Kisah-kisah semasa yang semakin mengharukan…..

on

Kalau kita rajin membaca akhbar dan sentiasa peka dengan keadaan berita semasa aku pasti semua orang akan geleng kepala. Mungkin akhbar sentiasa mensessasikan berita atau memang sudah menjadi amalan rutin akhbar mencari berita-berita hangat. Nampak seperti ada sesuatu yang kurang elok pada pandangan mata dan telinga. Akhbar seharusnya lebih positif dalam melaporkan berita. Agar tidask terpesong dari maksud dan amalan yang mereka perjuangkan. Namun aku bukannya nak mengkritik akhbar tapi aku nak menganalisa sedikit berita2 semasa yang berlaku di tanah air ketika ini. Berita sensasi kisah Keributan keluarga Diraja Kelantan dan kisah kematian remaja di Shah Alam akibat tembakan Polis merupakan dua peristiwa yang begitu mengambil perhatian.

Aku mulakan dulu dengan kisah kematian pelajar 15 tahun, Aminulrasyid Amzah. Semua orang terkejut bila mendengar kisah itu. Apatah lagi kematiannya agak tragis melibatkan nyawanya melayang angkara peluru. Satu tembakan di kepala yang mungkin boleh menjadi kemusykilan. Tapi aku berharap sangat agar pihak Polis tidak akan menyorokkan sebarang bukti jika memang terbukti ada kesilapan dari pihak mereka. Aku rasa Polis Malaysia adalah profesional. Mereka tidak harus terpengaruh untuk menutup sebarang kesilapan semata-mata untuk menjaga kehormatan dan prestige PDRM. Mereka juga makhluk Allah. Tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Begitu juga dari pihak mangsa yang juga manusia yang tidak telepas dari melakukan kesalahan.Peranan Akhbar melaporkan cerita tetapi haruslah tidak menyalahi peraturan sehingga boleh mengakibatkan lebih banyak persoalan. Sekiranya PDRM ingin menjaga maruah, ketelusan mesti menjadi amalan mereka dan sebenarnya masyarakat akan memandang tinggi sekiranya PDRM lebih bersikap terbuka. Apatah lagi imej di pertaruhkan dan masyarakat memandang aspek keterbukaan sebagai satu jalan penyelesaian yang wajib di ambil.

Satu lagi kisah Keluarga Diraja Kelantan. Aku rasa berita ni bukan lah sesuatu yang patut di sensasikan. Sebab nanti jadi lebih teruk lagi. Aku sebenarnya tak suka Anarki raja di Malaysia ni, Sebabnya mereka golongan bangsawan yang semuanya di tanggung rakyat jelata. Makan minum pakai semuanya sebenarnya amanah rakyat. Mereka sepatutnya menjaga maruah mereka dan juga rakyat jelata. Masalah dalaman biarlah selesaikan secara baik. Ramai yang memerhatikan pun akan jagi bengang nanti. Nanti kalau rakyat dah tak suka sistemvberaja pulak yang akan di mansuhkan. Walaupun aku tak suka tapi sebenarnya Rakyat tiada pilihan untuk menjadikan bangsa Melayu ni unik. Golongan Raja ni boleh lah di adakan tapi dengan syarat mereka betul2 menjalankan amanah rakyat. Yang penting menjunjung amanah Allah S.W.t. Bukan nak cari glamor dan habiskan wang rakyat. Tu aje yang aku nak…. Kqalau mereka dah tak nak biar bagi kat orang lain. Aku pun nak jadi Raja jugak. Semuanya freee. Tak payah kerja….makan tanggung…tidur lena di ulit intan berlian….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s