Kisah Pak Guard lagi

Entah kenapa aku tak boleh berlembut dengan orang yang bernama Pak Guard… Kalau ikutkan history aku pun pernah bergelar Pak Guard. Kira2 23 tahun lepas aku rasa masa umur aku 18-19 tahun. Aku pernah jadi Pak Guard selama lebih kurang seminggu. Itupun aku jadi Pak Guard semata2 nak melarikan diri dari kilang Antena Tv yang telah menyusahkan aku. Sebenarnya aku ada cerita di Kilang tu. Nanti aku akan ceritakan semua kisah2 lama aku yang tak best tu. Berbalik pada Pak Guard ni tadi, entahlah mungkin aku rasa Pak Guard ni kalau tak di pantau secara betul mereka boleh jadi masyarakat yang menyusahkan. Namun mungkin tidak semua Pak Guard yang bermasalah. Ada yang bagus2. Terutama yang bekerja memang untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Nak dijadikan cerita sebenarnya minggu lepas aku sekali lagi berhadapan dengan situasi perang dengan Pak Guard. Di UPM ni kalau sesiapa yang pernah masuk dan menjadi ahli warganya pasti tahu ada banyak pintu masuk. Rasanya antara pusat pengajian tinggi tempatan yang boleh berbangga kerana banyaknya pintu masuk. Tapi malangnya hanya ada beberapa pintu masuk yang boleh di gunakan. Selebihnya mungkin di wujudkan untuk saje-saje tanpa sebab kukuh. Kebetulan pada satu malam tu aku balik lewat sikit dari pejabat. Lebih kurang dalam pukul 9 malam. Ketika aku melalui simpang menuju ke pintu besar UPM aku nampak pintu berhadapan dengan satu lagi pintu ke Kolej-kolej kediaman terbuka. Aku sengaja cari peluang nak keluar melalui pintu tu sebab lebih dekat dengan jalan nak menghala ke Mardi. Ketika aku mengekori sebuah bas yang lalu di jalan tu aku tiba-tiba di tahan oleh seorang Pak Guard. Rasanya seorang lelaki yang hanya menunggu masa nak pencen. Melihat pada susuk tubuhnya yang dah di makan usia. Aku pun membuka cermin tingkap. Sebelum akumsempat bersuara si Pak Guard tu dah salam aku dengan mengatakan jalan tu hanya untuk bas sahaja. Bukan untuk kenderaan lain. Aku lihat melalui cermin belakang hanya aku sahaja di jalan tu. Tiada kenderaan lain. Aku bagitau Pak Guard tu aku nak keluar sahaja dan minta kebenaran untuk keluar ikut pintu tu. Namun mungkin Pak cik Guard tu ada simpan kuku singa kut. Dia begitu buas menekankan tentang undang-undang yang hanya membenarkan Bas sahaja melalui jalan itu. Beberapa kalai aku di beritahu dengan nada suara yang begitu tegas.  Langsung tak bersimpati dengan aku. Dahlah waktu tu hujan dia begitu berkeras untuk suruh aku ikut undang-undang. Dengan lain perkataan suruh aku reverse kereta aku la tu. Aku ni pantang orang berkeras. Tapi dalam nada yang lembut tapi keras aku tanya berkali2 pada Pak Guard tu apa masalahnya kalau aku lalu jalan tu. Adakah ada masalah kesesakan ke atau masalah perlanggaran undang-undang yang boleh menyebabkan pembunuhan, kemalangan atau perkara-perkara yang boleh menyebabkan huru hara. Aku sebenarnya seorang yang begitu menghormati undang-undang. Sepanjang aku memandu kereta dan semenjak aku ada lesen hanya beberapa kali aku kena saman. Itupun saman had laju di kawasan highway pada kelajuan 100km sejam.  Kalau ikutkan kelajuan aku masih lagi mengikut undang2 tak melebihi had laju 110km. Bayangkan aku di saman di highway di kawasan 80km. Kadang-kadang akum pelik jugak. Kawasan 80km tu tiba-tiba di wujudkan ketika semua kereta sedang berada di kelajuan 110km.

