AKU LANJOY kembali menulis

Setelah hampir 6 bulan blog aku tak beroperasi di sebabkan oleh kesalahan melanggar peraturan akhirnya aku kembali semula. Cerita cerinti taik mata buat inti kat bawah tu semua adalah cerita-cerita lama yang aku copy balik nak bagi meriah blog aku. Almaklumlah nak menulis ni memerlukan idea. Idea datang bukan kira waktu. Kadang-kadang masa kerja tak banyak idea pulak tak keluar. Masa kerja tengah kronik banyak pulak idea datang tapi nak menulis pulak tak sempat. So aku pun letaklah dulu cerita-cerita dan peristiwa lama dari blog aku dulu tu untuk tatapan sesiapa yang sudi singgah kat blog aku yang tak sepertinya ini. Sebenarnya aku pun tak tau nak letak cerita apa di sebabkan blog lama aku dulu tak boleh nak buka langsung. Sedangkan cerita2 yang aku tulis tu semuanya aku letakkan kt blog aku tu.Tapi sekali aku tulis nama aku Lanjoy kat Google  aku tengok banyak la pulak cerita2 aku yang peminat2 aku copy. Aku pun copy la balik cerita2 tu dari peminat aku. Aku pun tak pasti mereka tu peminat ke bukan. Tapi aku pun biasa la bukan ada sesiapa nak marah kalau rasa perasan sikit. Aku bukan artis tapi boleh la berangan macam artis. Konon2 ada la peminat.

Aku letak Blog aku Lanjoy2010 walaupun masa aku menulis ni ada 3 hari lagi tahun 2010. Mungkin di sebabkan aku ni manusia yang agak ke depan sikit la. Macam perut aku ni yang tak sabar-sabar nak ke depan. Tunggu la bila aku dah bergelar Dato’ ke, Tan Sri ke tak kisahlah kalu perut aku ke depan sikit. Baru la Macho. Sebenarnya aku geram nak menulis setelah lama mendiamkan diri. Di tambah pula buah hati pengarang jantung aku kat JB tu asyik bertanya jer bila la aku nak start Blog aku. So dengan rasa bangga yang amat teruja tahap buaya darat aku pun terlancarlah dengan sendirinya BLOG Lanjoy 2010 ni……

Nanti kalau aku ada masa lapang terluang yang amat terbilang akan aku tulis pelbagai kisah yang best dan tak best. Semuanya akan aku tulis walaupun ada orang yang malas nak membaca tulisan aku yang sesiapa baca pasti terasa kelu lidah. Sebab aku tulis kadang-kadang panjang manjang tak ikut skema Dewan Bahasa Pustaka. Kadang-kadang bahasa aku berbunga ala-ala peribahasa. Kadang-kadang macam sajak. Kadang-kadang pantun 2 kerat. Kadang-kadang macam bangang. Kadang-kadang macam kadang-kadang. Semuanya adalah di sebabkan oleh kadang-kadang. Apa la aku mengarut ni. Tu la kadanga-kadang aku rasa aku ni macam peladang. Tapi aku rasa aku ni peladang Jaya dan penternak lembu daging kat ladang. Sekian terima kasih.

Amiinnn…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s