Target Aku….

Tengah hari tadi aku tak keluar rehat. Aku makan di Pantri ofis. Makan sorang-sorang. Sebelum tu pukul 10 aku dah keluar. Temankan si Ariff pemuda harapan Ofis aku minum pagi. Terlanjur tu aku beli Nasi tapau. Entah kenapa semenjak dua menjak  ni aku rasa malas pulak nak keluar tengahari. Mungkin keadaan cuaca yang tak menentu. Panas yang membahang seperti boleh menghitamkan kulit ku yang cerah-cerah ala mexico ni. Bukannya senang aku nak maintain kulit aku yang begitu sensitif ni. Kalau tak di jaga kang boleh jadi aku ni di buang keluarga. Mana taknya. kalau aku berjemur lebih dari setengah jam kat panas terik matahari tu boleh hilang aku dari pandangan. Silap-silap kalau aku balik kampung emak aku pun tak ngaku aku ni anak dia. Mesti dia kata anak Pak Tam mana la ni agaknya….

Selepas aku menjamu selera ala-ala Raja kat Pantri aku pun pergi la ke bilik mesyuarat. Bilik tu boleh di katakan tempat kakitangan ofis ni yang ada masalah menghilangkan stress. Mungkin di situ sahajalah tempat untuk aku dan rakan-rakan pejabat  lelaki menunjukkan skil. Bukan skil kerja tapi skil bersukan. Walaupun sukan yang kita orang ceburi ni tidak memerlukan kehadiran peluh yang banyak tapi cukuplah peluh-peluh kat ketiak. Mungkin kesejukan aircond tidak mampu untuk membendung masalah pengeluaran air yang berbau masam tu.

Tapi hari ini aku agak teruja sesangat bukan kerana ketiak aku tak berpeluh tapi sebab aku berjaya target 180 mata untuk sukan kesayangan aku yang baru berputik setahun jagung ni. Sukan DART. Bukan senang nak dapat straigt 60 mata untuk 3 batang dart kat ruang 20 tu. Tapi mungkin hari ni aku pakai petua orang-orang bijak pandai bermain. iaitu Fokus…….dari perkataan maghribi Fokoso Fakura yang bermaksud tumpuan sepenuh perhatian.  Di sebabkan aku terlalu fokus maka dart aku tu berjaya membenamkan dirinya ke dalam score line 20 tu. Kalau tak kerana kefokusan aku tu barangkali aku terpaksa menanti tahun  depan baru dapat.

Inilah yang orang kata kalau kita fokus dalam apa sahaja yang kita lakukan tiada apa yang mustahil. Mungkin kalau aku fokus dalam sukan ni tak sampai setahun aku mungkin boleh tersengih2 kat ESPN chanel 812 masuk World Dart Competition. Mungkin aku boleh berangan final dengan Tony O’shea yang haram aku tak kenal pun.

Di sebabkan aku berjaya dapat 180 point tu aku rasa dalam kehidupan ni kita jangan sesekali putus asa. Buat sesuatu tu dengan yakin dan penuh semangat juang. Kalau tak ada semangat dan kekuatan tu jangan haraplah kita akan berjaya dalam apa jua bidang. Tak kisah lah bahu yang bidang ataupun bidang apa. Yang penting Fokus dengan target yang kita nak capai. Tapi biarlah target yang kita nak capai tu sesuatu yang berdasarkan hukum hakam bukan ikut sedap hati. Kalaupun nak berjaya biarlah dengan keredhaan dan cara yang bersih. Jangan sesekali target sesuatu yang boleh merosakkan jiwa, akal dan kehidupan kita.  Target lah sesuatu yang boleh di capai dengan akal perbuatan yang waras. Bukan berdasarkan nafsu dan kepala lutut…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s