Cuti dan Hospital SERDANG…….yang nightmare……

Semalam aku sepatutnya menghabiskan cuti di kampung. Memang plan nak cuti2 Malaysia menidurkan diri di samping bunyi-bunyian kampung yang tiada tolok bandingnya. Tapi biasalah bila pagi di kampung menginjak ke pukul 6 aku akan di kejutkan oleh kedua ibubapa untuk subuh. Selepas subuh aku akan sambung tidur sampai pukul 8. Selepas mandi aku akan ke pasar besar Muar yang indah permai dengan bau-bauan semerbak ketam dan udang yang mengembangkan lubang hidung ku. Selepas menghabiskan masa dengan santainya di Pasar aku dan ibubapa pun pergilah menjamu tekak untuk sarapan pagi breakfast ala-kazam…..Biasanya aku akan pekena lontong atau soto Muar yang amat lazat lagi mengancam dunia.

Selepas pulang dari mengerjakan rutin cuti kampung ku itu kira2 pukul 11 pagi maka aku akan kembali ke posisi tidur yang tergendala tadi. Dengan penuh kerelaan dan keterujaannya aku pun menguyukan mata sambil berangan-angan mimpi2 indah. Tetapi tiba-tiba dengan tiada ribut dan hujan telefon di rumah ibuku berdering dengan begitu merdu sekali. Aku pun menjawabnya dengan tenang.  Akibatnya aku telah di tugaskan untuk on-call ke Shah Alam. Macam Doktor plak….Almaklumlah telefon itu dari kakak ku di seremban yang mengajak aku ke Shah Alam melihat anaknya yang juga anak sedara aku yang bernama Ariff terlantar di rumahnya akibat serangan demam panas melampau. Di beritakan anak sedara aku itu berkemungkinan di serang nyamuk Aedes yang diketahui membawa Virus Denggi yang amat di takuti sekali. Walaupun cuti ku telah di ganggu oleh nyamuk Aedes itu tapi memandangkan kewajipan aku sesama insan aku dan kedua ibubapa ku pun berangkatlah ke seremban untuk menemui kakak ku sebelum meneruskan perjalanan ke Shah Alam.

Di pendekkan cerita cerinti taik mata buat inti maka sampailah aku di Shah Alam seksyen 25 yang maha jauh dari kampung ku itu. Walaupun tidaklah terlalu jauh dari rumah ku di Seri Kembangan adanya. Ketibaan ku di rumah anak sedara ku itu di sambut dengan satu pemandangan di atas tilam di ruang tamu di mana beradanya anak sedara ku bernama Arip itu. Masyallah mamat itu seperti seorang patung sedang tidur dengan kepanasan di tahap melampau di bawah kepanasan matahari yang memang sudah terbukti panasnya di luar. Satu keputusan drastik di buat oleh kabinet aku dan kedua ibubapa anak sedara ku itu untuk membawanya ke Hospital Serdang. Maka di sebabkan anak sedaraku dalam keadaan yang begitu patung sekali terpaksalah aku dan 3 orang rakan serumahnya memapah beliau masuk ke kereta. Nasib baik kita org bawak 2 kereta. Kalau tidak aku tak taula nak letak si Arip tu kat mana.

Tanpa berlengah kami pun berlepas ke Hospital Serdang dari Seksyen 25 Shah Alam kira-kira pukul 6.30 petang. Almaklum waktu itu kereta sedang sibuk dan jem di mana-mana kerana waktu pekerja pulang terpaksalah kami bersesak-sesak dulu di jalanan berpeluh2 di dalam kereta. Selepas perjalanan lebih kurang 40 minit tibalah aku dan keluargaku di Hospital Serdang yang indah tersergam nun di atas bukit yang permai di Serdanglah jua adanya. Pada pandangan mata kasar aku ketika itu Hospital Serdang di wad kecemasan tidaklah begitu sibuk. Mungkin kerana sekilas pandangan aku. Tetapi selepas aku menghampiri kawasan kecemasan ternyatalah pandangan aku hanyalah penipuan semata-mata kerana di dalam lobi pendaftaran wad kecemasan itu terdapat begitu ramai saujana mata memandang pesakit-pesakit yang menunggu. Begitulah bermulanya sebuah cerita di Hospital Serdang adanya. Abang ipar dan kakak ku serta kedua ibubapa ku yang ikut serta pun menyusup di celah-celah orang ramai untuk membawa anak sedara aku yang ketika itu seperti anak patung yang hanya duduk menunggu di atas kerusi roda dalam keadaan mamai. Tetapi aku hanya berada di luar hospital memandang dari tepi tingkap kerana keadaan di dalam yang pada pandangan aku tidaklah begitu selesa untuk aku duduk. walaupun ada kerusi kosong yang mampu aku duduk namun aku mengambil keputusan untuk berada di luar sambil menyedut udara yang lebih segar.

Di sebabkan waktu pun sudah menunjukkan ke maghrib dan aku kasihan kepada kedua orang tuaku makanya aku pun menalipon kakak ku yang berada di Cheras untuk datang menjemputnya pulang ke rumah. Sementara itu Arip masih berada di lobi wad kecemasan menanti nombor dan namanya di panggil. Tetapi mungkin sudah di takdirkan berada d Hospital Kerajaan yang memang terkenal dengan slogan ” Mari menghitung Masa” terpaksalah Si Arip menghitung masa menanti namanya di panggil untuk menjalani rawatan. Sementara aku yang di luar sudah agak kepeningan melihat orang masuk tapi tak keluar-keluar dan suasana di luar wad kecemasan pun semakin ramai penunggu yang menghitung masa lah juga.

Selepas hampir satu jam, kakak ku dari Cheras sampai bersama-sama suami dan anaknya KAKA. Suasana masih tidak berubah dengan Arip terus di kerusi roda menanti dan terus menanti seperti menunggu buah yang takkan masak sebab buah plastik.Realitinya itulah juga janji plastik oleh kerajaan setiap kali pilihanraya. Namun aku tak salahkan kerajaan sepenuhnya tapi lebih kepada polisi dan kekurangan kepada mutu perkhidmatan. Menteri Kesihantan acapkali berjanji untuk memastikan kepuasan pelanggan dalam piagam pelanggannya. Mereka berulang kali berjanji untuk memastikan tahap kualiti hospitak kerajaan akan di tingkatkan. Mereka kata akan ambil masa paling lama setengah jam untuk merawat pesakit. Tapi kalau di kawasan Kecemasan 5 minit pun sebenarnya adalah risiko tinggi. Jika seseorang itu dalam keadaan kritikal apakah 5 minit itu akan memudahkannya atau menyelamatkannya. Kita mungkin tidak dapat menolak takdir tapi usaha mesti di berikan untuk menyelamatkan pesakit dalam keadaan apapun. Maknanya jika seseorang yang datang mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan dan di dapati pesakit itu dalam keadaan perlukan rawatan mereka mesti bertindak pantas……..

bersambung….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s