Minggu tahun baru

Diam-diam ubi rupanya waktu telah menjarakkan dirinya lagi. Hari ini sudah masuk hari ke lima tahun 2010. Begitu cepat masa berlalu. Begitu pantas sekali Millenium yang dulunya di takuti dengan Y2K melangkaui sedekad usianya. Aku masih ingat sepuluh tahun dulu kereta aku sangkut berjam-jam lamanya di jalan Ampang di sekitar KLCC malam menyambut tahun baru. Aku bersama ribuan dan lautan manusia menunggu detik 12 malam untuk meraikan tahun baru yang begitu di nantikan dengan debaran. Ada yang menjangkakan berlaku pelbagai bencana kerana komputer yang merupakan alat teknologi canggih di takuti gagal mentafsir angka 2000 yang di katakan bermula dengan digit 00. Di takuti semua komputer yang di guna pakai oleh pelbagai alatan termasuk kapalterbang akan gagal berfungsi dengan baik menjelang angka keramat tersebut.

Tapi itu semua igauan yang sengaja di reka oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menakutkan dunia. Sebab mereka ada agenda terancang untuk melariskan pelbagai program ciptaan terbaru yang kononnya di reka untuk abad baru milennium. Namun sehingga ke hari ini selepas 10 tahun segalanya berjalan lancar. Tiada apa yang berlaku. Cuma masyarakat dunia semakin gila dengan ancaman pengganas yang sehingga ke hari ini tiada sesiapa yang dapat memberitahu adakah Al-Qaeda itu adalah Ben Laden atau al-Qaeda itu adalah Uncle Sam atau Al-Qaeda itu mainan Yahudi Totok yang memang terkenal dengan otak geliga menipu dunia. Semakin banyak Gadget canggih mainan muzik, hand phone dan TV super High Definition yang boleh di pancarkan secara 3D. Dari IPhone, Sony Ericsson, Nokia dan sekarang LG dan Samsung berlumba-lumba memperkenalkan satu demi satu produk Touch Screen yang dulunya terkenal dengan PDA. Sekarang di mana-mana orang sudah pandai berinteraksi secara online menerusi internet di Mobile Phone.

Minggu pertama tahun baru ini juga merupakan antara minggu yang membosankan. Terutama waktu pagi. Bayangkan aku keluar dari rumah pukul 6.45 pagi deretan kereta sudah memanjang di trafik light. Jarak rumah aku ke jalan besar lebih kurang 5 km. Biasanya aku akan mengambil masa lebih kurang 3 minit kalau memandu secara biasa 80km/j. Tapi dua hari minggu pertama hari ini dan semalam aku mengambil masa hampir 6 minit.Inilah penangan tahun 2010. Tiba-tiba sahaja jumlah kenderaan meningkat berkali ganda. Seolah-olah kereta boleh di beli di pasar borong dengan harga borong. Almaklumlah rumah aku pun berhampiran dengan pasar borong jugak…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s