Filem dan drama melayu

Sambil duduk-duduk mengorek idung mencari ilham tiba-tiba TV3 menyiarkan cerita SINDARELLA ala-ala royal-royal gitu. Kisah anak-anak raja. Maka dengan terpaksa aku pun tertengok la juga. Bukankah aku ni pun penulis skrip jugak. Tapi cerita-cerita aku tu berat-berat sikit. Cerita psiko-thriller yang agak susah nak faham. Cerita seram-seram kuku pun aku ada buat jugak. Tapi aku bukan nak cerita pasal karya aku tapi aku nak cerita pasal budaya buat drama dan filem di Malaysia ni.

Mungkin ramai yang marah kalau aku katakan penggiat drama kita sebenarnya perlukan lebih banyak homework dan rujukan. Mungkin macam aku kot. Maksud aku rujukan dari segi hal-hal berhubungkait dengan aspek-aspek teknikal, aspek-aspek lakonlayar , creative concept, essentials – formatnya, structurenya dan valuenyer, begitu juga tentang target audien nyer. Sebab tu kalau kita tengok cerita-cerita yang bersepah di rangkaian tv dan pawagam sekarang isunya sama aje. Formalitynya agak sama. Tiada perbezaan. Tiada yang outstandingnyer.

Ada kawan-kawan aku yang bertahun-tahun kerja di belakang tabir buat filem dan bergiat serius dalam bidang seni ni tapi gagal menjawab soalan cepumas aku. Kebiasaannya siapa director luar yang dia kenal selain dari spielberg? Paling tidak mungkin dia akan kata Shyamalan ker, Kurusawa ker, paling tidak pun Lucas ker. Tapi dia hanya ternganga aje. Mungkin dia aje yang tak mengikuti perkembangan filem luar walaupun itu bidang dia. Mintak maaflah mungkin ramai yang di luar sana yang tidak seperti dia. Tapi sekurang-kurangnya penggiat seni perlulah mempunyai rujukan dan mempunyai idola pujaan yang boleh di ambil pendekatan. Kalau bukan meniru tapi mengikuti pendekatan pun tidak apa asalkan mempunyai sumber untuk di buat perbandingan. Walaupun memang pada dasarnya perbandingan tu seperti langit dengan bumi.

Untuk memantapkan skil perlulah banyak buat pemerhatian. Salah satunya dengan menonton wayang ciptaan orang-orang luar tu. Tak payah tengok filem Hollywood, filem orang-orang siam pun dah ramai yang bagus-bagus. Arahan mereka pun lain dari lain, Apatah lagi dengan Jepun dan Korea. Malahan Iran pun dah mendahului jauh ke depan. Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Cuma pendekatannya sama. Skill yang berlainan. Umpama budak-budak sekolah yang nak ambil SPM kena banyak ulang kaji penggiat seni jugak memerlukan hal-hal seperti ini jugak. Ketinggalan dari segi teknologi tak bermakna kita akan ketinggalan segala-galanya. Banyak aspek lain yang boleh kita pelajari untuk menaikkan seri skil dan mutu perfileman dan budaya seni kita. Contohnya bagaimana memantapkan jalan cerita. Jangan terlalu klise sangat sehingga jalan cerita terlalu straight forward. Budaya menyuruh orang kita menonton cerita yang mudah-mudah sepatutnya dah berlalu. Biarkan mereka berfikir sikit bila tengok drama atau filem. Kalau rasanya jalan cerita tu ringkas sangat kretif la sikit dengan permainan camera works atau bermain dengan sinematografinya. Characternya kena develop dalam sikit.

Membuat filem tak perlulah nak cari cerita-cerita yang berbelit-belit kalau tak pandai. Cerita tentang masyarakat biasa berlambak. Cuma cara mengupasnya tu kena lebih dalam. Paling penting Pengarah kena ambil perhatian kerja-kerja editing. Supaya tidak ler terlompat-lompat. Muzik scorenyer pun tak synchronize dengan shot dan scene. Biasa berlaku. Muzik terlebih-lebih. Kadang-kadang mood tanpa muzik pun bagus kalu pandai cari tempatnya. Aku ni pandai gebang jer, kalau suruh pun tak tentu lagi. Cuma aku hanya pandai goring bab-bab menulis skrip.

Aku pernah jumpa pengarah yang mempersoalkan tentang harimau dengan hujan di hutan. Kisah pemburu yang takkan jumpa binatang buruan di dalam hutan waktu hujan. Itu semua dalam skrip aku. Dia kata mana ada binatang keluar waktu-waktu macam tu. Minta maaflah aku nak cakap kalau binatang tu dah kebulur pengarah tu tau ker harimau tu tak terkam kalau kita menyerah diri waktu hujan. Kita pun kalau dah kebulur kelaparan sanggup berbasahan dalam hujan mencari kedai mamak atau apa sahaja agar perut dapat di isi. Perkara-perkara yang macam tu kena la kreatif sikit. Takkan tak boleh masuk dalam cerita kalau scene tu penting untuk jalan cerita. Entahlah kadang-kadang kebanyakan pengarah yang mengaku dia dah masuk waktu asar dalam bidang ni boleh mengarut sampai tak terima idea-idea baru. Semuanya nak kerja mudah. Selamat dan senang. Bukannya kira kreatif dan quality. Yang mereka fikirkan tentang siap pada waktunya dan hantar secepat mungkin untuk dapat duit.

Banyak lagi aku nak cerita pasal ragam seni di Malaysia ni. Nanti aku akan ceritakan di lain waktu. Malam ni aku nak layan cerita Jumper. Apa yang jump nyer cerita ni akupun tak tahu. Dah tengok baru tau. Cau

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s