Cuti-cuti JB

Ketika aku menulis ni aku berada nun jauh di Selatan Tanah air. Di Vivo Pizza Station bersama Azura. Aku menaip dia pulak sedang concentrate menjahit manik. Mungkin wanita melayu pertama yang menjahit manik kat area Kedai makan bertaraf 4 bintang di Bandaraya JB.

Mungkin yang pertama di dunia. Tapi jahitan si Zura ni boleh tahan jugak. Kalaulah dia tak jadi Lecturer mungkin dia dah bukak butik. Tapi aku tau plan jangka panjang tunang aku ni memang ada ke arah itu. Tapi aku takkan menghalang sebab bisnes tu pun untuk masa depan dia dan aku jugak nanti…heeee..Walaupun di kelilingi oleh ramai orang aku dan Zura buat2 x nampak seolah2 kita org berada di satu dunia yang mana aku dan zura adalah halimunan. Mungkin sebab aku dan Zura penat seharian berjalan ronda2 butik dan cari apa yang patut untuk bulan 12. Bila ada tempat nak rehat kejap aku pun ambik kesempatan menulis. Kebetulan Zura bawak sekali Laptop dia.

Bagi aku JB ni sama aje macam kat KL. Sesak dan x berapa seronok nak lepak2. Tapi orang bandar ni tak macam orang kampung. Kalau kat kampung aku menaip kat kedai kopi macam  ni mungkin ramai yang bertanya agaknya. Pada firasat aku la walaupun hakikat sebenarnya kampung sekarang pun dah berteknologi tinggi. Bukan macam kampung tahun 70an dulu.

Tapi JB mesti ada kelainan dari KL. Apa yang aku nampak kereta-keretanya agak lebih advance. Mungkin pengaruh Singapore di seberang tambak. Kalau nak tengok kereta-kereta yang make up tebal2 tapi cantik datanglah ke JB. Ketika aku bergerak pulang di parking lot aku ternampak kereta idaman mampu beli aku KIA Forte warna merah plat Singapore. Aku rasa susah betul nk nampak kereta cantik macam tu kt KL. Rasa macam nak terkam dan terus booking esok byr cash aku bwk balik. Itupun kalau aku terjumpa duit terpijak la… Lusa dah boleh tayang kt ofis. Kereta tu dah x macam KIA Forte yang ada kat Malaysia. Memang lain macam. Tapi bila aku teringat balik Satria JET aku yang warna hijau tu aku rasa kendur sikit perasaan membuak2 aku sebab kereta tu masih lagi boleh pakai dan telah berjasa lama dengan aku. Kalaulah aku amik kereta lain pun kereta tu akan jadi kereta Lagenda yang sentiasa berada di sanubari aku. Mungkin aku tak akan jual. Cuma si Zura akan menjeling kat aku la sebab sayangkan kereta tu macam bini plak. hehe…Tapi dia kena faham sayang aku pada kereta tu x sama macam aku sayang pada dia…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s