Aku kembali dengan sebuah nukilan lama……

Bab.1

Permulaan

Assalamualaikum semua.

Malam ni entah macamana tiba-tiba terdetik untuk aku bercerita. Maksud aku menulis tentang kisah dan pengalaman hidup ku sepanjang 37 tahun. Hmmm….bagaikan aku baru sahaja menamatkan alam persekolahan.Tiba-tiba aku dah nak melangkah ke alaf 40.. Masa begitu pantas berlalu. Pejam celik pejam celik aku dah setua in..hehe Memang masa betul-betul tak tunggu sesiapa. Aku rasa sudah sebegitu matang dalam menjalani kehidupan hmm…walaupun pada dasarnya aku masih bujang. Kalau bujang tak boleh matang ke??? Hmmm

Sebelum aku membebel lama baik aku kenalkan diri aku….Nama aku Lan…opps….perkataan lan memang banyak sambungannya. Tapi aku hanya biasakan dengan Lan sahaja. Kalau mengikut kamus dewan hidup aku…nama samaran aku sahaja paling kurang pun ada dekat 20 nama. Seingat aku masa aku tingkatan 3 member panggil aku Lanang. Itu pun kawan aku si Chiken yang gatal mulut suka-suka hati dia panggil cam tu. Lepas tu Gone. Itu pun si Chiken tu jugak yang bagi gelaran tu. Kalau Lanang tu kira ok jugak lah orang Jawa kata Jantan. Tapi Gone tu aku pun tak tau apa maksudnya.

Kalau kat U dulu masa aku study ada seorang budak Sabah…Lan Dayak panggil aku MJ. Dia kata Micheal Jackson. Aku pun buta huruf jugak nak terjemahkan kenapa si mamat Sabah Lan Dayak ni panggil aku macam tu. Tapi untuk paling cun sekarang ni aku ada gelaran terakhir….Lanjoy. Itupun kira-kira pada tahun 2000 dulu boss lama aku tergamak memanggil aku dengan panggilan manja macam tu. Kalau aku sampai ofis aje dia akan panggil aku dengan panggilan tu. “Lanjooooooiiii” panjang dan mengujakan. Cuma belakang JOI tu aku tukarkan dengan JOY supaya nampak moden sikit.Sampai sekarang aku pakai nama samaran tu untuk tujuan komersial. Walaupun sebetulnya ramai yang panggil aku Pak Lan bila jumpa. Tapi aku tahankan aje geram di hati ni bila orang panggil macam tu. Sebab aku rasa aku belum lagi layak untuk di panggil Pak. Hmmm

Ok….aku berasal dari selatan tanah air….Kat Mana tu?? Ada la….Jauh dari KL lebih kurang 2 jam perjalanan kalau melalui highway. Kalau lalu jalan biasa mahunya makan 5-6 jam kalau masa perayaan. Tak kiralah perayaan apa pun tetap maintain kesesakkannya.

Apa yang bestnya sampai aku nak bercerita tentang diri aku ni?? Entahlah aku rasa setiap orang ada pengalaman hidup masing-masing. Setiap orang ada memori dan kenangan evergreen yang tak mampu di padamkan. Semua orang nak ceritakan pengalaman hidup masing-masing. Cuma mungkin aku ada banyak masa terluang untuk bercerita. Mungkin cerita-cerita aku ni sedikit sebanyak terkena dengan batang hidung sesiapa. Rencah kehidupan yang pelbagai kadang-kadang setiap orang merasakannya. Ok yang penting aku ingin sekali mengajak kalian semua menjenguk seketika dan mendapat iktibar di atas setiap kejayaan, kesilapan dan kesalahan yang aku lakukan. Supaya kita sama-sama jadikan panduan dan sempadan pada mana-mana perkara yang baik dan yang buruk.

