MAGIKA aka Disney

Filem Magika arahan Edry mungkin satu lagi ciri-ciri pecah panggung yang sedang di gembar-gemburkan oleh media hiburan Malaysia. Entah macamana  tiba-tiba aku tertekan blog yang di penuhi dengan trailer filem buatan KRU production itu. Dapat la aku tengok sekilas pandang trailer filem yang memang sebijik tiru filem keluaran Disney. Aku malas nak komen otak pembikin filem Malaysia yang memang tak pernah kreatif untuk mencipta filem yang luar biasa. Balik-balik kita akan terus meniru. Mungkin KRU nak cuba menampilkan kecanggihan effect atau aspek 3 dimensi yang maksudnya kita pun boleh buat. Aku boleh lah bagi kredit sebab mereka ada inisiatif untuk sama-sama meneroka teknologi.

Namun aku lebih mementingkan kualiti berbanding yang lain-lain. Kualiti cerita mestilah dari aspek lakon layar terutama skripnya, sinematografinya, permainan karektor dan yang paling penting jalan cerita tak merapu, meraban. Semua aspek penuh dengan kawalan seni dan aspek yang di tunggu adalah kelainan. Kelainan yang boleh tarik semua bangsa tak kira melayu, cina, india, orang barat, orang timur y7ang penting aku boleh pergi panggung. Rasanya dah lama jugak aku tak pergi panggung untuk menonton filem melayu keluaran Pengarah Tanahair aku sendiri. Aku rasa Professor Madya Razak Mohideen ( sorry kalu ejaan aku salah) adalah orang yang membuat aku benci untuk menonton Filem Melayu. Bayangkan  aku baru seorang tak suka dengan filem arahan dia tu. Kalau ada 10 ribu orang macam aku bayangkan lagi lah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s