Ok la semua tu cerita lama. Sambung balik Cerita yang berlaku semalam tu. Selepas tidak berpuas hati dengan aku yang tidak mahu mengalah, Pak Guard tadi menyuruh aku buat report ke pihak atasan kerana dia hanya menjalankan tugas. bagi aku memang la dia menjalankan tugas. Tapi tuhan jadikan manusia ni dengan akal dan fikiran. Kalau di rasakan aku melakukan satu kesalahan yang besar yang mungkin boleh membawa kemudaratan kepada UPM atau orang sekeliling mungkin aku boleh terima. Tapi dek kerana aku melalui satu jalan yang bukannya menentang arus tapi jalan keluar yang betul apalah salahnya kalau dia melepaskan aku. Tak perlulah nak bertekak dengan aku. Sebab aku bukannya melanggar peraturan Universiti. Aku nak balik. Waktu tu dah malam. Tiada kesesakan jalanraya. Kalau aku berpatah balik pun memang akan menyebabkan aku jalan menyongsang arus. Lagipun sebagai seorang staf aku menghormati terma dan syarat perkhidmatan. Lagipun aku buat kerja lebih masa untuk kebaikan UPM jugak. Sebab aku melaksanakan amanah yang perlukan aku buat kerja. Walaupun aku tak boleh claim. Tapi Pak Guard tadi seperti buat-buat tak faham. Aku pun nak jugak sedikit keistimewaan selepas membantu pihak Universiti. Tapi apa yang aku rasakan aku  tiada keistimewaan seperti aku orang asing pulak. Ketika aku berkira nak bergerak terus, Si Pak Guarsd sudah semakin naik hantu. Dia mula menjerit-jerit dan memaki-maki aku dengan perkataan “Bodoh” berkali-kali. Aku tengok dia sudah mula menyinsing lengan. Tangannya sudah di kepal-kepal. Tidak henti-henti mulutnya menyuruh aku turun dari kereta. mangajak aku sparring tepi jalan tu. Semata-mata untuk menunjukkan kejantanan aku. Mungkin dari satu sudut dia adalah seorang pengawal keselamatan. Mungkin bertenaga. Tapi jangan salah jolok. Sarang tebuan bukan sarang burung. Silap jolok kang dia yang naya. Tapi aku buat dek aje, Aku bagaitau dia sebagai seorang petugas keselamatan dia seharusnya kontrol kemarahan dia. Bukan menunjukkan kesamsengannya. Aku menunjukkan  bahasa isyarat yang dia tidak siuman.  Sambil aku ketawa perli melihat kebodohan dia. Sudahlah jeritan dia menyebabkan beberapa buah motor yang tiba-tiba lalu berhenti. Aku pulak rasa malu. Terus aku tutup tingkap dan bergerak sambil si Pak Guard terus dengan caci maki mengajak aku bergusti di tepi jalan tu. Sedih aku melihatnya seorang petugas keselamatan bangsa aku juga yang tidak dapat mengawal kemarahannya semata-mata nak tunjukkan egonya. Bagi aku walaupun aku rasa bersalah sebab menyebabkan dia berkeadaan begitu tapi ini mengesahkan pada aku Pihak Keselamatan Universiti di UPM memang bermasalah. Apatah lagi member ofis aku bagitau aku keluar berita di surat khabar dengan tajuk yang besar tentang cerita keselamatan UPM menutup pintu masuk tanpa sebab. Menyebabkan kesukaran dan kesusahan kepada pihak yang ingin berurusan dengan UPM.

Aku berharap sesuatu dapat di lakukan kepada Bahagian keselamatan UPM supaya hal-hal seperti ini tidak berulang. Ia boleh merosakkan nama baik pihak Universiti. Malahan membawa kepada perspektif negatif kepada semua orang. Banyak lagi hal-hal tentang Pak Guard UPM ni yang aku nak cerita. Tapi malas la pulak aku nak menulisnya. Waktu sekarang pun dah maghrib. Aku nak solat dulu lepas tu aku nak balik rumah…… Kejap lagi aku nak tengok rupa Pak Guard yang tahan aku malam tadi tu….adakah dia sudah bertukar menjadi raksasa….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s