Apa kerjaya aku?? Hmmm….masa aku menulis ni boleh di katakan peganggurlah . Walaupun pada dasarnya aku seorang FREELANCER. Bidang aku hmmm ada kena mengena dengan Grafik, IT dan Multimedia. Kerja freelancer ni kalau di melayukan kerja sendiri. Kalau ada job ada la duit poket. Kadang-kadang melebihi paras gaji pengarah, kadang-kadang setakat lepas duit kereta dan selalunya paras mee segera aje lah. Sebab tak ada kerja yang aku menulis ni. Kalau aku sibuk bekerja siang adalah malam dan malam adalah siang. Kadang-kadang hari apa pun aku tak kisah. Dua puluh empat jam aku mengadap computer untuk menghabiskan kerja aku. Walaupun kadang-kadang kerja aku melebihi pendapatan. Tapi…itulah suka dukanya hidup sebagai freelancer ni. Dukanya pendapatan tak pernah tetap dan begitu susah untuk di simpan. Sukanya pulak sebab kerja sendiri, tak makan gaji dan aku bebas nak buat kerja tak siapa yang marah. Masa aku banyak terluang. Bila-bila masa boleh ke mana-mana tanpa halangan. Tiap-tiap hari adalah cuti. Makanya itu adalah harga yang aku kena bayar untuk menjadi seorang FREELANCER.

Simpanan masa depan aku?? Alamak hmmm…tolak campur bahagi darab adalah lebih kurang…..kereta sebuah dua tahun lagi nak habis bayar dan RM50 dalam wallet tu. Itulah duit simpanan aku.

Apa EPF?? Hmm…memang ada lebih kurang dalam RM20,000 tapi entahlah rasa-rasanya duit tu akan menjadi habuan bank tak lama lagi. Faham-faham sahajalah kalau pihak Bank dah ambik atas perintah mahkamah. Walaupun aku berani bersumpah aku adalah mangsa tipu daya manusia sebangsa dan segama aku. Tapi apa kan daya undang-undang dunia tak mengira tu semua. Kalau atas kertas kita memang dah bersalah maka seumur hidup kita akan merana kerananya.

Kenapa aku jadi macam ni?? Nantilah aku akan bagai tahu kenapa. Ini adalah salah satu pengajaran yang paling besar yang aku ingin kongsikan bersama kalian semua. Yang penting aku nak kalian semua berfikir dengan sematang-matangnya untuk membuat sesuatu keputusan. Berusahalah untuk menjadilah bijak dengan keadaan sekeliling anda. Jangan sesekali membuat kesilapan yang serupa dengan apa yang aku buat. Jangan bodoh sombong dan belajarlah dari kesilapan kecil anda. Tapislah kepercayaan anda buat mereka yang benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab. Kadang-kadang kawan tidur sebantal, adik abang dari perut ibu yang sama boleh menjadi musuh yang ganas. Kita tidak tahu.

Untuk bab-bab yang akan datang aku akan ceritakan pelbagai kisah hidup aku yang penuh dengan ranjau dan duri. Kisah hidup yang penuh dengan kenangan manis, pahit dan pelbagai asam garam sinis pada sebuah kehidupan yang sebenarnya sementara buat kita semua.

Cinta? Semua orang mengalaminya. Aku pun tak terkecuali. Kerana cinta banyak dosa yang kita gali. Kerana cinta juga banyak cita-cita kita capai. Tapi bagaimanakah cinta itu berfungsi untuk merubah norma hidup seseorang. Aku pernah merasainya. Dari zaman cinta monyet, cinta waktu zaman persekolahan, cinta waktu remaja hingga ke saat cinta dewasa. Tapi apakah cinta sejati yang sebenarnya? Wujudkah cinta sejati dalam hidup kita. Cinta besar maksudnya. Cinta kepada tuhan, kepada pencipta, cinta kepada keluarga, cinta kepada kerjaya dan pelbagai pengertian cinta.Walau apapun definisi cinta. Ia sesuatu yang indah. Sesuatu yang wujud dengan sendiri. Sesuatu yang bergerak dalam jiwa kita tanpa kita sedar. Ia datang dan pergi bagai tiupan angina. Sekali dia hadir pasti memberi impak yang besar. Percayalah.

Apa…aku berpendidikan tinggi ke? Pendidikan aku sederhana sahaja. Aku ada ijazah dalam bidang kreatif. Namun begitu ia bukanlah punca kepincangan hidup aku. Banyak perkara yang bermain di sekeliling yang menjadi punca kepada kehidupan aku yang tak begitu menjadi. Walau apapun aku tidak pernah menyesal. Rezeki aku mungkin sudah tertulis macam ni. Aku tetap akan merancang. Aku berharap tuhan akan memanjangkan rezeki buat aku. Suatu hari nanti mana tau akan ada sinar kegemilangan dalam hidup aku. Insyaallah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s