Jadilah manusia yang sentiasa berfikir……

Selepas di tolak campur darab bahagi rasanya hampir 2 bulan aku tidak menulis. Selepas peristiwa jari kaki patah, kemudian Piala dunia berpesta, EPL pun dah start balik aku hanya mencoretkan beberapa peristiwa sahaja. Mungkin kerana idea dah kering untuk menulis. Mungkin jugak aku ni agak bizi memanjang dengan kerja ofis, asyik balik kampung ( almaklumlah hari bujang aku semakin hampir ke penghujungnya) banyak perkara  perlu di selesaikan…Sekarang ni bulan puasa Ramdan yang mulia ni pun dah nak sampai ke penghujungnya. Kalau di kumpulkan banyak jugak cerita yang bermain di kepala boleh aku kupas menjadi satu sirah yang panjang. Namun seperti biasa nak menaip mungkin suatu bebanan yang terlalu sukar untuk di terjemahkan. Baru-baru ni berlaku lagi peristiwa pada aku. Mungkin kerana keterujaaan untuk bekerja aku leka dan melupakan betapa manusia ni adalah makhluk yang lemah. Sentiasa alpa dan selalu tidak beringat. Akibatnya jari aku menerima kesan yang dalam. Satu hirisan dek ketajaman pisau telah membuat aku sengsara dalam dua minggu ni. Ibu jari tangan aku yang begitu comel menjadi sasaran kealpaan aku itu. Dengan darah yang banyak keluar dan terpaksa pula aku tahan kesakitan selama 2 hari, rutin harian aku telah berubah lagi. Kalau dulu aku terpaksa berulang ke Pusat Kesihatan untuk mendapatkan rawatan kaki kini jari tangan aku pula yang perlukan penjagaan khusus. Ramai jugak staf-staf di Pusat Kesihatan tu boleh cam wajah kacak aku yang perasan ni. Di sebabkan sebahagian kulit ibu jari tangan aku tiada doktor pun tak boleh nak menjahit luka aku. Makanya aku terpaksa memakai kain balut yang menjadikan ibu jari aku nampak tak la romantik sangat. 5 kali aku terpaksa berulang ke Pusat Kesihatan untuk acara ‘dressing’. Alhamdulillah kini ibu jari aku beransur pulih. Kini aku bolehlah menulis balik. Tapi nak main gitar yang merupakan satu cara penyejukkan diri aku belum boleh aku laksanakan. Kesakitan masih terasa sampai ketika aku menulis ni. Walaupun luka tu dah kering dan kulit mula tumbuh balik tapi kalau aku terhantuk atau tersentuh apa sahaja rasa ngilu dan denyutan akan menyebabkan aku menarik nafas panjang. Itu belum cerita keseluruhan kaki kanan aku yang terasa sakit setiap kali aku berjalan. Perkara yang paling sedih sekali ialah aku tidak lagi boleh bersolat seperti biasa. Kadang-kadang ada masanya aku terpaksa solat dalam keadaan duduk seperti mana masa tempoh pemulihan dulu. Bila nak kiam sewaktu tahyat akhir tu la yang paling sukar. Kalau kena dengan lantai yang keras terpaksalah aku  kena tahan nafas nak lupakan tentang kesakitannya. Aku harap kepada sesiapa yang membaca blog aku ni sentiasa beringat tentang kesihatan dan penjagaan tubuh badan kita ni. Bila berlaku perkara yang aku alami ni banyak keseronokan hilang tanpa kita sedari. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan setiap perbuatan. Memang tragedi berlaku tanpa kita pinta tapi beringat itu lebih baik sebelum terjadi.

Kembali kepada reliti dan sebab musabab aku menulis ni, aku ingin membawakan satu kisah yang berlaku dalam masyarakat. Aku ingin bawakan kisah masyarakat pekerja macam aku ni. Kadang-kadang aku terfikir ada manusia yang di lahirkan untuk banyak berfikir untuk menjelaskan kelansungan hidup. Ada sesetengahnya pula tidak berfikir untuk menjadikan kehidupan ini lebih berdaya saing. Ramai pula yang berfikir sekadar untuk menjadikan kehidupan ini bergerak seadanya. Kalau manusia yang menjadikan fikirannya berfungsi dengan baik pastinya dia akan menjadi seorang pemikir yang memberi manfaat kepada masyarakat dan bangsanya. Jadi ada sesetangah manusia yang meletakkan dirinya ke satu penanda aras sukar untuk mencari sedikit keseronokkan. Meletakkan dirinya dalam bahaya kerana merasakan dirinya seolah-olah makhluk yang hidup dalam dunianya sendiri. Bekerja seperti makan, minum dan tidur. Sebagai satu syarat untuk menjadi manusia yang tiada motivasi. Bergerak statik. Kalau perlu buat tak perlu biarkan. Haiwan pun ada masanya buat kerja. Walaupun kehidupan haiwan hanya makan, makan dan makan. Tapi adakalanya haiwan juga mampu buat perkara yang tidak mampu di fikirkan oleh akal. Maksudnya ada perkara yang di buat untuk lari dari kebiasaan. Aku bukanlah nak jadi pemikir yang dasyat yang berfikir untuk merencanakan struktur masa depan negara. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba berfikir untuk mencari satu keredhaan yang mampu memberi pulangan yang baik pada kehidupan akan datang , untuk ekonomi, sosial dan agama ku. Sesetengah orang meletakkan takdir sebagai jalan penyelesaian. Ada di antaranya yang menjadikan malas sebagai satu titik yang tinggi dalam kehidupan. Akibatnya masa bekerja menjadi sama. Orang lain bekerja membanting tulang empat kerat, menggunakan otak untuk berfikir tapi manusia jenis lupa daratan ni akan membiarkan elemen kesempurnaan ini. Akibatnya negara menanggung beban. Apabila manusia ni tidak menghiraukan perspektif kesempurnaan maka dia akan khayal dengan dunianya sendiri. Ponteng, tipu MC, tidur masa bertugas tanpa had, ber Facebook tanpa had, berchatting dan hanya melayari internet untuk keseronokkan. Sedangkan masa berjalan dengan duit ringgit keluar. Mereka hidup dengan bekerja makan gaji buta. Mereka tidak hiraukan tentang betapa mereka ini telah menjejaskan banyak periuk nasi manusia lain yang mengharapkan kesempurnaan itu. Manusia sentiasa ingin di peringatkan. Mereka tak nak meletakkan diri merek supaya sentiasa beringat. Aku pun kena belajar untuk memperingatkan diri aku supaya manjadi lebih baik lagi. Kesedaran akan timbul bila kita banyak berfikir kepada yang positif. Kita akan sedar betapa kehidupan ini bukan kita seorang. Kita kena sedar bahawa ada mata dan telinga yang sentiasa memerhatikan setiap perbuatan kita. Tuhan nampak segalanya tapi manusia jugak boleh nampak kerana kita hidup di dalam satu pentas drama yang mana ramai pelakon di atasnya…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s