentum untuk lajakkan tidak cukup besar. Akibatnya kenderaan laju terpaksa melanggar atau mengelak dengan potensi untuk terbabas pada skala 90%. Hanya 10% sahaja untuk berjaya mengelak dan selamat dari bertembung.

Itu kalau di Highway tapi kalau di jalan biasa di kawasan berbukit dan kampung yang mempunyai banyak tanda “S”. Tanda jalan bengkang benkok. Jalan yang akan di hiasi dengan papan tanda merah “kawasan kemalangan”. Macam kereta Kancil tadi mereka telah menyebabkan psikologi pemandua lain terjejas. Bukan kerana nak tunjuk lagak tapi ada pemandu yang terpaksa melepaskan tekanan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa cucuk mencucuk ni. Akibatnya terpaksa melajukan kenderaan. macam yang berlaku pada aku. Beberapa kali aku memperlahankan kereta bagi peluang dia untuk memintas aku. Sebab aku tak nak silau lampu kereta dia yang macam kereta nak pergi suluh bulan mengganggu pemandangan. Tapi tak berani pulak dia nak memotong. Mungkin sebab keadaan jalan yang memang susah nak potong. Tapi kalau susah sangat nak potong jangan la nak cucuk-cucuk. Sampai kat Sagil selepas aku tinggalkan kira-kira 60 meter aku memperlahankan kereta aku, dengan jalan yang agak lurus baru la Mat Rempit Kancil tu memotong kenderaan aku. Dalam hati aku nampak sangat la yang pemandu tu hangat-hangat tahi ayam. Rasa bangus sangat. Tapi penakut. Kan bagus kalau jalan ikut peraturan. Aku pun tak kisah kalau dia nak follow kat belakang. Sampai mana pun janji dengan pemanduan yang lebih baik. Bukan nak bakar-bakar hati pemandua lain. Bila kena buku dengan ruas dapat malu jer.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s