Syawal dan cerita-cerita sensasi….

Pejam celik pejam celik bulan Syawal dah masuk ke Hari ke 10. Baru aje rasanya Jumaat minggu lepas aku solat sunat Idil Fitri sebelah pagi dan solat jumaat tengaharinya. Hari ni dah 10 hari berlalu. Bersamaan dengan cuti aku yang dah masuk ke hari ke 12. Esok nak start balik kerja. Sesuatu yang paling malas untuk di lakukan oleh mana-mana orang yang sedang seronok bercuti macam aku.

Mungkin raya tahun ni aku beraya sorang-sorang. Insyallah tahun depan aku akan raya berdua. Biasalah bila raya pertama akan adanya majlis bersalam-salaman seisi keluarga. Maka keluarga akan perli-perli guli-guli untuk aku. Kerana semua bersalam sepasang-sepasang. Aku pulak sepasang jugak tapi sepasang dengan baju melayu. Mungkin tahun depan aku akan beraya sepasang tapi ada lady sebelah. Berpasangan lah pulak. Tapi mungkin tahun depan kena kena beraya di rumah lain . Macam biasalah bila dah berpasangan kena gilir-gilir. Adat berumahtangga la kena bertolak ansur.

Sambutan raya tahun ni di kejutkan dengan misteri kehilangan dan pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga orang yang lain. Dua orang Johor satu Batu Pahat dan seorang lagi orang bandar tempat kelahiran aku Muar. Dua lagi aku tak pasti. Mungkin Pahang kut. Tapi rencah ceritanya yang agak tragik tak sesuai untuk di ulang bicara cuma cara kematian dan penamatan riwayatnya agak keterlaluan. Sekarang ni kisah bunuh dan cara mematikan orang dengan ciri-ciri kezaliman bukan lagi sesuatu yang klise. Semakin maju sesuatu bangsa semakin terdedah manusia dan masyarakat dengan ciri-ciri jahiliah. Dulu mayat di kerat-kerat sekarang mayat di bakar, di bom dan esok lusa macam mana lah pulak. Manusia memikirkan mencari keuntungan dengan pelbagai cara. Penipuan dan penyelewengan bukanlah sesuatu yang yang janggal untuk di perkatakan. Masyarakat Profesional yang tahu undang-undang pun sudah semakin berani untuk melanggarnya. Apatah lagi yang memang tak tahu nak hormat undang-undang. Tapi biasalah bila kita melakukan sesuatu dosa maka dosa itu akan selalu menghampiri kita. Sepandai-pandai Beruang memburu akhirnya mati pun kena buru jugak macam harimau, singa buaya dan sebagainya haiwan pemangsa yang yang lain. Si pembunuh, penipu dan penjenayah apa sekalipun mereka akan terjerat dengan perbuatan mereka sendiri. Hanya masa yang menentukan bila…..Tak mudah untuk menyorokkan bukti kerana bukti itu akan datang sendiri. Umpamanya seorang pesalah yang membuat salah ketakutan sentiasa melingkari hidup mereka. Akhirnya mereka sendiri akan mendedahkan kesalahan mereka.

Aku ingin bercerita lagi tentang kisah manusia bertopengkan syaitan yang banyak di sekeliling kita. Jangan sangka orang jahat macam dalam filem. Mesti muka bengis, tak terurus, muka pecah rumah dan banyak lagi ciri-ciri fizikal yang boleh di kenal pasti. Sekarang ni orang jahat muka macam Pak lebai, macam imam, ustaz pun banyak di pasaran. (Kecuali yang betul-betul ustaz, imam dan lebai). Mereka ni pijak semut pun tak mati. Kata-kata mengalahkan pendeta. Bijak dan licik. Macam kes kakak aku yang di tipu oleh pengamal undang-undang bergelar Peguam. Macam kes Sosilawatilah jugak. Pun melibatkan kes tanah. Senang-senang saje mereka ni menggunakan profesion profesional mereka untuk melarikan RM60,000 duit kakak aku. Kononnya mereka penjaga amanah. Tetapi merekalah penjenayah yang lebih busuk dari nanah. Mereka boleh menggunakan dokumen-dokumen undang-undang untuk menipu. Dalam kes ini ada sesuatu yang tak kena dengan perundangan. Apabila suatu pihak terlalu di beri kepercayaan tanpa perlindungan mereka akan berkuasa penuh. Aku rasa perlu adanya ketetapan yang menjaga tingkah laku pihak ini. Bayangkan untuk penjaga kuasa jual beli rumah, pihak ini di berikuasa untuk menguruskan dari sudut undang-undang. Nak beli rumah kena bayar mereka ini. Kononnya kalau ada masalah mereka akan di beri tanggugjawab untuk menjaga pembeli. Kena bayar beribu hanya untuk mendapatkan sains dan  cop. Tapi bila berlaku sesuatu yang melibatkan perundangan, pembeli kena bayar lagi kalau nak di adili dan di bawa ke mahkamah. Nampak macam pembeli di tipu bulat-bulat oleh proses dokumen  yang di buat oleh golongan ini. Semuanya kena kos. Sedangkan mereka hanya duduk di pejabat. Aku berani jamin ramai pengamal undang-undang ni hanya pandai berseloka di dalam pejabat, tapi di dalam mahkamah muka pucat lesi kerana tak pandai berhujah…..siapa nak menjawab ni……

Advertisements

One Comment Add yours

  1. kakak says:

    Itulah ragam manusia yang tamakkan keduniaan sampai sanggup menipu aku…senang2 je dia kaut duitku rm60,000 tanpa ada perasaan takut…hanya kepada Allah aku berserah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s