Babi dan manusia

Kisah Babi menjadi cerita sensasi dua tiga hari ni. Mungkin kerana ura-ura satu tapak besar di Sepang nak di jadikan kota babi maka semua orang melayu tak kira fahaman nampak marah. Ataupun hanya pihak yang satu lagi yang kalah dalam pilihanraya di selangor yang terlalu mensensasikannya. Bagi aku baik tunggu dan lihat perkembangannya. Jadi ke tidak kota babi yang nak di dirikan tu. Aku nak marahpun bukannya dapat mengubah keadaan. Memandangkan siapalah aku ni. Walaupun babi tu binatang dan makanan haram bagi umat islam seperti aku ni. Kalau aku nak protes pun bila-bila masa kandang babi kecik besar pastinya akan muncul juga di mana-mana. Entah-entah kat belakang kampong aku.

Kalau bolehlah nak membina kandang babi tu perlulah kajian terperinci. Tempat kena tepat. Lokasi yang bersesuaian. Jangan nanti bukak pintu rumah baby babi tersenyum simpul menyambut sudahlah. Babi ni makanan halal masyarakat bukan islam. Bagi mereka ia adalah daging lazat. Terutamanya babi yang masih remaja. Ini mengikut kawan aku seorang cina yang hidup banyak bergaul dengan orang melayu. Tapi kesedapan daging babi tu tidak dapat menyekat keinginannya walaupun di kelilingi masyarakat yang mengharamkannya. Di sebabkan ia makanan bukan islam makanya nak tak nak orang islam kena hadapi juga. Risiko inilah yang semua kena hadapi kalau nak hidup aman damai bersama-sama kaum lain. Bukan di bumi Malaysia aje. Kalau kat tempat asing pun macam tu jugak. Makanan berasaskan babi di mana-mana.

Bagi sebuah kerajaan baru seperti selangor yang di perintah oleh BR buat pertama kalinya sejak sekian lama. Inilah risiko yang terpaksa mereka hadapi. Kisah babi yang jijik bagi orang islam boleh menjadi isu nasional yang boleh mengeruhkan hubungan antara kaum. Kebijaksanaan pemimpin BR perlulah releven dengan kehendak semua rakyat. Perkara babi ini akan menjadi satu isu yang tidak habis nanti sekiranya tiada usaha untuk menanganinya secara professional. Pihak kerajaan BN yang menjadi pembangkang di Selangor pastinya akan berebut-rebut mengeluarkan berita-berita hangat yang akan menggegarkan perasaan yang sedia berkecamuk di minda semua orang. Mereka akan senang dan mudah menangguk di air keruh walaupun air yang keruh itu adalah air dari najis babi yang mereka kononnya benci.

Bercakap tentang politik bukanlah perkara yang aku suka. Lantaran aku bukannya pendokong mana-mana parti. Baik pemerintah ataupun pembangkang. Tapi yang jelas aku kena tahu banyak perkara tentang hal-hal politik. Kena timbang baik buruk yang terkeluar dari mulut pembela rakyat atau mulut pembela kantung sendiri bila berhujah. Isu babi adalah isu social yang menjadi isu politik yang cukup berbahaya. Politik melingkungi kehidupan manusia. Walau bagaimana sekalipun seseorang cuba menghindarinya politik memang hidup di keliling kita secara sedar atau tidak. Bekerja di pejabat juga tersembunyi dengan seribu satu agenda politik. Dalam keluarga juga tidak terlepas. Kehidupan suami isteri juga adalah mainan politik secara tersirat. Kehidupan cinta juga memerlukan politik perasaan. Untuk memenangi hati sesiapa sahaja kekuatan politik di perlukan. Makanya tak salah kalau kita mengetahui peranan politik. Jangan menutup mata kononnya tidak mahu melihat politik. Kehidupan kita sendiri memang pada asasnya dari dokongan politik lembut yang mengikuti ke mana sahaja kita berada.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s