Management Paling Stupid pernah aku temui

Hari ini aku akan mulakan dengan berbicara mengenai bisness. Bisness Touch n Go. Mungkin ada sesetengah yang sudah mendengar tentang MyRewards iaitu satu plan bisnes Tounch n Go yang baru sahaja di lancarkan lebih kurang sebulan yang lalu. Aku mengambil kesempatan untuk ikut join plan bisnes yang boleh di katakan mempunyai masa depan yag cerah. Selain dari pelbagai keistimewaan dari segi income, plan ini juga menitik beratkan hal-hal kebajikan. Setiap keahlian dengan bayaran permulaan RM180.00 ahli akan memperolehi Kad Touch n Go sebanyak RM40.00. Di lindungi premium Peribadi sebanyak RM10,000. Plan Khairat Kematian, Breakdown Assistance 365 hari, Hotel Voucher RM300.00, Flight Voucher RM150.00, Lubricant Voucher RM120.00 dan beberapa insentif plan yang lain.

Aku bukanlah nak mengatakan bila masuk plan ni sahaja, kita boleh kaya raya tapi kalau sesiapa yang rajin berusaha dan pandai mengambil peluang tak  mustahil ia menjadi kenyataan. Paling penting otak mesti ligat cari pelanggan dan kalau nak lebih mudah cari pelanggan dari kalangan penganggur. Suruh mereka ni bekerja keras sikit. Gerakkan plan dengan mengembangkan sayap. Apabila downline dah bergerak bolehlah kita pantau. Kalau ikut plan setiap minggu sekurang-kurangnya kalau malas nak cari client pun ada la masuk paling koman pun RM40 seminggu. Kalau sebulan dapat jugak RM160. Siapa nak bagi.

Berbalik kepada bisness bodoh-bodoh ayam ni aku nak cerita bab bisnes yang lain pulak. Bukan bisness aku tapi bisness orang lain. Ada kena mengena dengan Management di Apartment Kondo tempat aku duduk. Beberapa minggu sebelum tahun baru Management yang mengendalikan urusan Parking dan Keselamatan di Kondo aku tu telah memberi notis pelekat baru. Menurut kenyataan yang dipaparkan di dinding, setiap penghuni perlu menjelaskan semua bil2 tertunggak untuk mendapatkan pelekat dan kad masuk ke kawasan Kondo. Aku pun berderet la selama lebih kurang setengah jam menanti giliran pada hari ahad minggu lepas untuk mendapatkan stiker dan membuat bayaran. Bukannya sikit anak bayaran parking tu. Untuk 3 bulan aku kena bayar RM140.00. Aku tak kisahlah walaupun hati aku berbuku . Yang penting aku nak parking senang dan ada pulak sekurity yang jaga kereta aku. Sampai giliran mulalah si kerani bertanya aku dari mana dan sebelum ni buat bayaran sewa rumah di mana. Aku pun beritahulah nama company developer yang aku selalu bayar tu. Dengan muka masam-masam kundur peram si kerani perempuan tu pun senyum la kat aku dengan mengatakan aku tak boleh mendapatkan stiker dan kereta aku kena letak kat luar kawasan Kondo. Terperanjat beruk mak yeh aku. Dengan penjelasan yang agak simple dia memberi alasan aku selama ni telah membayar melalui saluran yang tidak sah. Mereka mengatakan Company developer tu berhutang dengan mereka sebanyak hampir RM600,000 untuk bayaran maintainance dan sebagainya. Seingat aku tak ada pun sebarang kenyataan atau apa sahaja maklumat yang mengatakan selama ini aku kena bayar kat Management Parking tu untuk bayaran sewa rumah. Aku pun tak di maklumkan langsung tentang hal-hal hutang pi utang ni. Tiba-tiba aku pulak yang menerima kesannya. Aku bertanya lagi macamana hal ni boleh berlaku. Si kerani tu menyuruh aku berjumpa dengan penyelia. Si Penyelia pulak mula tu begitu baik sekali dengan aku. Masa mula-mula aku masuk tadi beria-ia benar dia meminjamkan aku pen, mempelawa aku ke bilik sebelah yang kosong untuk aku mengisi form. Tetapi bila aku mula bertanya tentang hal yang di beritahu si kerani tadi muka Penyelia dah jadi macam harimau kurang tido. Ada ciri-ciri nak mengaum la.Tapi mungkin di sebabkan aku punya ngauman lebih kuat maka dia mula mengkucingkan dirinya. Biasa la aku kalau tak puas hati boleh meletup di buatnya. Si Penyelia mulalah menegakkan benangnya yang basah. Memberitahu tentang hutang Developer yang menimbun tak settle. Urusan mahkamah la. Saman menyaman la. Itu ini semata-mata nak meletakkan aku seperti orang yang patut di salahkan. Tapi sesuatu yang mereka tidak sedar adalah apa kena mengena aku dengan semua masalah ni. Aku datang nak bayar duit parking. Nak beri mereka duit. Bukannya aku nak menyusahkan mereka. Aku nak menambahkan pendapatan mereka. Setelah berbalah sikit tu aku pun terus pergi ke kereta untuk “Breakfast”. Setiap langkah aku ke kereta tu lebih sejuta makian dan cacian telah ku lemparkan ke pada mereka. Walaupun cuma dalam hati. Bayangkan berapa ramai lagi yang menghamburkan ayat-ayat doa yang tak begitu bagus pada management yang bodoh tu. Aku harap benar kalau salah satu doa dari manusia yang teraniaya dengan aku ni akan termakbul dan menjahanamkan syarikat stupid ni.

