SEBUAH NEGARA PULAU

Pulau itu dulunya sepi. Kosong. Semenjak aku di lahirkan lagi, pulau itu tidak berpenghuni. Waktu aku kecil dahulu aku sering juga bermain perahu di sekitar pulau itu bersama rakan-rakan sekampung. Sekawan budak-budak hitam. Berlenggeng, kadang-kadang tidak di baluti apa-apa. Biasalah waktu budak-budak. Apa nak di malukan. Punai pun baru nak membesar. Buah pun tak masak ranum lagi.Cuma bila di kenangkan tergelak juga kerana sekarang ni budak-budak hitam seramai lima orang itu semuanya sudah besar-besar belaka. Sekiranya waktu ini kami bertelanjang bulat macam dulu rasanya mau tenggelam pulau tu.

Ahh…itu dah lama berlalu. Sekarang pulau yang sepi itu sudah berpenghuni. Namun tiada siapa yang menduga. Pembangunan berlaku tanpa sesiapa menyedarinya. Jarak antara kampung di pinggir pantai pun rasanya dalam 6 kilometer. Pulau itu nun di tengah laut. Tak ramai yang berani menjejak kaki di situ. Semenjak kematian tiga orang nelayan di situ ia di katakan berhantu. Banyak cerita yang di buat. Hantu laut mengamuklah, banyak penunggulah, pulau itu makan oranglah. Itu semua karut. Tapi bagi penduduk kampong ia adalah kisah-kisah semasa yang begitu tebal bersarang di benak fikiran mereka walaupun ia kini semakin tidak di pedulikan. Namun pantangnya tetap di pegang. Jangan sesekali tunjuk berani pergi ke pulau berhantu itu. Kalau tidak nahas nanti. Bukan kematian tiga orang itu sahaja yang menjadi misteri namun kehilangan beberapa orang yang berkunjung ke sana tetap tidak terurai sehingga kini.

Aku pulak sekarang berada di mana? Aku berada di pulau yang menjadi igauan ngeri penduduk kampong itu. Sudah beberapa tahun aku di sini. Mengabdikan diri. Namun itu bukan bermakna aku berada di sini sepanjang masa. Hanya beberapa hari dalam sebulan. Selebihnya aku berada di Kuala Lumpur, tempat aku mengumpul segala kekuatan untuk aku salurkan di pulau ini. Pulau ini dalam beberapa detik waktu lagi akan menjadi mercu tanda sebuah kebesaran. Sebuah kekuatan yang tiada tolok bandingnya. Di sini terkumpulnya segala ilmuan, segala pakar. Apa yang pasti masanya akan tiba suatu hari nanti apabila pulau ini akan menjadi sebuah medan yang akan menjadi ketakutan kepada semua bangsa. Semua Negara. Besar kecil. Semua akan tunduk. Persetan Amerika, Israel, Britain malah negara-negara penyokong pengganas terbesar itu pastinya akan tunduk kepada darjah kebesaran Pulau ciptaan aku ini.

Maaf aku bukan bercakap besar. Aku bukan berlagak. Tidak pernah terlintas di kepala aku untuk menjadi seorang hamba Allah yang besar kepala. Islam agama ku, sama sekali melarang aku untuk berbuat semua itu. Cuma aku berasa bangga untuk menunjukkan lagak ku kepada semua pengganas-pengganas antarabangsa pimpinan Amerika itu. Biarlah nanti mereka buka mata luas-luas bahawa mereka bukan selamanya berkuasa. Akan sampai masanya mereka terguling jatuh. Biar semua pencacai tukang hirup lendir-lendir nanah busuk pengganas ini tunduk malu. Jangan kata tok Arab yang berjiran dengan mangsa-mangsa keganasan ini tidak tahu. Malah mereka lebih kenal siapa pengganas sebenar. Namun mereka hanya membisu, diam seribu bahasa kerana mereka tahu mereka sudah termakan bangkai budi yang membusuk di dalam rongga-rongga darah yang mengalir di urat nadi mereka. Aku benci kepada petualang yang hidup berkiblatkan kepada musuh. Sedangkan kiblat Allah begitu dekat dengan mereka.

