Lelaki cina dan Amoi

Lelaki Cina dan Amoi cun

Dua hari lepas aku menemani ayah ku pergi ke Stadium untuk membantunya membuat kerja amal. Ada pertandingan bola jaring peringkat daerah akan di adakan di situ. Tanggungjawab ayah aku adalah untuk meninjau suasana stadium dalam keadaan selamat. Almaklumlah ayah aku tu doctor kampong. Kadang-kala bertanggungjawab la jugak untuk memeriksa kesihatan stadium. Kita yang bukan doctor ni tak tahulah kerja-kerjanya.

Namun apa yang aku nak ceritakan ni bukan pasal kerja-kerja penyembuhan ayah ku. Tapi tentang cerita lain. Cerita seorang lelaki cina warga emas. Mungkin sama taraf dengan ayah aku usianya. Sewaktu aku menurunkan ayah ku di parking stadium aku terlihat kelibat seorang lelaki cina berpayung hitam sedang berjalan. Namun aku tidaklah pula ambil hal. Kebetulan pula aku menerima sms. Tumpuan aku tidak terarah kepadanya. Selepas ayah turun dan menuju ke kawasan pertandingan aku pun keluar. Tiba-tiba bahu ku di tepuk lelaki cina itu. Aku tergamam jugak. Lelaki cina itu memandang ku dengan pandangan tajam. Curiga jugak aku di buatnya. Apa pulak lelaki cina ni nak dengan aku. Nak kata aku ni hensem tak taulah pulak. Takkan lelaki dah warga emas ni boleh terperasan kat aku ???

Aku dan lelaki itu berpandangan. Macam cerita romantic pulak. Kalau dalam filem atau drama omputih pandangan tu mungkin akan berakhir dengan bibir dan bibir bertemu. Hahaha! Ke situ pulak perginya. Namun suasana itu macam tu lah. Kemudian perlahan-lahan cina tua itu menguntum senyum. Aku pun senyumlah. Tangan lelaki cina tu dah mula memegang tangan aku. Berpegang-pegangan tanganlah pulak. Ni yang suspense ni. Errrkkk!! Dari renungan mata ku yang redup ni dapatlah aku simpulkan lelaki tu mempunyai uban yang penuh di kepalanya. Spek mata besarnya dan kedut kulitnya menampakkan dia ni seseorang yang berkedudukan tinggi dulu. Mungkin. Seorang yang berada sedikit tinggi dari aku dari segi kebendaan.

Dari pandangan demi pandangan akhirnya si lelaki cina itu pun memulakan bicaranya. Kami masih berdiri berpegangan tangan. Dia mengucapkan tahniah dan kegembiraannya pada aku kerana menjaga ayah aku. Bukan senang seorang pemuda macam aku ni menjaga warga emas macam mereka. Dia mula berkata-kata walaupun kata-katanya perlahan dan sukar. Dari raut wajahnya dia merasakan kehibaan hati seorang warga emas melihat seseorang menjaga ayahnya yang tua. Aku mengangguk-angguk. Macamlah aku ni anak yang baik sangat. Baru dalam kereta tadi aku memarahi ayah aku kerana keluar tak tutup pintu kereta. Memang kebiasaan ayah aku tu. Kalau keluar kereta memang melopong di tinggalkan. Tapi aku tak lah marah macam marah kucing.

