Menjaga Keselamatan lebih penting dari berbaris

Aku mulakan hari ini dengan ucapan Selamat Menjalankan tugas kepada Semua Pegawai dan Pengawal keselamatan UPM. Sebenarnya ucapan tu memang tak ikhlas pun dari aku. Tapi aku kena la mendoakan yang terbaik untuk mereka. Sebab mereka adalah orang yang menjaga keselamatan. Tak kira macamana pun. Tapi hari ini aku berhadapan dengan satu lagi perasaan yang lebih di katakan geram terhadap mereka. Tiap-tiap hari aku terpaksa melanggar undang-undang untuk masuk ke kawasan UPM. Sebab bagi aku tiada sebab untuk aku mengikuti arahan yang aku rasakan tidak sesuai langsung untuk di patuhi. Pintu Lima merupakan pintu masuk yang paling dekat dengan laluan aku dari arah Mardi. Ia juga merupakan laluan masuk yang paling mudah untuk semua kenderaan yang datang dari arah Putrajaya dan mana-mana kawasan yang berkaitan seperti Bangi, Kajang untuk mengelakkan kesesakakn di Pintu Satu. Tapi laluan itu yang sepatutnya memudahkan kenderaan terutamanya Staf telah menjadi laluan keluar sahaja. Aku tidak pasti apakah alasan pihak Keselamatan untuk menutup masuk pintu Lima itu. Mungkin mereka beranggapan laluan itu akan menyebabkan kesesakan laluan untuk kereta dari UPM keluar. Tapi kalau mengikut tinjauan aku. Kereta masuk lebih banyak dari kereta keluar. Terutamanya waktu pagi adalah laluan orang pergi bekerja. Kalau laluan itu ditutup waktu petang untuk membolehkan kereta keluar sahaja aku boleh terima. Tapi aku rasa alasan yang paling logik bagi maksud mereka menutup laluan itu adalah kerana mereka pemalas. Minta maaf kalau aku katakan mereka pemalas. Bayangkan kalau mereka menggunakan otak yang bagus dan tahu macamana nak arrangekan tugas tiada alasan untuk mereka menutup laluan itu. Setiap pagi kalau aku lalu di hadapan pejabat keselamatan itu aku akan nampak mereka pegawai dan pengawal keselamatan ni akan berbaris, berkumpul dan bersembang-sembang sesama mereka. Bukannya nak jaga pintu masuk. Atau lebih tepat lagi nak melancarkan perjalanan keluar masuk kenderaan. Mereka akan tunggu sampai kereta dah banyak barulah mereka ni keluar bertugas. Itupun kadang-kadang aku tengok mereka yang menjalankan tugas mengawal lalulintas ni perlu di beri latihan yang lebih intensif kerana aku kadang-kadang confius dengan gerak tangan mereka ketika menyuruh kenderaan bergerak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s