Dalam kereta aku terfikir-fikir tentang manusia yang memilikki akal pendek. Menggunakan kuasa untuk menjahanamkan diri mereka sendiri sebenarnya. Bayangkan aku tinggal di sebuah bangunan yang mana bangunan itu berada di atas 2 penjaga yang berasingan. Maksud aku Bangunan milik orang lain dan tapaknya milik orang lain pula. Aku hanya boleh berada di tingkat 13 sedangkan level ground floor tu aku adalah penghuni yang tidak sah. Aku seperti pendatang haram apabila berada di parking di bawah bangunan. Keluar lif berjalan di bawah bangunan itu aku adalah tetamu bukan penghuni. Ini adalah penganiyaan taraf amatur yang di lakukan oleh manusia yang tidak berfikir panjang. Kalau aku jadi tauke parking. Baik aku keluarkan tiket kepada semua orang. Bukannya mereka parking free. Berbayar lagi. Tapi yang menghairankan aku dek kerana masing2 nak menegakkan benang masing2 biar mereka bankrap asalkan dendam terbalas. Tapi sebenarnya mereka merisikokan diri masing-masing. Kalau ada aduan ke pihak berkuasa memandangkan mereka sebenarnya telah melanggar undang-undang privasi. Menggunakan tindakan undang-undang mereka sendiri. Silap-silap haribulan bisnes mereka sendiri lingkup. Jangan bermain dengan api. Apatah lagi melibatkan orang-orang awam. Kerajaan kena dengar suara rakyat berbanding suara syarikat. Sebab kalaupun syarikat merasuah mereka berjuata ringgit sekalipun tapi kalau rakyat tak undi dalam pilihanraya mereka jugak yang rugi. Nak rasuah rakyat. Boleh. Tapi kena ingat mata pena rakyat lebih berbisa. Dek kerana duit sejuta merana sepanjang masa.

Sekarang ni bila aku baalik rumah. Hati tak tenteram. Aku ada tempoh sampai 15 hb Januari sebelum aku kena parking kereta aku kat luar. Perjalanan dari parking luar ke bangunan rumah aku lebih kurang hampir setengah km. Bayangkan aku nak pergi kerja pagi-pagi. Kena pulak waktu hujan. Memang naya aku. Yang bodohnya syarikat Parking dan keselamatan. Sekarang ni aku rasa 70% parking kosong. Berbanding sebelum ini. Nampaknya lebih ramai yang protes dalam diam. Akibatnya syarikat yang rugi. Aku lihat tiap-tiap hari ada sahaja orang yang pindah keluar. Untuk makluman sesiapa yang nak pindah atau cari rumah atau nak beli rumah jangan beli Rumah di Desaminium Rimba di Seri Kembangan. Kelak siapa yang beli pasti akan berhadapan dengan management bodoh ni. Silap2 haribulan tuan-tuan beli rumah tapi macam setinggan. Carilah kawasan lain. Aku pun berkira nak pindah juga ni….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s