Pentingnya kegembiraan dalam hidup

Malam tadi aku tidur awal. Pukul 10.30 aku dah di alam mimpi. Itupun bukan lah kerana aku nak tidur awal tapi mata mengantuk sangat. Buah hati aku Si Zura malam tadi terpaksa bermalam di rumah kawan di sebabkan rumah sewanya belum siap di renovatekan. So aku tak berpeluang lah sangat nak berborak dengan dia. Tetiba mata pulak layu di hujung mekar. Aku pun tambahlah mekarnya di atas katil. Tengah lena di ulit mimpi hp aku berbunyi la pulak . Rupanya mesej dari si Akeram bekas penyerang Arsenal bawah 9 tahun yang juga merupakan kawan pejabat. Rasanya dalam pukul 4 pagi kut. Aku terus terjaga. Tengok mesej ada live Liverpool pulak. Aku ni memang pantang kalau dengar Liverpool main. Terus segar bugar walaupun pada hakikatnya mata ku masih kuyu-kuyu ayam. Maka tertengoklah aku game malam tadi. Mungkin dengan berkat aku berjaga team bola kesayangan aku tu menang la pulak. Seronok rasanya. Hilang rasa mengantuk.

Bila aku kenang-kenangkan balik kadang-kadang manusia banyak buat benda-benda pelik untuk keseronokan diri. Macam pagi tadi. Kalau ikutkan logik akal apa nak di kejarkan game awal pagi waktu orang tidur. Kalau sesetengah orang baik buat taik mata dari bersengkang mata melihat permainan yang bukannya memberi pulangan pada kita. Tapi kalau aku selusuri psikologi dalam diri orang2 yang macam aku dan seangkatan dengannya. Yang sanggup berjaga untuk sedikit keseronokan sebenarnya ada kebaikan di sebalik . Aku minta maaflah pada sesiapa yang terasa pendapat aku salah. Aku melihat dari sudut bawah sedar. Kebanyakan orang-orang yang macam aku ni yang mementingkan cabaran selalunya akan berbuat apa sahaja untuk memotivasikan diri. Menonton perlawanan bolasepak biasanya penuh dengan debaran. Secara tidak langsung ia menambahkan thrill dan kekuatan dalaman. Aku telah praktikkan lama sejak dari zaman aku bersekolah menengah lagi dulu. Ini adalah skil motivasi percuma yang aku adapt dalam kehidupan. Aku perlukan self motivation yang boleh merangsang kehidupan aku. Untuk menghadapi cabran dalam kehidupan yang amat besar aku perlukan kekuatan dalaman. Selain dari bersolat ada banyak perkara lain yang boleh kita amalkan yang suntikan kejiwaannya perlu untuk proses ketahanan diri dan minda. Menonton perlawanan yang berskala tinggi seperti pagi tadi memberi impak kepada kecairan adrenaline rush merangsang sub-kontak dalam diri. Kadang-kadang ia bagus untuk kesihatan. Terutamanya yang kurang bersenam macam aku ni. Jantung perlukan sedikit kejutan. Kalau tak jantung pun akan menjadi lesu.

Aku ingin merujuk pandangan pakar tentang keseronokan kepada melakukan perkara-perkara yang tidak masuk dek akal. Kadang-kadang ramai orang bertanya kenapa ada sesetengah manusia sanggup memperjudikan diri mereka untuk aktiviti-aktiviti lasak yang membahayakan nyawa. Cuba kita renungi pendapat ini yang aku petik dari web http://www.buzzle.com/articles/what-makes-people-do-extreme-sports.html. Mungkin ia sekadar pendapat tapi apa intipati dari pendapat tersebut yang perlu kita rujuk. Menurut Utarra Manora dalam artikelnya menyebut “The first and the foremost reason why a majority of people enjoy extreme sports is the adrenaline rush that it gives. An adrenaline rush refers to the phenomenon of stimulation of the adrenal gland resulting due to an activity that causes stress on the body. The extreme sports definitely fall into the category of activities that can cause stress. A large number of extreme sports enthusiasts seek this adrenaline rush! In addition to the adrenaline rush, there are certain kinds of people who are motivated by challenges. Such people think of an extreme sport as a challenge that lies ahead of them and are willing to see how far they can stretch their abilities to excel in these adventure sports!

