Dunia semakin misteri dan semakin tua

Seingat aku pada blog yang dulu aku ada menulis tentang kisah tahun 2012 di mana para saintis dan peramal masa depan menjangkakan kemusnahan planet bumi. Mengikut mereka kiamat akan berlaku pada tahun tersebut. Sebelum cerita 2012 keluar kat panggung aku ada menulis kisah itu. Namun aku mengharapkan sebagai umat islam kita tidak harus terpengaruh dengan pandangan cendekiawan barat itu secara total. Namun apa yang pasti ikhtibar dari pandangan dan kajian itu boleh di jadikan panduan betapa dunia semakin tua dan alam ini telah sampai di era penghujungnya. Namun kiamat atau tidak hanya tuhan yang akan menentukan.

Apapun yang sebenarnya bakal berlaku kita biarkan Allah s.w.t yang tentukan, namun akhir-akhir ini keadaan di dunia tidak lagi seperti dulu. Keadaan panas yang belarutan dan berpanjangan, sesetengah tempat hujan tidak lagi turun, mungkin mengundang kemarau. Penyakit-penyakit misteri mula datang seperti H1N1. Selsema burung, AIDS mula menular di banyak negara. Penyakit dan wabak yang melibatkan nyamuk seperti Aedes dan Malaria mula kembali mengganas. malahan demam Denggi sudah semakin parah dengan laporan mengatakan keadaan Denggi sudah semakin kritikal di sesetengah tempat. Ada pakar menyatakan Denggi bukan lagi seperti dulu. Denggi sudah mula berkembang dengan bermutasi menjadi Denggi millenium di mana ianya sudah immune kepada ubat-ubat tertentu. Terutamanya nyamuk Aedes sudah tidak lagi takutkan semburan ubat samada kabus ULV atau asap Fogging yang sering kali di lakukan.

Semalam aku ada terbaca di akhbar KOSMO tentang kisah misteri seorang budak ajaib yang di kenali sebagai Mars Boy. Dia boleh menterjemahkan kemusykilan umum tentang Planet Marikh secara terperinci. Samada kebetulan atau dia memang mempunyai pengetahuan yang hebat tentang Planet Marikh aku tak pasti.  Tapi kadang-kadang ada perkara yang kita tidak pasti tiba-tiba menjelma tanpa pengetahuan. Allah menjadikan sesuatu itu ada sebabnya. Kemunculan Mars Boy ni bukanlah sesuatu yang pelik. Banyak lagi dunia misteri yang kita tidak ketahui. Menantikan untuk di singkap. Malam tadi aku bermimpi tentang peperangan melibatkan penaklukan Alien. Aku nak tergelak bila bangun pagi tiba-tiba rasa macam aneh. Sebab dah banyak kali aku bermimpi tentang penaklukan bumi oleh makhluk angkasa lepas. Samada aku terlalu banyak berkhayal atau imaginasi aku selalunya agak terlalu ke depan. Allahhu alam…bissawab….Tapi memang aku selalu sangat bermimpi tentang hal-hal berkaitan peperangan penuh misteri ini. Tapi aku tak akan terus terpengaruh kerana mimpi adalah permainan tidur. Adakalanya ia adalah drama yang berlegar dalam minda sekadar pelepas satu tekanan…..mungkin ia mungkin tidak….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s