Bulan Ramadan menghampiri Syawal

Hari ini seingat aku sudah masuk hari ke 26 umat islam menyambut ramadhan al mubarak. Beberapa hari lagi akan datang syawal yang mulia. Bermulanya ramadan aku rasa aku sampai ofis purata 6.30 pagi. Pukul 4.40 secara rutinnya aku bangun sahur. Aku akan panaskan dulu nasi dan lauk yang aku beli kat kedai masa berbuka. Selepas itu Aku makan sahur biasanya pukul 5 pagi. Gitu gini aku habis pukul 5.20 minit. Dalam masa 25 minit aku rehat kejap tengok tv. Lepas tu pukul 5.45 aku mandi. Pukul 6 aku solat subuh dan mengemas diri berpakaian. Pukul 6.15 aku dah start enjin kereta panaskan dalam 3-5 minit terus gerak ke ofis. Bayangkan rutin itu berputar selama ramadan ini. Aku tidur paling lama 5 jam setiap hari, kecuali hari sabtu dan ahad. Hari ini aku tidur 3 jam setengah. Aku tak taulah bertahun2 aku cuba nak dapat tidur yang lama lebih dari 6 jam. Kebiasaannya gagal. Sesetengah orang cukup mudah untuk tidur. Duduk dalam 2-3 minit dah dapat tidur. Siap ada bunyi-bunyian seruling hidung dan mulut yang saling sahut menyahut. Kat ofis ni tadi sebelum aku menulis aku cuba lelapkan mata. Tapi tak boleh. Aku paksa jugak mengiring, menegak, ke depan ke belakang, tarik kerusi, tolak kerusi tapi akhirnya aku ambil keputusan menulis. mata mangantuk tapi aku tak boleh lelap. Namun aku tetap bersyukur sebab masih dapat menikmati tidur walaupun sekejap pagi tadi.

Ada orang yang menghidapi saat-saat getir bertahun2 tak berupaya untuk tidur. Bersengkang mata kerana dia ada penyakit Insomnia.  Itu bagi orang yang betul2 tak boleh tidur. Tapi ada beberapa orang yang aku kenal mengatakan dia pun ada Insomnia. Tak boleh tidur malam. Tapi waktu siang time kerja dia habiskan dengan membuta sampai kerja pun entah ke mana. Ini bukan Insomnia tapi penyakit sleeping Disorder. Kegagalan si empunya diri untuk mempersiapkan dirinya untuk meletakkan dirinya di tempat tidur yang betul. Ramai orang yang mengaku diri mereka berpenyakit susah nak tidur malam. Tapi senang tidur siang. Mereka ini sebenarnya ada masalah lain. Kena dapatkan rawatan pakar psykiatri. Ia ada kena mengena dengan mental disorder. Cara mereka melengkapkan corak kehidupan malam. Untuk pengetahuan sesiapa sahaja sebenarnya waktu tidur yang baik adalah sebelum pukul 12 malam Ketika waktu 11-12 malam. Selepas jam  2 pagi kalau kita masih tak tidur jugak maknanya kita akan menempatkan diri ke kancah kebinasaan. Masa ini adalah masa syaitan dan iblis berkeliaran mencari mangsa. Pukul 3-4 pagi masa mereka bertindak. Mereka akan masuk ke dalam diri orang-orang yang macam ini. Kalau mereka lemah mereka akan mudah di perdayakan. Selepas beberapa lama dalam badan si empunya diri maka syaitan dan iblis tu dah berjaya merekrutkan diri empunya badan untuk biasa dengan keadaaan itu. Itu yang waktu bulan puasa pun orang-orang ini akan tertidur2 waktu siang. Waktu malam mata segar bugar. Berkeliaran mencari hiburan..Aku harap di jauhi dari situasi ini…..Sebab aku banyak kerja nak kena buat waktu siang…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s