Lelaki tua itu menceritakan betapa waktu tuanya yang di habiskan berseorangan. Di tinggalkan anak menantu kerana semuanya berkerjaya tinggi dan duduk jauh-jauh. Alangkah beruntungnya seorang ibubapa sekiranya mereka dapat seseorang yang menjaga mereka di kala meniti hari-hari terakhir. Umurnya dah masuk 90 tahun. Anak-anaknya ada duduk di Kuala Lumpur dan Singapura. Mereka semua menyayanginya. Tak pernah lupa tanggungjawab namun dia tetap sayu kerana mereka tiada di sisi. Dia menasihati aku yang hanya mengangguk dan bercakap ya…ya…..sesekali menyampuk (faham tak faham tak tahu la pulak). Dia menasihati aku supaya terus menjaga orang tua. Duit banyak pun tanpa kasih sayang tak guna jugak kata dia. Dia menggenggam tangan aku. Kuat pulak tu. Aku biarkan sahaja. Mungkin dia teringatkan anak-anak yang jauh agaknya. Dari ceritanya anaknya berpangkat besar dan berkedudukan tinggi. Makan minumnya semuanya mendapat perhatian. Mereka selalu jugak menalifon bertanya keadaan dirinya. Dia menyayangi anak-anaknya. Kemudian dia bertanya aku dah kawin ke belum. Aku dengan lemah lembut dan malu-malu kucing biang menggeleng. Dia membeliakkan matanya. Dia bertanya umur aku berapa? Aku tak menjawab. Dia meneka dah masuk 30 ke? Aku senyum lagi. Kemudian dia menasihati aku supaya cepat-cepat kawin. Kalau tak susah nanti macam anak lelakinya. Umur anaknya dah 65 tahun tapi anak baru 10 tahun. Banyak benda tak settle katanya. Aku faham maksudnya tu. Kemudian dia kata lagi kalau dah kawin ada isteri boleh bermesra-mesra dengan isteri, hati gembira. Badan senang nanti katanya sambil tangannya menepuk-nepuk dan menekan-nekan perut aku.

Lelaki cina itu menceritakan kisah hidupnya lagi, lambat-lambat dan matanya berkedip-kedip mungkin cuba mengatur percakapannya yang dah mula lupa. Dia cuba mengimbas memori hardisk kepalanya yang kurang speed. Aku diam aje sambil melihatnya. Kami masih berdiri tidak bergerak. Aku cuba memahami maksudnya yang dalam tadi. Nasihat berguna seorang lelaki cina yang aku tak kenal. Semuanya tentang nilai kasih sayang dan aspek kekeluargaan. Hari ini kita masih muda. Masa depan kita tak tahu lagi. Banyak perkara mendatang yang akan kita tempoh. Meghimbau aspek kekeluargaan aku teringat keluarga aku. Masing-masing dah berkeluarga. Tinggallaha ayah dan ibu aku berdua. Sekarang aku balik ke kampong. Dah 3 bulan duduk kampong. Saje tukar angin. Walaupun sebenarnya ada sebab lain. Sebab kewangan haha..Tapi 3 bulan aku di kampong memang banyak perkara yang aku nampak jelas. Kehidupan ayah dan ibu aku lebih di jaga. Bukanlah aku yang memasak dan membuat kerja-kerja rumah. Tapi penjagaan aspek yang lain. Keselamatan dan sudut penjagaan kesihatan mereka. Aku yang menghantar mereka membeli keperluan dapur. Menghantar mereka ke klinik dan hospital bila mereka kurang sihat. Membawa mereka meluangkan masa bertemu kaum keluarga dan saudara mara. Yang paling best sekarang ni ayah dan ibu aku gemar makan di luar. Kat warung dan restoran. Satu amalan yang mereka tak berpeluang lakukan waktu muda.

