Susahnya mempercayai manusia

Tengahari semalam sekembalinya aku dari menghantar artwork ke Printer aku di maklumkan oleh rakan setugas mengenai satu “talk” oleh seorang nama besar dalam photography. Walaupun aku bukanlah peminat dia malahan aku hanya mengetahui nama nya melalui Blog sahaja. Mungkin kerana jemputan lebih kepada makanan tengahari yang di sediakan aku pun bersetuju untuk ke majlis tersebut bersama dua lagi rakan. Setibanya di sana talk tu dah tamat. Atendance sedang mengikuti demo di luar. Aku dan dua rakan  tadi menanti seorang lagi rakan yang menjemput kami.

Beberapa ketika sedang aku dan ke semua menunggu kelihatan si penceramah kembali bersama dengan peserta. Aku di jemput naik ke tingkat atas. Aku ingatkan mungkin sesi ceramah akan di teruskan rupanya sesi makan sahaja. Dengan malu-malu kucing siam, aku dan rakan-rakan tadi pun mengambil tempat. Kebetulan aku duduk semeja dengan penceramah tersebut. Bermulalah sesi bual santai sambil makan-makan bersama penceramah tadi.

Mungkin aku ni mempunyai sifat makrifat yang tinggi.( Sebenarnya tak pun) Dari dulu lagi aku kalau melihat seseorang aku boleh membaca karektornya walaupun aku tau itu hanya mainan perasaan aku aje. Konon2 ada six sense la.  Takrifan aku pada dia seolah-olah menyatakan ada sesuatu yang tak kena. Tapi memang sepanjang aku makan tu, aku hanya mendengar dan sesekali menyampuk perbualan. Walaupun aku tau tak ada pun yang respon sesangat pada aku. Almaklumlah tetamu jemputan penceramah tu bukan calang-calang orang. Ada nama la. Aku pulak pegawai cabuk siapa nak peduli. Makanya aku hanya melihat dan mendengar dia bercakap dan menerangkan tentang dunia photography. Walaupun semuanya memang aku dah masak sangat kebetulan aku pun pernah terlibat dalam industri ni. Tapi aku malas lah nak masuk campur sebab yang bercakap tu lebih besar dari aku. Cuma sepanjang masa tu aku hanya menilai si nama besar tu melalui percakapan dan gaya bahasa badannya. Memang kalau seseorang yang tidak faham makna “INTUITION”  dan tiada sikit pun emphatic abality memang dia tak akan rasa apa-apa. Tapi sesetengah yang mungkin lebih baik dari aku dan mempunyai extra sense abality pastinya akan tau karektornya.

Sesi makan tu tamat  kurang lebih setengah jam. Perut aku pun dah kenyang . Aku pun bergerak la pulang. Dua orang rakan aku tadi rasanya seronok berpeluang makan dan berjumpa si penceramah tadi. Salah seorang rakan aku tu pun adalah photographer ofis so dapatlah dia bertukar idea dengan si penceramah tadi. Bagi aku biasa-biasa aje la jumpa orang terkenal walaupun aku rasa dia biasa-biasa aje. Biasa-biasa gitu. Dulu aku terlibat dalam industri hiburan dan di kelilingi oleh artis dan orang terkenal. Aku pun banyak terlibat dengan function VIP. Pernah la jugak bersama PM, Sultan-sultan, Dato-dato, Tan Sri, Puan Sri dan Pak Menteri. Biasa la bila banyak terlibat dengan kerja Kementerian dan GLC. Seingat aku masa aku lebih 10 tahun kat luar sebelum masuk jadi GOV ni memang aku selalu jadi orang penting. Sekarang aku kat tempat baru ni kerja dengan GOV aku jadi orang biasa-biasa aje. Tu kelebihan kerja dengan swasta. Kita akan jadi orang penting tanpa ada hirarki. Yang penting job done dan company success. Kadang-kadang boss pun ajak sekali pergi meeting dengan very-very VIP. Ni yang aku nak berlagak sesangat ni. Padahal aku terlibat pun sebab tugas. Hehehe bukan orang penting pun. Cuma bila berpeluang tu rasa berbunga la dapat bersama2 dengan mereka. Biasa la aku ni kan perasan.

Balik ke rumah malam tadi aku bersembang pulak dengan budak rumah. Kebetulan pulak dia terlibat jugak dengan kerja-kerja Foto. Bila aku tanya pasal si penceramah tadi maka dia pun dengan suka citanya menyatakan kenal. Kerana adik penceramah tu adalah kawan baik dia. Maka di sebabkan itu terjadilah majlis post mortem akan si penceramah tadi. Berbuih la jugak aku bertanya dan budak rumah aku tu bercerita tentang si penceramah tadi. Seperti yang aku kata tadi aku mempunyai pandangan yang kurang elok pada si penceramah tu. Apabila rakan serumah aku tu bercerita memang bertepatan sekalilah imaginasi aku. Maka yang tersirat dan tersurat pun terbukalah simpulnya. Terbukalah aib dan nesta. Yang permata bukan intan malah kaca. Yang emas hanyalah kuprum dan tembaga yang berkilat di sebabkan palitan autosol semata-mata. Apa yang aku cuba buktikan pada pandangan mata rupanya telah terjojol dengan rakusnya di sebalik rona dan titip kata di bibir mesra. Malahan sebenarnya manusia boleh bertopeng dengan penuh wangian dan seri di muka tapi kendatilah akan tercerna kebusukan tanpa di pinta. Oleh itu kita kadang-kadang berada dalam dunia pembohongan semata. Yang putih itu hanya di kulit yang hitam di dalam terselindung jua.

Banyaklah cerita yang tidak elok yang ku dengar dari mulut rakan aku itu tentang si penceramah. Malahan dia bercerita penuh bersemangat. Pasal pertelingkahan syarikat, saman menyaman, kaut keuntungan dari titik peluh orang lain, menipu di blog dan banyak lagi la. Aku macam tak percaya bila budak rumah aku tu bercerita pasal dia…nampak buruk sangat ke dia tu. Tapi  pokok pangkal kalau angin tiada tak kan pokok bergoyang. Malahan budak rumah aku tu pun tak kan dia nak menipu semata-mata nak dapat gred A. Ni bukan periksa amali. Tapi tuhan akan periksa kat sana. Aku tengok budak rumah aku tu pun bukan la jenis kaki tipu. Cara dia bercerita tu agak menyakinkan la. Aku cuma membuat firasat aje tapi dia cerita dengan detail. Malahan ada cerita kurang elok tentang “charity” yang agak kabur tentang penceramah tadi….Suka membuat charity tapi ada ???nya.

Aku harap andai kata ada sesiapa yang tahu cerita aku ni boleh menangkap maksud tersirat aku tolonglah bisik-bisik kat telinga penceramah tadi tu bahawa dunia kita ni tak luas. Kecik aje. Pusing-pusing kita akan jumpa. Maka ada sisi gelap kita nanti akan jadi terang bila sampai masanya. Aku bukanlah baik sangat. Rasanya banyak jugak sisi gelap aku. Tapi aku sedang berusaha untuk memadamkan sisi gelap tu supaya aku jadi jernih. Marilah kita sama-sama mandi  wajib supaya dapat buang kekotoran yang melekat dalam jiwa kita ni. Mandi kan dengan bunga-bunga keinsafan. Jangan ingat mandi wajib sebab buat benda tu aje….Teutama pagi Jumaat. Sebab malam semalam tu malam Jumaat. Malamnya dah bermandi peluh paginya kena la shampoo badan….seronoknya…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s