Bulan yang sibuk dan Kemangkatan Almarhum Sultan Johor

Hampir sebulan lebih aku tak menulis, semuanya kerana banyak job2 yang mendatang tanpa di duga. Langsung aku tak berpeluang untuk gebang2. Petang ni tetiba semua kerja seperti dah siap sepenuhnya. Hampir seharian aku berkejar ke Printer hantar artwork. Untuk tiga hari ni ada 4 buku yang perlu di settlekan.

2 Minggu lepas aku balik kampung. Sempat juga aku jumpa buah hati pengarang jantung Si Azura. Walaupun dapat jumpa sekejap tapi terubat juga hati yang rindu. Kalau tak susah hati jugak sebab dah lama tak jumpa. Tapi mana boleh jumpa sekejap2 aje. Ni tengah plan nak jumpa lama2 sikit. Esok aku kena balik kampung lagi. Ada kursus….dengan Azura di Segamat. Berdebar2 jugak sebab kursus ni adalah permulaan kepada satu langkah yang panjang. Langkah yang di nantikan oleh ramai orang.

2 Minggu lepas jugak adalah minggu berkabung kepada warga Johor. Kampung halaman aku. Kemangkatan Almarhum Duli Tuanku Sultan Iskandar ke rahmatullah. Pada hari jumaat dia pergi meninggalkan dunia fana yang pernah menjadi kota perajaannya yang sementara. Aku doakan moga-moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang-orang yang di redhai Allah s.w.t.

Tetapi aku sebagai anak Johor berasa terlalu tersinggung apabila negara di kejutkan dengan satu perbuatan biadap manusia bodoh yang tak pandai membawa diri di dunia ni. Menulis mungkin adalah kepandaiannya. Tapi menulis dengan meletakkan otak di bawah kaki adalah perbuatan hina yang jauh lebih bawah dari binatang. Binatang pun ada otak. Terlajak perahu boleh undur. Terlajak kereta boleh reverse tapi terlajak tulisan dan kata-kata penumbuk dan penampar boleh hinggap kat muka. Begitulah yang terjadi pada seorang manusia yang kononnya menulis untuk menyuarakan suara hati yang besar. Kononnya dia adalah manusia yang berjiwa besar untuk menjadi seorang ahli politik maya. Menjadikan blognya untuk menghentam manusia lain kononnya dia lebih bagus dari orang lain. Tapi dek kerana kecetekan ilmu dan hanya menggunakan perasaannya yang terlalu perasan akhirnya membawa dia ke pintu penjara. Kalau aku jadi keluarga Almarhum pun aku akan marah. Perkataan “mampus” yang di tujukan terlalu jahat bagi aku. Dia seharusnya di rejam ke dalam lubang bangkai dan di sumbatkan mulutnya dengan sisa2 kumbahan yang busuk. Tuhan jadikan manusia dengan akal dan kecerdikan tapi dia menyalah gunakan dengan menempatkan dirinya sebaris dengan orang-orang yang tak tau nak gunakan akal. Biarlah dia menjalani kehidupan selepas ini dengan balasan setimpal dengan kebodohannya.

Setiap orang melakukan kesalahan dan kesilapan. Tapi itu semua ketika di dunia. Apabila nyawanya di hentikan dan rohnya di cabut maka terputuslah sudah segala hubungannya di dunia. Maka kita tak perlulah nak jadi bijak pandai nak menghakimi dan mengadilinya. Allah maha berkuasa lebih bijak dan adil pertimbangannya. Biarlah ‘Dia’ yang menentukannya. Janganlah kita pandai-pandai jadi hakim pula. Kita sendiri tak tahu apa perbuatan dan amalan kita selepas ini. Jangan biarkan emosi yang mendahului akal. sebagai manusia kita perlu fikirkan diri kita terlebih dahulu. Bukan diri orang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s