Aku suka Menulis dan shoooooot gambar

Ketika menulis merupakan saat aku melupakan banyak perkara bermasalah dalam hidup. Dulu aku kerap menulis. Hampir setiap hari aku akan menulis apa sahaja yang bermain di kepala. Sewaktu aku bekerja sendiri aku akan habiskan lebih kurang 30-40 minit sekurang-kurangnya untuk itu. Dapatlah jugak aku menyiapkan lebih dari 20 cerita untuk sinopsis drama dan telemovie. Aku rasa ada satu atau dua sinopsis untuk telemovie yang aku dah siapkan hampir 70% skripnya . Tapi aku rasa terkilan sebab hardisk aku bermasalah yang menyebabkan cerita aku tu hilang tanpa khabar berita. Namun rasanya dalam simpanan beberapa producer ada lebih kurang 5 @ 6 cerita aku tersadai. Namun aku tetap bernasib baik  kerana cerita aku tu belum lagi sampai untuk shoot. Kalau tidak mana mungkin aku ada masa untuk menulis skripnya dalam masa terdekat.

Menulis skrip bukan seperti menulis cerpen atau rencana. Skrip memerlukan continuiti dan plot dan subplot yang sentiasa memerlukan perkaitan yang rasional. Di takuti sesebuah cerita akan jadi mendatar sahaja.Perlukan timeline yang betul untuk rantaian flashback dan present. Apa yang penting dalam sesebuah cerita dan skrip adalah pengolahan watak yang baik dan juga ruang penceritaan yang dramatik. Kalau cerita bagus dengan sinopsis yang mencabar fizikal dan mental tapi perwatakan gagal di terapkan dengan berkesan ia akan jadi satu lagi drama streotype masyarakat Malaysia.

Sekiranya aku menulis skrip aku perlukan sebuah cerita yang bukan Melodrama yang begitu static dan limited. Aku perlukan sebuah cerita yang ada conflict. Narrative and not commance sense story yang mesti endingnya happy. Aku ada menulis skrip yang heroinenya seorang pembunuh yang bebas. Tidak dapat di jejaki pada akhirnya. Aku ada juga menulis tentang sebuah cerita yang melibatkan kematian hero.  Tetapi aku pasti gagal menaikkan rating dan hati penerbit mana2 stesen tv di Malaysia. Terlalu Klise. Pemikiran ortodoks drama yang tak boleh menerima pembaharuan. Mesti ada bunga-bunga latin, drama Indon atau sekarang ni lebih kepada Korean style. Aku sepatutnya tidak boleh meminggirkan drama-drama melayu kalau nak masuk ke dalam industri ini. Aku kena lihat dan feel soul drama-drama atau filem melayu kalau aku nak ikut serta dalam padang seni Malaysia. Tapi aku tidak boleh menipu diri aku bahawa drama-drama atau filem-filem melayu tidak boleh aku jadikan satu refference kalau aku nak meningkatkan estetika seni aku. Namun aku tidak nafikan ada seorang dua penggiat malaysia yang boleh di banggakan tapi dia pun bukan orang malaysia tulin. Import mari punya. Cuma suntikannya boleh di terima pakai.

Nak tengok Professor Razak Mohideen. Portfolionya aku rasa hanya layak untuk kelas diploma. Aku agak terkilan dengan pengarah yang satu ni. Dia telah menjatuhkan imej filem melayu dengan menggunakan background Universitinya yang entah apa-apa. Aku harap dia study balik untuk menjadikan Filem sebagai kerjaya seninya. Beri duit dan tiket wayang cerita dia aku ambik duit dan belah. Paling memualkan kalau scene suspense si heroine akan jerit-jerit, terpekik terlolong. Macam tak ada kawalan. Director kena tau cut and paste. Cut mana-mana moments yang terlalu sceptical dan pastekan dengan sesuatu yang lebih dinamik. Kena tau aturan rigidnya.

