Anugerah Juara Lagu dan Penyanyinya

Malam tadi sekembalinya aku dari rumah kakak di Cheras aku tengok kat Astro ada Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu. Memang rasanya tahun lepas aku tak tengok pun Muzik2. Malahan aku rasa sebelum Final malam tadi mesti ada semi final. Aku langsung tak mengikuti perkembangan muzik di Malaysia ni. Malahan aku hanya memutarkan lagu2 lama melayu era Rock kapak dan lagu omputih sahaja. Entah kenapa aku rasa janggal sekarang nak dengar lagu2 melayu. Tapi malam tadi aku cuba2 jugak tengok persembahan live dari TV3 tu. Mulanya persembahan tu agak biasa2 sahaja almaklumlah bila kita dah tak berapa suka tu buat macamana pun mesti tak best. Namun aku rasa dari segi persembahan seperti biasa la mesti ada orang ramai-ramai. Ada orkestra semua. Ada itu ini nak bagi kelainan. Memang ada pujianlah kepada kesungguhan mereka. Aku tidak menafikan ada peningkatan dari segi vokal peserta2 yang masuk bertanding. Mungkin sebab uyang naik ke pentas tu kebnanyakkannya adalah peserta Realiti Tv yang biasa beraksi di khalayak ramai.

Apabila melihat prestasi malam tadi aku bukanlah nak puji melambung sangat sebab Industri Muzik di Malaysia ni aku rasa suam-suam kuku je. Tak ke mana selagi tak ada perubahan dan sokongan untuk membawanya secara global. Namun aku nak memuji juga kekuatan Vokal peserta-peserta. Tapi ada jugak yang pancit. Ada juga yang pitching lari dan off tempo. Namun memang ada sedekit meomentum la. Apalagi sesetengah peserta malam tadi macam Yuna dan beberapa band adalah dari band2 Indie dan Underground. Percubaan mereka untuk masuk Mainstream Music boleh lah membantu sedikit sebanyak industri Muzik malaysia yang belum layak dipanggil Industri ni. Tapi bagusnya mereka membantu meningkatkan rating kualiti lagu-lagu.

Namun seperti biasa la aku tak kan mengakui Muzik Malaysia ni bagus sebab terlalu banyak kelemahan dan kekurangannya. Aku rasa mereka yang berada di persekitaran padang Muzik ni harus berkerja lebih keras lagi. Sudah tahun 2010 namun aras muzik kita masih di takuk lama. Paling aku menyampah apabila penyanyi mula busy untuk berlakon la pulak. Minggu lepas aku ada tertonton drama ‘Kau dan Aku” menampilkan 3 artis realiti AF. Memang aku tau sesiapa yang tengok kalau tak rasa seram-seram sejuk, nak termuntah maknanya orang itu bukan dari kalangan keluarga seni. Orang seni takkan mau tengok drama memalukan macam ni. Cerita untuk budak-budak sekolah. SAku rasa budak-budak sekolah pun dah ada yang tengok Movie Berat2 pecah kepala nak fikir. Bukan cerita Kau dan Aku yang merepek-repek……Hai letihnya artis-artis murahan ni….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s