Bumi semakin sakit, planet baru di temui

Ada kawan aku kata aku suka benda-benda misteri. Malah boss aku sendiri kata aku “mystery man”. Walaupun aku rasa aku bukan misteri tapi mungkin sebab aku suka benda-benda misteri yang menyebabkan aku akan sentiasa menjadi misteri. Pagi ini aku terbaca tentang penemuan planet yang menyerupai bumi dan mengikut kajian saintis kemungkinan besar planet baru itu berpenghuni.Planet  bernama Gliese 581g ini berada dalam lingkungan Milky Way galaxy yang merupakan Galaksi di mana bumi berada di dalamnya. Saintis menyasarkan terdapat lebih kurang 200 billion bintang dalam Milky Way ni. Bermakna planet pun tidak kurang banyak la jugak lebih kurang 40 billion planet. Sebab itu kalau dalam planet yang banyak bertaburan di angkasa tu tak mustahil hidupan juga wujud. Kita tidak boleh menafikan kerana kebesaran Allah s.wt. kerana dia berkuasa atas segala ciptaannya.

Ahli Fizik angkasa Australia, Dr. Ragbir Bhatal dari Universiti Western Sydney merupakan antara individu terawal yang mengesan kewujudan Planet ini seawal 2008. Dia mengesan kewujudan cahaya dan tidak menolak Planet Gliese 581g itu adalah tempat wujudnya cahaya luarbiasa itu. Profesor Steven Vogt Pakar astronomi dan ahli fizik angkasa Universiti California telah dengan terang-terang mendakwa kewujudan sistem solar dengan kehidupan seperti bumi dan seratus peratus yakin manusia boleh hidup di atas planet tersebut.

Namun dalam dunia sains, seperti mana dalam politik ada polemik dan sentiasa wujud percanggahan pendapat. Para pakar dan saintis juga demikian, sentiasa berbalah pendapat. Selagi kewujudan Planet itu tidak di  buktikan dengan penemuan secara praktik maka teori dan mekanisme andaian tidak akan menjadi isu yang meyakinkan. Aku merasakan saintis sentiasa cuba meneroka dan mencari tempat gantian bagi bumi kerana memang menjadi hukum hakam dan alam manusia akan sentiasa tidak puas dan sentiasa ingin mencari yang baru. Sebenarnya bumi sudah semakin tua dan hampir ke penghujungnya. Sebab itu mereka berusaha untuk mencari ruang kehidupan yang lain untuk menyambung generasi manusia supaya tidak pupus.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s