Sudah sampai masanya manusia-manusia yang di tabalkan sebagai pengganas oleh Amerika ini memberi respon kepada tuduhan itu. Nantilah akan aku buktikan bahawa masih ada nafas-nafas segar di luar sana yang sanggup untuk membilang waktu bila sampai masanya membilang jumlah tentera Polis dunia ini gugur sebagai mayat busuk. Akan aku lekatkan di sanubari pejuang keamanan dunia bahawa si pengkhianat itu sudah di humbankan ke tempat asalnya. Ke lubang najis persundalan ciptaan mereka. Darah-darah yang tumpah oleh pejuang-pejuang syahid akan semerbak wangi di atas pengorbanan suci mereka. Darah-darah suci mereka yang di anggap kotor oleh si keparat itu akan digantikan oleh kebanjiran darah-darah mereka sendiri. Nantikan masanya akan tiba. Tunggu dan lihat sahaja. Ahhh….Kenapa aku mengomel sebegini keras.. Hmm…mungkin kerana aku sudah bosan…Menyampah melihat kebodohan manusia yang rela di pijak demi wang sedangkan ada bangsa yang tergadai tanpa pertolongan.

………

“ Selamat pagi tuan! Termenung panjang nampaknya?”

“ Ahh…kau ni semenjak bila bertuan-tuan dengan aku?…..Ada apa-apa cerita dari KL?”

“ Ada…Aku dah ubah tarikh mesyuarat tu minggu depan.”

“ Then… tak kan tu aje. Ada kau beli barang-barang yang aku pesan tu?”

“ Dah…ada kat rumah. Cuma kopi 434 hang tu aku lupa lak.”

“ Aku dah agak dah…Memori kau tu dah memang down. Habis kau tak suruh budak-budak lain pergi beli. Bukan kau tak tau… kopi tu…dengan aku…”

“ Ok…ok…aku dah suruh si Ameer beli..Malam ni dia sampai.”

“ Sebut pasal Ameer, aku ada mention tentang iklan Mr Jason. Dia dah panggil budak-budak crew untuk photo shoot ke belum? Minggu depan aku dah arrangekan dengan Sukie untuk shooting kat PD.”

“ Tak de pulak dia cakap apa-apa kat aku semalam. Dia nak bagitau hang terus kot?”

“Nilah yang aku risau ni, jangan dia lupa sudahlah. Mr Jason tu dah macam adik beradik dengan aku. Kang kalu delay marah pulak dia. Bulan depan dah start round projek tu.”

“ Rileklah, aku tau Ameer buat tu semua, bukan aku tak tau anak menakan hang tu. Nampak jer slow. Oklah hang berapa lama lagi nak bermastautin kat sini ni. Naik lebam punggung hang tu aku tengok!”

“ Kau nak tengok sangat ke? Aku buka kang terjojol biji mata kau tu”

“Ok..Ok…aku chow dulu. Jangan lama sangat aku ada banyak benda kat Level 2 tu nak bincang. “

………………………

Yus budak Kedah. Antara orang kepercayaan aku. Dia bukannya lama sangat kenal dengan aku. Itupun masa aku bekerja di Kota Damansara enam tahun lepas. Masa mula-mula jumpa aku nampak dia ni macam berlagak. Aku senyum dia buat dono aje. Muka iras-iras macam M. Nasir zaman pop yeh yeh. Tapi dah lama-lama baru aku tau dia nia diam-diam ubi rupanya. Aku pun tak tau apa makna diam-diam ubi tu. Tapi agak akulah mungkin dalam diam dia ni peramah kalu pandai masuk. Orangnya sederhana. Kalau bercakap maknanya dalam. Penuh dengan sirat dan tersurat. Kalau bercakap sesuatu perkara dia akan mengungkaikannya secara terperinci. Walaupun kadang-kadang patah katanya tu simple tapi dia merumuskan secara tepat. Aku percaya dia mempunyai visi yang besar. Aku ambil dia menjadi orang kanan aku setelah meneliti keperibadiannya. Dia boleh jadi ustadz kalu dia mengaji pondok. Sekarang pun dia banyak juga kadang-kadang menjalankan urusan kuliah tak berlesen kepada aku. Sunnah nabi menjadi pegangannya. Aku tabik pada mamat sorang ni. Walaupun dia pun macam aku mengalami perjalanan hidup yang sukar namun dia tetap tenang. Tapi aku tau jangan sesekali kocakkan air yang tenang itu. Kelak merana badan.

