Manusia semakin Rakus dan hilang pertimbangan

Aku mulakan tulisan aku hari ini dengan kisah seorang pemuda makan neneknya sendiri. Kisah ni berlaku di Simferopol Ukraine. Yang menjadi ketakutan bukan kerana dia makan selepas neneknya itu mati tetapi dia makan ketika wanita itu masih hidup. Dia mulakan dengan mengorek biji matanya, kemudian melapah daging dan makan di situ juga. Neneknya yang kesakitan cuba melawan tapi pemuda tersebut mengerat lidah dan terus makan tanpa menghiraukan sang wanita yang menggelupur. Wanita itu akhirnya mati kerana trauma kesakitan yang dasyat. Jira-jiran yang mendengar jeritan nenek tua itu telah menyerbu masuk dan mendapati si pemuda sedang berada bersebelahan neneknya sambil memegang salib dengan di penuhi darah. Pemuda itu seorang yang terpelajar di bidang teknikal dan bekerja sebagai Software Specialist. Ketika di tangkap dia tidak langsung merasa kesal malahan mendakwa dia telah di arahkan untuk membunuh wanita itu. Ada suara yang mengarahkannya untuk melakukan upacara korban ke atas nenek tua itu.

Kisah di atas ada persamaan dengan apa yang berlaku di Malaysia. Tak kurang tak lebih semuanya bukan kebetulan. Kita ada kisah anak membunuh Datuk, nenek, bapanya dan adiknya di Negeri Sembilan. Suami menyembelih isteri dan anaknya baru-baru ini yang menggemparkan negara. Di timur tanah air seorang pemuda membunuh bapanya yang sedang mengerjakan solat kerana nampak bapanya itu seperti seekor ayam yang hendak di sembelih. Di Johor begitu juga anak membunuh bapa. Kisah tragis yang aku paparkan ini sebenarnya berlaku di sebabkan kecelaruan fikiran akibat stress, kemurungan, tekanan yang tidak dapat di bendung. Baru-baru ini aku pergi ke rumah abang aku untuk beraya di Subang. Kebetulan kakak ipar aku menceritakan kisah jiran sebelah rumah yang membimbangkan. Manakan tidak si suami jirannya itu dalam perjalanan ke arah menjadi psiko man. Hampir tiap hari kedengaran dia “mengril” menebuk lubang. Tak tau apa yang di tebuknya. Hampir setiap malam. Si suami juga mula menjadi agresif apabila pernah menunjukkan “anunya” kepada seorang lagi jiran. Semuanya mungkin akibat tekanan. Apatah lagi si suami telah di berhentikan kerja. Kebimbangan melanda keluarga abang aku kerana si suami itu berada di rumah sedangkan isterinya keluar bekerja. Memang membimbangkan kerana orang-orang seperti ini boleh bertindak ganas jika tekanannya tidak dapat di bendung.

Dari satu sudut kesihatan mental, jika tekanan tidak dapat di bendung manusia boleh hilang pertimbangan, lupa, kecelaruan akal fikiran dan sebagainya. Mereka tidak boleh berfikir dengan sempurna. Mereka mula berintepritasi dengan kecelaruan itu tanpa di sedari.  Ada di antara mereka mula menyendiri, menjadi pembengis, mudah panas dan sentiasa berfikiran negatif. Paling membimbangkan apabila mereka tidak lagi dapat berfikir dan akhirnya di pengaruhi oleh minda mereka. Itu yang kebanyakkannya menyatakan mereka mula mendengar suara-suara, berjumpa dengan seseorang yang sentiasa berdampingan. Mereka menjadikan khayalan imaginasi mereka sebagai realiti. Mereka melihat sesuatu yang orang lain tidak nampak. Mereka sebenarnya mencipta dalam minda imaginasi itu sebagai realiti.

