Kisah jari kaki ku

Aku menulis di sebalik kesakitan kaki ku yang bersimen akibat patah jarinya . Sementara satu jari lagi retak dan telapak kaki aku pula beralih sedikit kedudukan tulangnya. Semuanya gara-gara bermain bola sepak ketika hari keluarga Pejabat aku kira-kira 3 minggu yang lalu. Sebenarnya aku baru nak bermain bola apabila kaki aku terpijak batu ketika sedang menendang. Mungkin silap aku juga kerana memakai sandal bukannya kasut sukan. Sewaktu kejadian aku terasa kesakitan yang amat sangat apabila ketika menendang aku terasa sesuatu yang keras tiba-tiba menusuk di telapak kaki aku. Ketika kejadian tiada sesiapa yan perasan. Kesakitan itu aku rasa berlaku hampir setengah jam. Aku duduk berehat di tepi padang sementara melihat rakan-rakan lain bergembira bermain di padang. Ketika itu jari dan keseluruhan kaki ku mula bengkak.

Selepas sejam keadaan kaki aku agak pulih sedikit. Hanya kesakitan sedikit di bahagaian jari kaki tengah. Namun bengkak semakin ketara. Pagi itu sebenarnya aku di arahkan untuk mengendalikan sukan keluarga untuk pejabat aku. Setelah tamat acara seorang rakan mengajak bermain Futsal. Aku sebenarnya sudah lama tidak bermain bola. Aku rasa hampir sepuluh tahun. Kalau ada pun aku bermain di kampung dengan anak-anak saudara aku. Itupun sekadar menendang dan menimbang bola. Dari dulu aku ada kelebihan menimbang bola. Aku boleh menimbang bola sekurang-kurangnya 500 kali jika dalam keadaan stamina yang kuat. Aku mungkin boleh bermain bola. Malah pernah mewakili sekolah dan kelab suatu waktu dahulu. Cuma aku malas nak berlatih untuk pergi ke peringkat lebih tinggi lagi kerana aku tak suka training. KAlau tidak aku mungkin menghabiskan karier aku bukan sebagai seorang Designer tetapi seorang pemain bola. Aku berkata demikian kerana separuh dari ahli kelab yang aku wakili dahulu meneruskan karier di peringkat Liga separuh profesional yang di wujudkan sebelum liga Profesional. Ramai yang bermain untuk negeri termasuk beberapa orang bermain untuk angkatan tentera malaysia.

Mungkin salah satu sebab aku mengundurkan diri kerana aku tercedera di buku lali. Satu kecederaan yang berlaku ketika sesi latihan untuk satu pertandingan liga negeri. Selepas kecederaan tu aku mula bermain secara tidak formal. Sekadar bermain untuk kampung dan kelab sukan tempat aku kerja.
Berbalik pada kecederaan kaki aku ni mungkin kali ke dua jari kaki aku patah. Dulu jari kelingking aku patah pun sebab main bola. Tapi yang bestnya aku biarkan sampai sekarang. Parent aku pun tak tau jari kaki aku tu patah. Sebab aku tak pernah beritahu mereka.

Sebenarnya masalah kecederaan kaki  yang berlaku 3 minggu yang lalu tu  baru semalam aku tau jari kaki aku tu patah. Aku pun pelik dengan kejadian ni. Selepas dari kesakitan pada hari kejadian aku hanya merawatnya secara biasa-biasa. Aku urut dengan minyak gamat. Rasanya selama seminggu. Selepas tu aku balik ke kampung. Aku mintak tolong ayah aku urutkan kaki kau tu. Dari bengkak yang besar kaki aku beransur pulih. Hanya jari kaki yang tengah dan sedikit di bahagian jari kecil di sebelahnya itu yang bengkak. Kesakitan pun tidak lah terlalu ketara. Cuma kadang-kadang apabila aku membengkokkannya aku akan berasa sakit.

Minggu lepas akibat bengkak di jari aku tu tak surut-surut dan kadang-kadang terasa sakit pada waktu malam aku pergi jugak ke Pusat Kesihatan untuk memastikan keadaan sebenar. Ketika di bilik rawatan Doktor bertanya tentang keadan jari kaki aku tu dan mencadangkan aku membuat X-Ray, takut-takut kalau bengkak di kaki aku tu di sebabkan oleh masalah lain. Mungkin ketika aku mendapatkan rawatan tu adalah Hari Ahad dan kebetulan pula UPM sedang menghadapi gangguan Tenaga elektrik makanya  Pusat Kesihatan tu tiada perkhidmatan X-Ray. Doktor bertugas telah meminta aku datang ke esokkan hari untuk X-Ray. Aku pun balik dengan harapan esok aku kembali semula.

Tapi biasalah tugas macam aku ni bukannya tentu ada banyak masa terluang. Kebetulan Aku pulak tengah sibuk dengan Annual Report. Makanya esoknya aku terpaksa melupakan temujanji untuk X-Ray. Sehinggalah semalam aku ada masa free sikit. Itupun sebab aku rasa tak sedap hati sebab kaki aku terasa semakin sakit pulak. Pagi-pagi lagi aku dah terfikir untuk buat X-Ray. Aku terpaksa curi masa kerana aku sepatutnya pergi kursus Wacana di pejabat pentadbiran.

Aku risau jugak sebab aku dah terlewat 5 hari dari appointment untuk X-Ray tu. Risau pulak kalau2 Doktor akan marah sebab aku tak pergi hari tu. Bila aku masuk ke bilik Doktor tu terkejut tengok kaki ku masih bengkak, tapi dia tidak pulak marah bila aku beritahu tentang kesibukan tugas dengan Annual Report yang membuatkan aku lupa dengan temujanji tu. Selepas tu dia terus arahkan aku pergi ke bilik X-Ray . Orang tidak ramai. Sekejap sahaja aku dah di panggil masuk. Dalam bilik X-Ray ada seorang Petugas lelaki. Selepas kaki aku di imbas aku keluar seolah tiada apa yang perlu aku risaukan. Tapi tiba-tiba petugas lelaki tu memanggil aku dan bertanya  samada aku boleh berjalan atau tidak. Soalannya agak mengejutkan aku kerana dia sendiri nampak aku masuk tadi  berjalan di hadapannya sambil membuat seperti yang di arahkan sewaktu scanning di buat. Aku bertanya balik pada dia kenapa. Dia pun beritau yang jari kaki aku tu sebenarnya patah. Patah yang agak teruk. Sementara satu lagi retak. Tapak kaki aku pulak seakan beralih sedikit. Aku terkejut bila dia memberitahu macam tu. Aku sendiri rasa tiba-tiba kaki aku sakit yang amat sangat selepas dia menunjukkan Gambar X Ray kaki aku. Memang  jelas jari kaki aku tu telah patah. Patutlah bengkaknya tak susut…..

bersambung….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s