Berbalik kepada lelaki cina tadi aku tahu kenapa dia berasa iri hati dengan ayah aku. Sampai memegang tangan aku tak lepas-lepas. Mungkin dengan memegang tangan aku dia dapat mengimbas perasaan kasih sayang terhadap anak-anak yang jauh di mata. Kemudian lelaki cina itu bercerita tentang anak perempuannya yang bongsu berada di kota singapura. Dia berasa risau kerana anak gadis duduk jauh di sana. Ingin aku bertanya berapa umur anak gadisnya itu. Kalau cun boleh lah aku menumpang tuah mengurat. Mana tau ada rezeki berkahwin dengan gadis cun anak cina yang kaya pulak tu. Hahaha! Dapat pulak aku membina satu lagi masjid baru dengan membawa masuk anak cina tu masuk islam. Bertambah pahala aku selain dari dapat anak cina yang cun. Kalau di takdirkan rezeki lebat Allah nak bagi dapat pulak anak campur yang cun berlecun macam ayah dan ibunya yang berlainan ras dan budaya. Mesti otak geliga nanti. Kemudian otak jahat aku pulak berkata nanti boleh aku bolot kekayaan keluarga mereka tu. Hahaha…apalah punya menantu aku ni. Aku acah aje. Aku masih berpijak di bumi nyata dengan dosa pahala yang aku masih faham. Entah kenapa tiba-tiba aku berminat dengan anak cina pulak. Mungkin dua hari sebelum tu aku menemani ibu saudara aku pulang ke Singapore. Ketika di bus stand abang ipar aku terserempak dengan amoi sebelah rumahnya yang turut nak ke Singapore. Ketika itulah aku nampak amoi cun berlecun tu. Alamak putih melepak dan ala-ala Artis pulak. Tapi amoi tu tak pakai mekap pun. Itu dah cun. Sedap mata memandang. Baik pulak tu. Tak nampak pun macam amoi tu berlagak macam sesetengah anak dara melayu kita yang duduk di kampong setinggan kat KL tu.

Tapi cerita amoi tadi mengimbas kembali cerita lampau aku sewaktu remaja dulu dalam tahun 80an. Sewaktu tu aku masih di tahap hensem la. Ala-ala kambing gitu. Kebiasaanya memang aku pergi ke sekolah menaiki bas yang jarak dari rumah dalam lebih kurang 8 kilometer. Setiap hari pukul 11 pagi aku dah tunggu bas. Pukul 11.30 aku dah ada dalam bas. Setiap hari akan ada dua orang amoi yang naik bersama. Entah macamana aku tertarik dengan amoi tu. Setiap hari aku akan mengada-ngada untuk cari peluang duduk sebelah amoi cun kecil molek ala-ala garfied tu. Aku ingat aku hanya bertepuk sebelah kaki. Rupanya kaki amoi tu pun kadang-kadang bertepuk jugak. Dengan aku.(bayangkan macamana amoi tu kalau dia bertepuk kaki mesti buruk agaknya) Tapi mukanya yang cun buat hati sesiapa pun cair walaupun bila dia bercakap dengan aku agak sumbang lah sebab cina cakap melayu pelat-pelat angsa gitu. Nak jadikan cerita hari-hari aku duduk sebelah amoi tu. Tapi belum la sampai jatuh cinta sebab susah kalau bercinta sebab masih bersekolah kan..Satu hari tu dia mengajak aku ke rumahnya kerana hari raya Kong Hee Fat Choy. Dia kata dia nak buat makanan istimewa untuk aku. Akupun janji okey la untuk datang ke rumah dia. Walaupun aku rasa dia ajak-ajak ayam gitu, macam tak serius aje. Tapi nak jadikan cerita rupanya ajak-ajak ayamnya itu memang serius apabila aku tak datang ke rumahnya seperti di janjikan. Sewaktu aku naik bas selepas itu dia dah tak mau cakap dengan aku lagi kerana kecewa aku membohonginya. Dia memberitahu betapa dia dah cakap dengan ibubapanya dan menyediakan juadah istimewa yang halal untuk aku. Amoi tu benar-benar kecewa kerana aku tak menepati janji. Aku pulak bila dengar penjelasannya rasa nak menangis pun ada. Tak sangka pulak anak cina tu betul-betul serius rupanya. Aku rasa cukup bersalah dan kecewa dengan diri aku sendiri. Selepas dari hari tu aku malu dengan amoi tu dan secara perlahan-lahan aku melarikan diri darinya. Aku cuba elakkan menaiki bas sama dengannya. Walaupun kadang-kadang aku terserempak dengan dia. Kerana kebodohan aku tu akhirnya aku tak dapat bergandingan dengan seorang amoi. Kalau tak agak-agak aku dah ada anak dara kacukan melayu cina dan budak tampan gabungan amoi dan mamat. Begitulah ceritanya. Sebenarnya selepas tu aku ada lagi cerita dengan amoi cun tapi tempang tapi lain kali aku ceritalah kalau ada masa.

