Bola dah habis

Sepanjang sebulan Bola tak henti2 menghantui hidup ramai orang. Termasuk aku. Tidur malam dah tak serupa bikin. Masuk kerja tengok komputer sudah nampak bantal, tilam dan semua yang berkaitan dengan tidur. Malam kelmarin ahad final di antara dua pasukan favourite aku Spain dan Belanda berlansung. Aku tak tau nak pilih mana. Tapi aku pilih mana2 yang ada pemain Liverpool. Antara Kuyt Belanda dengan Fernando Torres Spain. Nasib baik first half Kuyt si Kunyit tu  main lepas second half Kunyit keluar, masuk la pulak Fernando Torres. Boleh la aku bagi kasih sayang kt kedua-dua pasukan tu. Kebetulan bila aku tengok Belanda main lepas si Kunyit tu keluar macam Ayam Belanda Berak kapur. Asyik nak mematuk jer kerjanya. Kejap-kejap kad kuning. Sampaikan ada kung Fu Panda pulak. Tendang-tendang dada. Nasib baik tak tembus dada si Alonso di cakr oleh ayam belanda si Jong yang jongkang-jongkit.

Sebenarnya aku dari dulu sampai sekarang aku sokong Italy sebagai pasukan pilihan pertama. Kemudian mana2 pasukan yang ada pemain Liverpool aku akan sokong. Tapi aku tak suka England. Namun di sebabkan Gerrad jadi kapten aku kena la bagi sokongan moral. Cuma aku sokong sebab Gerrad and 2 orang lagi pemain Liverpool si Carragher dan Glen Johnson. Aku rasa hanya Gerrard yang betul2 main bola untuk England. Bukan Rooney, bukan Terry, bukan Lampard dan memang bukan Barry yang aku tak suka lansung. Tapi bila England kalah semua orang akan salahkan Kapten. Tapi aku puji Gerrard sebab dia mengaku England tak sekuat mana dan dia mengaku kesilapan pasukan dan dirinya bukan kesilapan mana-mana individu. Walaupun memang terang2 si Rooney gila meroyan main untuk England kat Afrika tu.

Berbalik pada sokongan aku pada Italy yang tercungap-cungap terkeluar awal tu aku tak nak komen la sebab aku memang tak suka si Lippi, pengurus oldtimer yang memang dah tamat tempoh. Pemilihan pemain yang rata2 sudah level ayam pencen. Ramai lagi pemain-pemain Italy yang bagus tapi dia asyik nak suruh ayam-ayam tempang dia main. Sama la jugak dengan Perancis yang di hukum Karma oleh kelayakan ke Piala Dunia yang sememangnya tidak sah. Henry mungkin tidak boleh lelap mata dengan lena kerana angkara bola tangannya itu menyebabkan pasukan Perancis layak dengan kutukan dan tohmahan. Akibatnya mereka berlaga sesama mereka. Si Domenech seperti Lippi memang pun bukan Pengurus yang baik.  Taktikal yang salah dengan barisan pemain sekadar kelas 2 walaupun adanya Ribery yang menjadi pujaan Ferguson ManU. Anelka mungkin seorang pemain yang baik tapi di sebabkan oleh faktor dalaman dia jadi mangsa. Kasihan Perancis dan Italy dua bekas finalis yang tersungkur awal. Italy dulu memang sebuah pasukan yang defensif. Dari semenjak aku mengenali siapa Paolo Rossi, Dino Zoff sampai ke pemain bermata serigala Roberto Baggio sampailah ke Totti aku sukakan mereka sebab mereka tak berapa glamour. Tidak terlalu galamour macam Si Ronaldo dan Rooney . Aku dulu suka team yang bagus tapi terlindung di balik bayang-bayang team Ala-ala Gitu. Italy bermain perlahan tapi berbisa bila menyerang. Cuma tahun ini mereka memang sudah kalah awal sebenarnya.

Ketika Piala Dunia belum bermula aku mengikuti sangat-sangat Argentina. Sampaikan aku beli jersi Argentina semata-mata untukPiala Dunia ni. Aku meminatai Argentina kerana karekter dan lagenda Maradona. Kemudian Adanya Messi. World cup di Jerman aku pilih Messi tapi dia tak keluar2 main cuma untuk jadi pemain gantian. Tapi kali ini aku rasa Messi antara yang menyinar tetapi terlindung kerana dia tak dapat score. Kalau dia dapat score sekurang-kurangnya dua gol dia adalah lagenda pada piala Dunia ini. Masa first game Argentina turun Messi telah menghiburkan ramai orang dengan gerakkan cantik cuma dia x dapat score mungkin kerana kehebatan Goal keeper Nigeria. Kehebatan Argentina bila berjaya mengalahkan Mexico salah sebuah pasukan yang baik pada Pial Dunia ni. Tapi Argentina kalah taktikal bertemu dengan Jerman. Argentina tewas bukan kerana mereka tidak bermain dengan baik tapi Jerman lebih aggresif. Jerman bukan sebuah pasukan yang aku gemar dengan corak permainan mereka. Aku tak pernah suka kan Jerman. Mereka bermain Bola betul-betul asli. Pada fikiran aku Total footbal. Tiada aksi skil-skil individu yang mengkagumkan. Cuma kehebatan mereka sebab mereka pantas, stamina yang kuat, cergas dan mereka tak patah semangat. Kemenangan Jerman ke atas England dan Argentina bermula dengan set piece dan counter attack. Mereka tidak menguasai permaianan. Malahan mereka lebih suka bertahan kemudian menyerang balas dengan pantas kerana itu kelebihan mereka. Larian mereka pantas mereka kuat tegap dan stamina mereka tinggi. Lihat sahaja bagaimana England tewas. Barry kehilangan bola dan kemudian tercicir nak mengejar. Mueller pemain muda yang nampak tua. Tetapi bermain seperti lipas kudung …

Penangan bola sepak di Afrika telah tamat. Tiada lagi bunyi Vuvuzela yang bingit dan aksi-aksi mendebarkan. Tiada lagi kelibat Diego Forlan yang menjadi pemain terbaik kejohanan. Tiada lagi aksi Maradona bagi aku seorang lagenda bola yang teruk di kritik dan juga mengkritik. Namun dia boleh menjadi seorang pengurus yang baik jika di berikan masa. Mungkin kita tidak boleh cepat menyalahkan dia. Kita tidak boleh samakan dia dengan Mourinho, seorang pengurus  bermulut celupar yang baik untuk mana-mana kelab. Tetapi belum menonjol untuk memenangi gelaran berprestij peringkat negara. Setiap orang ada rencahnya yang tersendiri. Kadang-kadang pengurus bernasib baik kerana taktikal teruk tetapi pemain bemain baik. Pengurus Sepanyol si Bosque yang susah nak sebut namanya mungikin bernasib baik. Kalau dia menurunkan kesebelasan pemain simpanan pun mungkin mereka boleh menang piala dunia. Lihat sahaja penjaga gol simpanan. Ada dua penjaga gol bertaraf dunia, Pepe Reina dan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s