And then there are people like me, who want to try and break their vanilla image and embark upon an adventurous task for once! Many people thus, try their hand at adventure sports for a feeling of rejuvenation and excitement! Every now and then we need different types of recreation activities to provide us the much-needed brake from our mundane routines! I believe that an adventurous stint at an extreme sport is worth a shot once in a lifetime! Having said that, I must tell you that you need to be perfectly healthy and fit before trying out the extreme sports. Also, extreme sports is not about risking your life, it is about following the safety guidelines and being aware of the risk you are about to take, and overcome the challenge with persistence, determination and courage. In case you want to learn more about extreme sports you can read our list of top ten extreme sports or history of extreme sports.

Begitulah kira-kiranya pendapat Uttara Manora seorang penulis yang banyak menulis menerusi rujukan berkaitan manusia. Walaupun aku tidak terlibat dalam extreme sport tapi bagi aku pendapat berkaitan memang sama dengan apa yang aku amalkan. Semuanya memerlukan teori dan exercise practice yang perlu ada dalam diri setiap orang yang faham tentang konsep motivasi. Bila fikir-fikir balik kekuatan dalaman sahajalah yang memberikan aku kehidupan seperti yang sedang aku harungi sekarang. Mungkin dengan kekuatan minda dan ketahanan diri dan dengan izin Allah juga aku berjaya mengharugi banyak peristiwa cemas dalam hidup.Bayangkan dua kali dalam sejarah  berhadapan dengan situasi genting di acukan pistol. Sekali tu berhadapan dengan seorang anggota keselamatan yang berada dalam keadaan pengaruh alkohol. Dan sekali lagi tu dengan manusia sedar yang juga bekas anggota keselamatan yang cuba berlagak samseng semata-mata enggan membayar hutangnya. Berapa kali aku menerima ugutan untuk di cederakan kerana minta bayaran atas khidmat projek yang aku berikan. Berapa kali aku terpaksa berhadapan dengan samseng-samseng yang berpaksikan politik yang inginkan khidmat aku. Yang memaksa aku menurut arahan mereka tanpa rela. Berbulan-bulan aku menahan perut demi mendapatkan bayaran upah akibat pembohongan manusia. Pada perkiraan aku sudah berpuluh syarikat kecil besar aku berurusan dan bekerja. Berhadapan dengan kerenah boss besar, boss kecik. Berhadapan dengan kerenah birokrasi dalaman yang semuanya memberi tekanan dalam kehidupan aku. Rasanya terlampau banyak peristiwa yang tak mampu aku ceritakan. Seandainya kekuatan jiwa aku tidak kuat, rasanya aku tak akan mampu melalui itu semua.

Ingin sahaja aku ceritakan pengalaman aku itu tapi mungkin lain kali. Jika ada masa akan aku ceritakan. Tapi untuk hari ini aku ingin tegaskan betapa kita perlu cari keseronokkan dalam kehidupan. Gembirakan diri kita dengan kegembiraan yang bermanfaat. Tapi bukan dari keseronokan yang datang dari kekotoran dan kedurjanaan. Kita perlu gembirakan diri kita untuk merangsang kekuatan dalaman. Jangan terlalu banyak bersedih. Nanti membawa kemurungan. Ambil masa sihatkan diri dengan senaman atau mendengar muzik. Kalau ada masa ambil cuti dan pergilah ke mana ceruk tempat rekreasi. Kita perlukan kegembiraan dalam hidup. Semuanya berada di dalam diri kita sendiri. Tepuk dada tanya…….iman……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s