Berbalik la pula kepada cerita asal tentang lelaki cina di stadium tu. Selain dari nasihat positifnya tentang keluarga dan kasih saying aku rasa ia bermaksud lebih dari itu. Memandangkan kita baru sahaja selesai pilihanraya baru-baru ni peristiwa ini memberi petunjuk lebih besar. Berbagai perkara berlaku dalam pilihanraya sehingga parti kerajaan banyak tumbang kepada barisan alternative yang membangkang. Aku rasa perlu jugak pembahruan. Makanya soal kaum bukan lagi isu sebenarnya. Tapi soal kepimpinan. Melayu, cina dan India dah hidup bersama lama sebelum merdeka. Bila merdeka masing-masing punya tanggungjawab masing-masing. Ada bidang di ,kuasai melayu ada bidang di kuasai cina dan ada bidang di kuasai India. Semua orang ada peranan masing-masing. Itu perkara yang penting. Kita hidup dalam kelompok masyarakat yang berbilang bangsa dan budaya. Tidak seharusnya perkara-perkara yang memecah belahkan keutuhan perpaduan ini di gembar-gemburkan. Kalau tengok di kampong-kampung seperti cerita aku tadi India, cina dan melayu hidup macam satu keluarga yang besar. Bertoleransi dan berhubungkait. di antara satu sama lain dalam bantyak perkara. Kalau pincang salah satunya pasti tidak seimbang. Namun memang ada asas tanggungjawab semuanya itu iaitu tidak melepasi sempadan yang boleh merosakkan hubungan. Seperti perlembagaan yang menyatakan melayu sebagai penduduk tetap yang di cop bumiputra yang mempunyai keistimewaan tertentu. Sebab itu nama Negara ini Malaysia iaitu Malay yang dominant. Apapun keistimewaan gabungan 3 bangsa ini adalah lebih penting supaya tidak di putuskan. Seperti lelaki cina warga emas tadi yang boleh menceritakan tentang keluarganya bersama pemuda melayu seperti aku. Aku tiada hubungan apa-apa dengan lelaki cina itu tapi kami dapat berbicara dengan aman dan tenteram. Tiada yang membataskan hubungan itu walaupun hanya sekejap. Ironinya persaudaraan itu terjalin atas sebab kita hidup bermasyarakat walaupun mempunyai kepercayaan berbeza. Apatah lagi aku melihat lelaki cina itu berjalan masuk ke dalam sebuah kuil untuk menunaikan tanggungjawabnya mengikut kepercayaan yang di anutinya.

Tapi sebelum ayah aku kembali dari menunaikan pengubatannya aku berpusing-pusing di sekitar stadium yang mempunyai pelbagai cerita itu. Aku tercongak-congak memikirkan kesinambungan dari pertemuan aku dengan lelaki cina itu. Sesuatu yang aku tak mampu memikirkan dengan normal. Semuanya kerana lelaki cina itu bergurau-gurau sebelum dia berjalan masuk ke dalam kuil. Sambil dia bercakap-cakap dia memegang-megang tangan aku. Begitu mesra sekali lelaki cina menepuk, menekan perut aku tetapi yang musykil sekali apabila tangan lelaki cina itu asyik menonjol-nonjol kawasan “bird-bird” aku. Hahaha….bila tiba bab itu aku rasa …..Awwww tak kuasa I nak fikir!!! Nauzubillah!! Mungkin dia bergurau kot?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s