Aku kerap memikirkan bagaimana agaknya pengarah-pengarah Malaysia berkarya. Mungkin macam aku yang tak menghiraukan drama melayu tapi nak berkarya untuk drama melayu. Aku tak nak jadi ahli pemikir yang pecah kepala nak buat perubahan dalam industri perfileman melayu. Aku cuma nak tengok kelainan dalam visual seni filem melayu dengan adanya combinasi asas drama iaitu adanya jalan cerita yang baik, tidak jump sana jump sini  dengan scene-scene yang merapu, shot2 dari angle yang bervariasi, cinematography yang  indah dengan sudut pencahayaan yang betul, pemandangan yang menarik. Skrip dengan dialog yang bersesuaian dengan latar masa. Jangan terlalu ikut buku, Bahasa pun jangan macam baca buku. Aku lebih suka kalau cerita dengan percampuran bahasa yang pelbagai. Memang itu realiti kehidupan. Bukan nak melingkupkan bahasa Malaysia/Melayu. Akhir sekali perwatakan yang bersahaja. Bukan macam sesetengah aktor kalau jadi jahat mesti muka macam hantu, muka pecah kaca. Kena pandai menjiwai. Kadang-kadang orang jahat muka alim pun ada…..

Baik itu adalah kisah kecintaan aku pada penulisan. Sekarang aku nak tulis satu lagi kisah kesukaan aku. Orang kata tangkap gambar. Dulu ketika aku mula menganal erti pekerjaan. Aku terlibat dengan kerja-kerja foto. Sampaikan aku dengan kamera tak boleh di pisahkan. Masih aku ingat setiap petang aku akan akan naik motor di Kedah ( Waktu kerja Gomen dengan Kementerian Kesihatan). Aku akan pusing2 sampai kuala kedah di Alor setar, kawasan bendang yang melata di Pendang, pusing-pusing kadang-kadang sampai ke Kuala Perlis.  Di bahu aku akan tersandang Kamera Manual SLR kalau tak silap aku Yashica. Kebiasaannya di sebabkan masa tu aku pakai filem maka aku tak boleh sembarangan terus snap. Kena la tau asas2 foto Apperture, Shutter Speed, ISO kena betul kalau tak terbuang je filem. Seingat aku masa tu untuk 36 frame lebih kurang RM8.  Dalam 36 tu 4-5 mesti kena reject. Tu yang begitu mencabar sangat. Sekarang ni semua dalam bentuk digital. DSLR pun body sahaja dah sampai dekat 20,000 kalau Nikon D3s. Belum masuk Lens. Tu yang kalau ada Mikro, Makro yang. Seingat aku yang paling besar Lens iaitu Sigma 200-500mm F2.8 EX DG, Harga aku tak la pulak chek. Tu koman-koman dalam Rm100,000. Agaknya la.

Sekarang ni kerja aku banyak kat pejabat je. Dah dekat 5 tahun aku tak pegang kamera. Sekarang ni kalau pakai DSLR Nikon D3 kat ofis tu pun terkucil-kucil jgk nak tekan button menu nak cari program yang betul. Bila shoot tu yang gelap. Benda senang jadi susah. Sekarang ni kena pick up balik memori yang dah hilang dari kepala. Masa di ofis lama di Shah Alam dulu kerap jugak aku ke hulu ke hilir dengan Kamera Video 3CCD Sony. Sampai anak Sedara aku Si Ariff, Bapak aku, Akak aku , Mak serta kawan-kawan pernah berlakon untuk projek-projek pejabat. Merata jugak aku berjalan shoot untuk Video Korporat, Untuk Lima Langkawi, Majlis Sekolah, Majlis Menteri dan yang terakhir aku buat shoot untuk satu Pelancaran untuk Kementerian Pendidikan tahun 2005. Aku ingat lagi aku kena halau dengan Security kerana curi-curi masuk untuk shoot Starbuck. Pernah jugak aku kena pukul dengan Pondan kat Bukit Bintang kerana terambil video mereka sedang berurus niaga. Nasib Baik dia pukul aku dengan Beg tangan dia. Kalau dengan tangan atau kaki dia. Mau aku koma setahun. Pernah jugak aku kena follow dengan bounser Kelab Malam kerana curi-curi ambil gambar Kelab malam dia orang. Tapi itulah alkisahnya kalau buat kerja-kerja melibatkan Kamera di mana-mana. Semua orang risau. Lebih-lebih lagi kalau kita bekerja menggunakan tag kementerian. Takut la mereka-mereka itu kalau-kalau kita cuba mencari maklumat tentang aktiviti mereka tu. biasa la kan……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s