Tugas Yus sebagai orang kanan aku banyak berurusan di Pulau ini. Aku lantik dia sebagai Ketua Arkitek. Dia mengetuai segala urusan pembangunan Pulau ini. Merangkap Timbalan Ketua turus Angkatan Tentera Green Muslim pimpinan aku. Namun itu semua akan aku terangkan kemudian nanti. Banyak perkara lain yang perlu aku jelaskan.

Biar aku terangkan serba sedikit tentang keperluan Pulau ini di majukan.

  1. Aku inginkan sebuah tempat di mana aku boleh menunaikan hasrat hati aku untuk menumpaskan Amerika dan sekutunya yang semakin bermaharajalela. Mereka mula mengancam kedaulatan Agama Islam dengan mempermainkan propaganda melabelkan orang islam sebagai pengganas. Pulau ini adalah sebuah pentas yang akan aku bina di dalamnya segala keperluan untuk mengekang kemaraan Polis Dunia yang rakus itu.
  2. Selain dari ketenangan yang dapat aku rasakan suasananya begitu mendamaikan. Berbeza dengan hiruk pikuk kota Kuala Lumpur. Walaupun Ibunegara Malaysia itu bukanlah besar manapun. Tapi kesibukannya mengalahkan New York, London, Paris dan banyak kota-kota besar yang lain. Kesibukan tukang-tukang carut yang bermodalkan duit untuk membeli kuasa. Kesibukan pelacur murahan dan golongan dua alam yang berpeleseran di lorong-lorong belakang Chow Kit, Bukit Bintang dan banyak tempat lain. Keseronokan doktor-doktor pakar urat saraf menjual morfin, heroin, marijuana, syabu dan bekalan-bekalan ubat pemutus urat kepala di mana-mana. Syurga si pencopet, peragut, perompak, penyamun, perogol dan ramai lagi yang semuanya bermula dengan “P”. Hiruk pikuk jeritan bodoh dari ekzos bingit si Mat Rempit yang mendambakan kematian sebelum umur 21 untuk mencapai matlamat Biar Mati Atas Jalan asalkan puas orang tonton di tepi jalan. Aku ingin lari dari kesibukan itu. Itu belum di ceritakan tentang ramainya gadis-gadis bertudung labuh yang berdondang sayang di atas riba dan celahan peha si mamat sambil bernyanyi riang tanpa suara di tepi tangga, rumah tinggal dan seumpamanya. Begitupun lelaki biang dan perempuan tanpa tudung lebih lagi berkuasa di kelab dangdut, Bar, Lounge bersama lelaki-lelaki aneh pak itam, pak teh yang semuanya double size. Lelaki sama lelaki menghayun punggung sesamea mereka dengan aura dan semangat kejantanan yang semakin luntur. Terpesong bahana kesedapan dunia tanpa sekilas pandang kearah poster dan risalah yang memaparkan akibat perbuatan dengan HIV, Siplis, Gonorea dan sebagainya membawa maut. Aku ingin lari dari itu semua.
  3. Pulau ini milik aku. Aku beli dari titik peluh usaha kerja keras aku dalam beberapa tahun ini. Aku ingin bangunkan minda dan mentality orang-orang melayu, islam atau mereka-mereka yang bukan seagama dengan aku tapi cintakan kedamaian. Aku ingin himpunkan mereka di sini. Berusaha bersama-sama aku dan penyokong-penyokong aku untuk merealiaisasikan harapan membina sebuah kota yang penuh dengan pemodenan, berteknologi tinggi tapi bercirikan kedamaian. Mereka ini aku bayar dengan harga yang tinggi sesuai dengan kemahiran, kepakaran dan pendidikan mereka. Walaupuan ada antara mereka rela bekerja dengan percuma tapi aku tak mahu mengambil kesempatan diatas nawaitu ikhlas mereka itu.
  4. Pulau ini akan aku jadikan pusat keselamatan memelihara Negara tanah tumpah darah ku Malaysia walaupun ada penduduk dunia yang menyangka kita tinggal diatas pokok sambil bercawat. Aku akan tutup mata dan pekakkan mereka yang bodoh sombong itu dengan membina kepulauan canggih ini.
  5. Banyak lagi sebab yang tak mampu aku jelaskan kenapa aku memilih Pulau ini sebagai tempat untuk aku menjana impian masa depan. Sampai masanya nanti segalanya akan terkupas sendiri. Biarlah masa yang menentukan.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s