Suatu masa dulu aku hampir terjerumus ke arah kecelaruan fikiran ini akibat tekanan. Mungkin akibat tekanan kerja dengan pendapatan yang tidak sempurna, kerja yang banyak, masalah hutang dan sebagainya. Namun ketika itu aku masih boleh berfikir dengan positif. Alhamdulillah aku berjaya keluar dari masalah itu. Pernah dalam beberapa minggu aku asyik mendengar suara berdengung di telinga. Mudah berpeluh malam kerana dada berdebar-debar. Terutamanya waktu maghrib. Asyik terfikirkan tentang perkara-perkara negatif. Pernah sekali aku mengalami demam panas yang kuat tanpa ku sedari, itupun ketika aku berjumpa dengan doktor kerana aku berasa kebas di kepala. Aku tak berasa panas cuma sakit tengkuk yang kuat. Ketika aku berjumpa dengan doktor dia terkejut besar kerana panas badan aku sudah sampai ke paras 45 celcius dari tahap normal 98.6 F @ 37 celcius. Doktor memberikan aku suntikan di punggung. Ketika aku balik ke rumah dari Setapak ke Cheras kira-kira 15 km, aku dah tak berupaya untuk berfikir dengan waras. Sesampai di rumah aku terus colapse dan dua hari aku tidak dapat bangun. Selama beberapa minggu aku di serang sakit perut yang teruk ( gastrik) sehinggakan setiap 3 jam aku kena makan sekurang-kurangnya sebuku roti atau dua keping biskut. Aku minum susu setiap malam untuk hampir 2 bulan. Badan aku yang dulunya maintain 55-56 kg naik mendadak  sehingga 65 kg. Semata-mata psikologi aku menyatakan aku kena makan untuk mengelakkan gastrik aku menyerang. Bayangkan selepas dari panas badan melampau aku itu setiap pagi aku seperti perempuan mengandung yang kena morning sicknes, muntah dan muntah angin. Bila perut aku meragam aku kena jolok tekak aku untuk muntah untuk melegakan perut. Begitu teruk sekali sebenarnya kesan psikologi akibat tekanan yang kuat. Ketika tekanan itu datang dada akan berdebar kencang, fikiran akan berfikir sesuatu yang negatif. Pernah aku berasa panas sedangkan waktu tu pagi pukul 3. Aku duduk di bawah kipas tapi tidak dapat menampung kepanasan. Pukul 4 pagi aku  mandi, selepas itu  duduk bertafakur seperti Yoga. Aku tidak boleh berbaring kerana aku tidak boleh bernafas. Mungkin kerana angin dalam badan yang banyak. Tapi kesan dari perlaksanaan aktiviti yoga itu aku berjaya release sedikit demi sedikit masalah tekanan aku. Bila aku berfikir balik tekanan mungkin dapat di pulihkan sekiranya kita keluar dari berfikir tentang masalah yang kita hadapi, duduk dengan tenang fikirkan perkara-perkara positif. Tarik nafas panjang melalui hidung lepaskan melalui mulut dengan perlahan. Aku lakukan aktiviti itu secara berkala kemudian secara tetap dan konsisten. Perlakuan secara tidak sengaja itu akhirnya menjadi routine harian aku yang berkesan.

Bila mengenangkan semua itu membuatkan aku berfikir semula tentang kualiti hidup yang semakin lama kita lupakan. Kualiti tentang penjagaan kesihatan mental dan fizikal. Maksud aku kita harus tahu untuk menghargai tubuh badan kita. Bila waktu makan, waktu tidur, waktu berhibur dan waktu bekerja. Semuanya perlukan susunan yang teratur. Bila kita boleh mengatur diari kehidupan seharian dengan baik kita boleh menngatur kehidupan yang akan datang dengan baik. Perancangan tentang masa yang baik akan memberikan nilai kepada kita untuk menghargai masa. Kalau bekerja susunlah masa bekerja dengan betul, datang awal ke pejabat. Masuk tidur paling koman pun pukul 12 malam. Bangun pukul 6 pagi. Ini memudahkan untuk pergi kerja awal. Sampai pejabat boleh rilek dulu, mengemas jadual apa yang patut. Boleh menulis macam yang aku buat ni. Bila start pukul 8 tu dah boleh mulakan kerana kita dah berehat panjang. Cuma dekat UPM ni cafe dan kantin buka pukul 7.30 pagi. Pukul 7.40 baru betul-betul beroperasi. Kadang-kadang aku dan staff terpaksa tapau sahaja. Ini pun kualiti hidup jugak kerana mereka lewat buka ramai yang kena kerling boss, tapi boss kena faham kalau perut kosong tak makan tak boleh jugak. Kalau lewat 5 minit tu kira biasa la. Tapi yang luarbiasanya adalah pukul 9 masuk ofis, tak punch tapi muka seposen jer duduk. Kalau sekali dua mungkin biasa tapi yang luarbisanya ia berlaku hampir setiap hari….kalau yang itu boss boleh kerling lebih tajam sikit…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s