Berita-berita semasa yang mengharukan….

Pagi ni aku masuk ofis seperti biasa. Pukul 6.30. Tapi kebiasaan ini bukanlah bererti aku ni seorang yang rajin. Mungkin sudah terbiasa dengan amalan ibu bapa dan orang-orang dulu yang bangun awal. Walaupun mata mengantuk tapi aku rasa fikiran aku tak berserabut berbanding aku sampai lambat. Kalau aku gerak dari rumah pukul 7 pagi aku terpaksa mencelah sana-sini, ambik hati kat pemandu-pemandu yang kurang berhemah. Biasalah jem tanpa roti. Makan pun tak sedap juga. Inikan pula jem di tengah jalan. X boleh makan tapi boleh menyebabkan orang kelaparan sebab sampai ofis lambat. Nak pergi breakfast pun kena tengok dulu boss ada ke tak…

Pagi-pagi lagi aku sudah mendaftar di rumah rehat sementara kat belakang ofis menunaikan hajat menambah pelaburan bukan untuk masa depan tapi untuk hari ni. Sebab pelaburan tu mungkin akan ada dua tiga atau kalau sebab-sebab tertentu boleh sampai ke angka sepuluh. Selepas melabur aku akan buka Goal.com, tengok berita bola. Tapi hari ni aku buka siaran berita internet aku kat english.pravda.ru/. Ada kisah budak jatuh tingkat 20 di China tapi tak mati. Mungkin ajal dia tak sampai lagi. Umur dia panjang. Kisah kematian sotong pembelit Piala Dunia “Paul” yang pandai buat ramalan siapa menang dan siapa kalah. Begitu juga kisah Micheal jackson yang semakin kaya selepas dia mati. Namun yang aku tertarik sangat adalah berita tentang  kematian bayi di China  akibat pengguguran kandungan yang berleluasa. Angkanya adalah hampir  13 juta orang setiap tahun. Bukan satu angka yang sedikit. Akibat dari polisi kerajaan yang memaksa setiap keluarga hanya ada satu anak. Paksaan oleh pihak berkuasa mendorong ramai pasangan membunuh bayi mereka akibat tidak mahu di kenakan undang-undang. Begitu sekali tindakan mereka akibat dari kesesakan manusia di negara yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.; Malahan kemungkinan untuk mereka ini menghirup umur panjang pun mungkin samar-samar kerana terlalu banyak tekanan kiri dan kanan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s