Mari berkursus

Minggu lepas, 2 hari sabtu dan ahad aku mengerjakan kursus Pra……di Segamat. Sudah tentu bersama buah hati aku Azura. Mula-mula nak berkursus tu rasa macam malu2 kucing. Rasa berdebar2 macam nak jumpa Tok kadi. (Tapi memang jumpa Tok Kadi pun masa kursus). Aku berulang alik dari Muar ke segamat selama 2 hari tu sejauh 75 km. Hari pertama masa nak mendaftar aku dah macam kucing tercabut ekor. Mana taknya aku keluar pukul 6.30 pagi, pukul 7.30 pagi aku masih di perjalanan yang berbaki 40 km. Setengah jam lagi nak mendaftar aku masih memandu di Jalan biasa yang tak berapa nak sibuk tapi di sebabkan oleh banyaknya Lori-lori bersaiz king kong kat jalan, menyebabkan aku macam kura-kura mengekori seekor ular yang panjang. Almaklumlah Jalan Muar-Segamat tu memang macam ular kena palu. Dengan selekoh tajam menikam, bak litar F1. Aku rasa kalu Schumacher test drive kat situ pun dia akan mencungap2. Bkn kerana selekoh tajam macam tu mengujakan untuk cornering tapi peluang nak memotong kereta depan tak sudah-sudah. Sepanjang jalan dari tangkak ke Segamat tu boleh di kira dengan jari kawasan di benarkan memotong. Selebihnya double line. Di pendekkan cerita aku sampai di tempat berkursus tepat-tepat pukul 8.00 pagi. Ingatkan keluar awal bolehlah lepak-lepak dengan Zura minum teh kat memana. Sudahnya sampai terus mendaftar. Nasib baik tak start lagi. Proses mendaftar aje.

Sepanjang kursus dua hari tu banyaklah jugak info yang aku dapat. Sebenarnya Info tu tak perlu dah sebab benda yang semua orang dah sedia tahu. Cuma manusia ni macam akulah adalah species pelupa. Benda-benda yang mudah pun boleh tak ingat. Bab-bab rukun dan syart sah sembahyang, ambil air sembahyang tu semuanya dah memang jadi ilmu yang sepatutnya kita boleh ingat. Tapi sekali penceramah soal semua lupa. Ada sesetengah peserta niat sembahyang jumaat pun boleh salah. Nasib baik aku ingat. Hee sebab bab-bab sembahyang ni semua orang wajib tahu. Tapi bab ambil air sembahyang pulak aku boleh terkantoi. Memang aku tau rukun wuduk tu sebenarnya ada 3 yang wajib. Masa sekolah agama dulu masa darjah satu lagi memang dah kena wajib tau. Iaitu Niat, Basuh muka, basuh kedua tangan sehingga siku dan Basuh kaki. Kalau yang lengkap paling koman macam ni:
1. Niat. Dilakukan ketika hendak membasuh muka.
2. Basuh Muka. Alirkan air dan ratakan keseluruh muka dari dahi hingga dagu dan dari telinga kanan ke telinga kiri sebanyak 3 kali.
3. Basuh kedua tangan dan siku. Alirkan dan ratakan air dari siku hingga ke jari jemari. Mulakan tangan dan selepas itu tangan kiri sebanyak 3 kali.
4. Sapu air dikepala. Sapu dan ratakan air dikepala sekurang-kurangnya 3 helai rambut.
5. Basuh kedua kaki. Alir dan ratakan air dari jari jemari kaki, tumit hingga ke buku lali kaki. Lakukan 3 kali dan dimulai dengan kaki kanan.
6. Tertib.

Tapi biasalah bila tiba-tiba tiada angin tiada ribut aku orang pertama yang di panggil ke depan. Ketika sedang leka mendengar si penceramah buat lawak aku di panggil ke hadapan. Seingat aku yang aku dengar dia trick aku…..dia tanya…niat, basuh muka dan tangan……sah tak sah…..aku ingat pada mulanya syarat apa..Aku pun kata sah….dengan tak comfiden….sebab aku tak tau tu soalan apa sebenarnya…..rupanya rukun wuduk…..terkena aku…..Tu la..kalu berangan banyak sangat…..Rupanya selepas aku tu ada dua orang lagi perempuan dan seorang lelaki yang di panggil pasal rukun wuduk tu pun salah…walaupun aku tengok muka
dua-dua tu alim-alim jugak. Soalan penceramah tu memang mengelirukan. Mungkin sebab terlalu leka dengar dia melawak semua hilang dari ingatan. Takkan la soal ambil air sembahyang pun kita boleh lupa. Sebab itu rutin seharian bila kita nak solat. Kita sebenarnya terkeliru dengan yang sunat dengan yang wajib. Sapu kepala, basuh telinga, cuci hidung tu semuanya sunat. Tapi kita nampak macam wajib. Walau apapun itu semuanya bagus, sebab kita selalu leka memikirkan perkara2 yang besar-besar. Walhal perkara2 yang remeh kita buat endah tak endah sahaja.

Sepanjang kursus dua hari tu biasalah Bab Munakahat yang paling best. Bab atas katil, dalam bilik tidur, mesra-mesra sesama suami isteri. Rasanya semua mata celik sesangat masa dengar penceramah berceloteh. Bagusnya penceramah tak lah boring. Rasanya ramai diantara mereka ni boleh masuk rancangan Raja Lawak sebab boleh buat audien pecah perut. Rata-rata tak membosankan. Walaupun ada dua orang yang aku rasa mereka sekadar mengisi slot aje. Namun aku dah lega sekarang sebab dah lepas satu ujian.

Hari ni aku ada kursus jugak. Tapi kursus kerja. Tapi mungkin membosankan sebab biasala kalau kursus2 di tempat kerja ni banyak pasal profesion, bagaimana nak memotivasi diri dan sebagainya. Aku bab memotivasikan diri yang malas ni. Menyampah pun ada. Sebab orang yang nak memotivasikan diri akupun aku rasa perlu di motivasikan dulu. bak seorang ketua la…yang rasa dirinya bagus…tapi semua orang tau kemampuan mereka di tahap mana. Tapi berkuasa mengalahkan Raja. Sepatutnya sesiapa yang nak jadi ketua ni dia harus mencerminkan dirinya dulu. Ni tidak dek kerana pengalaman kerja dan ada sedikit pengetahuan pengurusan terus jadi boss. Tapi bos-bos yang macam ni hanya memalukan diri mereka sendiri…..sebab orang bawahan tahu di mana tahap mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s